Bab 1

884 39 3
                                        

Angin bertiup sepoi- sepoi bahasa malam ini. Meski maya duduk di atas bangku di taman dengan suhu yang agak dingin, tetapi dia sedikitpun tidak merasai perubahan suhu ketika ini. Tubuhnya di sini. Tetap di sini. Tetapi, fikirannya masih di peristiwa itu.

Pada mulanya sememangnya dia agak meragui tentang perasaannya itu. Tetapi, setelah ianya berlaku berulang-ulang kali, dia sudah mula menyadari ianya bukanlah hanya 'mainan perasaan .'

Maya terimbas kembali peristiwa- peristiwa tersebut...

............

~9.57 p.m


'Esh! Mana bas ni! Tak ada pun..' Maya mengomel dalam hati. Mana tidaknya sudah hampir sejam dia menunggu tetapi tiada sebuah bas pun lalu di situ.

Maya baru sahaja pulang dari sekolah berasramanya. Dia pulang lewat malam itu kerana mempunyai kerja kursus yang perlu di siapkan dengan kadar segera. Rakan-rakannya yang lain semua menetap di asrama.

Oleh disebabkan Maya tinggal berhampiran dengan asrama, jadi dia perlu berulang-alik ke sekolah. Lagipula, dia kurang berminat untuk stay di asrama seperti rakan-rakannya yang lain.


Sedang asyik dia mengomel, Mata Maya tertumpu pada sekolah lama yang sudah hampir tiga tahun di biarkan usang. Menurut cerita penduduk setempat, sekolah itu di katakan 'keras' kerana tapaknya bekas hutan belukar.

Entah mengapa matanya tidak beralih dari terus memandang tingkap yang berada di tingkat tiga sekolah lama itu.

Tiba-tiba...

Dia berasa seperti ada sesuatu di kakinya!.. tubuh Maya kaku. Terkejut dan tertanya-tanya. Hendak menjerit, tiada sesiapa di sini. Almaklumlah bus stop di belakang asramanya itu agak sunyi di sebabkan peristiwa 'sekolah lama' tersebut.

Maya memberanikan diri untuk pandang ke bawah. Terlihatnya suatu lembaga hitam dikakinya. Dia mengigil ketakutan. Sesuatu yang disangka lembaga hitam itu adalah kucing hitam. Maya beristigfar dan bersyukur kerana ia bukanlah sesuatu yang menakutkan biarpun jantungnya sudah hampir gugur.

Tidak lama selepas itu, ada seseorang perempuan lingkungan 30-an bertanya kepadanya "adik? Kenapa tunggu bas di sini? Dekat depan sekolah asrama ada satu lagi bus stop kan?"

Maya pelik plus wondering kerana memang sudah menjadi kebiasaannya dia menunggu di situ. Tetapi, hari ini, entah mengapa suasana agak sunyi dan menyeramkan. Waitt,..wait.. bus stop lagi satu?? Setahunya di sini hanya ada satu bus stop.

"Ermmm..maaflah saya tak tahu ada lagi satu bus stop. Mungkin sebab saya sudah terbiasa guna bus stop ni." Jawabnya dengan senyuman yang pahit.

"Adik ni ada kelebihan. Jaga elok-elok. Jangan sampai kelebihan ini mengusai diri sehingga ia menyusahkan adik." aku mendengar kata - kata terakhirnya itu samar-samar kerana pada masa itu aku sudahpun berlari menuju ke bus stop yang dikatanya berada di 'depan asrama'.


"Alhamdulillah, sampai juga akhirnya di rumah. Rindunyaa katil." Maya terus merebahkan badannya ke atas tilam dan terus tertidur kerana kepenatan yang berganda-ganda. Langsung tidak dipedulikannya tentang ahli keluarganya yang sentiasa ingin mengetahui perkembangannya di sekolah berasrama kerana Maya baru sahaja bersekolah di situ.


"Aaaa..!!" Maya terjaga dari tidur. Matanya sedikit terbeliak. Seluruh badannya berpeluh seperti baru sahaja bermandi dengan peluh. Dia memandang sekitarnya. Pelik. Tiada cahaya langsung di biliknya. Mengapa dia berasa seperti ada yang menyuluh lampu ke matanya? Dia bangun secara mengejut kerana berasa seperti ada sesuatu di sekelilingnya!


KEHADIRANNYAWhere stories live. Discover now