Sementara menunggu Chanyeol keluar, Clara ingin membuka dress yang dipakainya. Tapi, zip di belakang dress tersebut tersangkut pada rambutnya semasa dia cuba untuk membukanya.
Chanyeol yang baru keluar dari bilik air itu, terus menghampiri belakang badan Clara dan menolongnya. Selepas beberapa minit bergelut dengan zip tersebut, akhirnya selesai juga.
"Mari sini saya tolong bukakan." kata Chanyeol dengan suara yang lembut.
Clara hanya diam berkutik. Dia membiarkan Chanyeol menolongnya kerana dia sudah malas mahu memikir hal lain. Dia hanya berfikir untuk mandi dan tidur selepas ini.
***
Clara terus menuju ke meja solek untuk mengeringkan rambutnya yang basah itu. Chanyeol pula hanya memerhatikan Clara dari atas katil. Ketika itu, dia sedang leka melihat mesej-mesej dari kawannya. Selepas melihat Clara keluar dari bilik air, perbuatan itu terus terhenti. Pertama kali dia melihat perempuan berkelakuan sebegini di hadapannya.
Selesai mengeringkan rambut, Clara terus menghampiri katil dan mengambil bantal serta selimut di sebelah Chanyeol.
"Kau nak pergi mana?" tanya Chanyeol hairan.
"Ermmm..Nak tidur lah. Kenapa?" balas Clara acuh tak acuh.
"Tidur? Eh takde-takde kau tidur atas katil, biar aku tidur kat sofa tu." arah Chanyeol terus mengambil bantal serta selimut yang Clara bawa tadi lalu menuju ke sofa.
"Ermmm...Tapi tak apa ke kalau awak tidur kat situ?"
Chanyeol hanya menunjukkan tapak tangannya menandakan yang dia 'ok'. Dia terus baring di atas sofa tersebut dan beberapa minit kemudian dia sudah lena dalam mimpi.
"Penat agaknya." kata Clara dalam hati.
Dia pun terus naik ke atas katil untuk tidur. Tetapi dia masih rasa bersalah kerana membiarkan 'suaminya' tidur di atas sofa sedangkan dia tidur di atas katil yang empuk itu. Selepas itu, dia pun turut lena dalam mimpi sama seperti Chanyeol.
***
"Good morning mama." ucap Clara sebaik sahaja tiba di dapur. Hari ini dia bangun lewat akibat Chanyeol.
//Flashback//
Kring... Kring...
Jam loceng di bilik mereka berdering menunjukkan sudah pukul 7 pagi. Chanyeol yang mendengar loceng tersebut, terus menuju ke drawer yang terletak di sebelah katil.
"Bising betullah. Baru pukul berapa. Siapa pulaklah yang setkan jam ni pukul 4 pagi." katanya Chanyeol terus mematika alarm tersebut. Dia pun kembali tidur di atas katil.
Dia juga tidak sedar yang di sebelahnya, Clara yang nyenyak tidur sambil memeluknya. Dia pun hanyut semula dalam mimpinya.
"Arghhhhhhhhh!!!" jerit Clara secara tiba-tiba.
"Apa awak buat kat sini, hah!!" jeritnya lagi lalu terus menendang Chanyeol sehingga jatuh dari katil.
"Aduhhh!! Sakitnya tulang belakang aku." Chanyeol mengosok belakang badannya sambil matanya masih tertidur.
Selepas itu, dia pun perlahan-lahan membuka matanya apabila sedar yang dia terdengar suara orang perempuan.
"Mama ke?" katanya dalam hati.
"Kau?!!!" katanya sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah Clara yang berdiri di seberang katilnya.
"Yaishhhhhh!! Awak buat apa hah kat saya semalam?"
"Buat apa?! Kau yang tiba-tiba tidur kat sini apahal?!" jerit Chanyeol pula.
"Ehh! Memanglah sebab sini memang tempat tidur saya dari semalam. Awak kan tidur kat sofa tu semalam."
Chanyeol hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
"Apa awak buat saya hah?!!" tanya Clara sambil tangannya memeluk dirinya sendiri.
"M-ma-mana ada aku buat apa-apa kat kau. Ok, ni semua salah aku. Aku yang tidur kat sebelah kau semalam lepas matikan jam loceng."
"Mesti kau yang setkan alarm tu, pukul 4 pagi kan?" sambungnya lagi.
Clara yang mendengar pertanyaan Chanyeol itu, terus menuju ke drawer sebelah katil tersebut. Terbeliak matanya semasa melihat jam loceng tersebut.
"Apa awak buat ni?! Siapa kunci pukul 4 pagi?! Saya kunci jam ni pukul 7 pagilah bukan 4 pagi." jerit Clara lalu bergegas masuk ke bilik air.
Chanyeol pula sekali lagi menggaru kepalanya yang tak gatal itu.
//Flashback end//
"Chanyeol mana?" soal Ms. Park.
"Chanyeol? Dia mandi."
"Lambatnya kamu bangun hari ni. Biasanya awal. Mesti ada berlaku sesuatu malam tadi tu yang bangun lambat ni." usik Ms. Park.
Clara yang mendengarnya hanya membuat reaksi terkejut. Dia berfikir sekejap. Oh no~ Mamanya sudah berfikir benda lain.
"Isshhhh. Mama ni, benda lain pula di
fikir."
***
"Mama dan papa ada hadiah buat kamu berdua." kata Ms. Park.
Chanyeol dan Clara hanya berpandangan antara satu sama lain.
"Memandangkan cuti sekolah ada lagi 5 hari, mama nak kamu berdua 'berdua' kat pulau Maldives."
"Apa?!" kata Chanyeol dan Clara serentak.
"Papa dengan mama tanggung semua perbelanjaan. Lagi pun, sementara cuti ni panjang baik kamu berdua pergi. Nanti dah start sekolah, susah." kata Mr. Park sambil tersenyum.
"Kamu setuju tak?" tanya Ms. Park.
Mereka berdua perpandangan lagi antara satu sama lain. Clara hanya mengangguk.
"Oklah ma." jawab Chanyeol ringkas.
