Pagi-pagi lagi aku meja aku sudah dipenuhi dengan bunga dan coklat.
Sekeping kad terselit kemas di jambangan bunga itu. Setiap hari ada saja jambangan yang sama. dengan nota yang sama. Tapi harini aku pelik kenapa extra pulak kad dia harini.
Maafkan saya. Saya tahu saya banyak salah dengan awak.
Tu kad pertama.
Rina boleh tak kita jumpa.. Saya akan explain semua. Jumpa saya dekat old town lunch hour nanti.
Kad kedua.
Apa kau ingat aku nak dengar semua alasan tak munasabah kau.?
Bisik hati kecil Rina.
Bunga dan coklat tersebut dibawa keluar.
"Banyak hadiah cik Rina. Pakwe bagi ke?" tanya kak Ita setiausaha aku.
"Akak nak tak? Akak ambik ah bunga ni. "
Dua jambang bunga aku serahkan kepada kak Ita.
" Cantik ni cik. Mesti mahal. Baik cik simpan je. " sambung kak Ita.
"saya bukan taknak. Tapi saya allergic dengan bunga. "
" Patutlah kak Ita tengok muka cik dah macam penangih." ujar kak Ita sambil tertawa. Patutlah segala harta pusaka yang melibatkan bunga diserahkan kepada dia. Takpun dia bagi ke pekerjanya yang lain.
Nasib baik Kad dia, aku simpan dalam laci kalau tak sia-sia je kantoi dengan kak Ita.
" Kak saya masuk dululah. Kepala saya dah k.o ni." tambahku.
"Cik okay tak? Nak saya ambil panadol?"
"em boleh jugak. Nanti hantarkan dekat dalam bilik ye. Tak larat sudah ni. "
Panadol ditelan. Kepala yang berat membuatkan mata aku ingin terpejam. Lalu aku terlelap di meja kerja. Nasib baik aku sempat berpesan kepada kak Ita supaya jangan terima tetamu hari ini.
********
Overview
--------
Mana Rina ni?
Hatinya bermonolog sendiri.
Dah lunch hour. Patutnya dia ada dekat sini.
Masalahnya kau tu siapa? Kau yang rosakkan harapan dia. Apa kau ingat dia senang-senang nak terima kau atas apa yang kau buat.
Otak dengan hati aku ni memang tak sehaluan lah.
Apa kata kau pergi serbu pejabat dia.
Usul hatinya.
Tanpa melengahkan masa dia terus memecut keretanya ke pejabat Rina. Sangkanya Rina sengaja tidak mahu bertemu dengannya.
Naik saja ke tingkat 5 dimana pejabat Rina terletak dia sudah ternampak bayang bunganya di meja Secretary Rina. Luluh hatinya. Memang tepat tekaan dia.
Rina sengaja tak mahu berjumpa dengannya.
Dengan perasaan sebal, sedih dan geram dia menyerbu bilik Rina.
Hentakkan pintu yang kuat menyebabkan Rina tersentak dari tidurnya. Sudahlah kepala pusing . Dia cuba kuatkan diri untuk bangun .
"Ya Alif. Kenapa? "soal Rina tenang.
"Kenapa awak buat saya macam ni Rina? Awak tahu 7tahun saya tunggu awak. Tapi bila saya dah jumpa awak, awak macam nak mengelakkan diri dari saya. Macam-macam dah saya buat. Bagitahu saya apa lagi yang perlu saya buat? "
Soal Alif panjang berjela.
Tapi Alif pelik kenapa Rina hanya mendiamkan diri.
Dia menghampiri Rina.
Kelihatan Rina sudah tidak sedarkan diri. Tangannya cuba diletakkan di dahi Rina.
Allah! Panas gila!
Kenapa tak cakap yang awak tak sihat. Awak buat saya risau Rina
Gusar hati Alif memikirkan keadaan
Rina sehingga dia terlupa akan tujuannya yang sebenar. Lunch hour masih lagi belum habis pekerja Rina pon masih lagi berada diluar.
Nampaknya Alif tiada cara lain selain memapah Rina ke bawah.
***********
"Boleh saya jumpa dengan ahli keluarga Tengku Qasrina? " tanya doktor Rahim.
"Saya doktor! Saya suaminya. " bohong sunat apa salahnya!
" Mari kita bincang dekat bilik saya. "
Alif membontoti Dr Rahim.
"Awak tahu tak isteri awak ade allergic dengan apa-apa tak?"
"Tak dr. Selama ni dia okay je. "
"kami dah buat checkup. Darah dia pon kami dah periksa. Kami dapati dia allergic dengan bunga. Tak kisah apa jenis bunga sekali pon. Encik sebagai suaminya takkan tak tahu. "
Allah! Maksudnya dia sakit sebab aku!
Bisik hati kecil Alif .
" So boleh tak saya melawat dia sekarang? "
"Ya silakan. "
*************
Alif menghampiri Rina yang sedang nyenyak di katil. Wajah polosnya membuatkan hati Alif serba salah.
Sebab kau lah dia sakit.
Dah lah kau buat dia sakit kau tuduh dia yang bukan-bukan pulak
Apa ni Alif. Wakeup Alif! Kau perlu betulkan semua kekusutan ni.
Berperang dengan hati sendiri memang merumitkan.
Sedar-sedar Rina sudah terjaga dari lenanya.
Alif!
Alif yang terperasankan Rina terus menghampirinya.
"Erm. " Alif baru hendak memulakan mukadimahnya.
"Kenapa? " pangkah Rina
"Awak dah okay? " soal Alif
"None of your business. Sebab awak saya jadi macam ni."
"Rina maafkan saya please! " ujar Alif bersungguh-sungguh!
"Awak nak saya maafkan awak?"
Beria Alif mengangguk.
"Hentikan semua ni. Tinggalkan saya. Hentikan lakonan awak. Sebab awak saya macam ni. Tolong berhenti salahkan saya. "
"Awak boleh Suruh saya buat apa je. Saya sanggup tapi untuk tinggalkan awak saya rasa takkan! "
" Tolonglah berapa lama lagi awak nak seksa saya macam ni? "
"Baiklah kalau tu yang awak nak. Maafkan saya atas semua yang saya lakukan. Cukuplah awak tahu yang saya ikhlas terhadap awak. "
Kadang-kadang mencintai tak seharusnya memiliki.
************
The end-
Ps mesti sakit hatikan. Tunggu next update huhuhu :J
YOU ARE READING
Loser✔✔
Short StoryAt some point I started looking at the ground more than the sky It's hard even to breathe I hold out my hand But no one holds it Hidup seorang loser yang bernama Rina. Hidupnya langsung tiada apa yang menarik. dress upnya kelaut, muka tak cantik m...
