"Cik Nuha, right?" Soal Benyamin. Aku angguk. Senyum lagi.

"You graduate dari law school mana?" Soal Benyamin lagi.

"Pardon me, sir?" Soalku agak terkejut. Apasal sekarang ni aku rasa aku macam tengah hadiri sesi temu duga kerja dengan encik dekat depan aku ni. Yang sedari tadi macam tak reti nak senyum.

"You grad dari law school mana?" Soal Benyamin sekali lagi.

"UIAM." Jawabku.

"UIAM?"

"Universiti Islam Antarabangsa Malaysia."

Lelaki di hadapanku ini terdiam sebentar tetapi masih menelek wajahku. Dekat muka aku ni ada apa benda sampai dia tak habis-habis tenung. Aku sangat pasti mata aku ada dua sahaja, bukannya satu atau pun tiga.

"Umur?"

"Turning 26 years old this year."

"Dah berapa lama kerja dengan law firm yang current ni?"

"Straight after grad, nak masuk 3 tahun this year."

"I wonder macam mana my late parents boleh pilih you untuk handle their trust agreement."

Aku masih menghulurkan senyuman sambil berpesan kepada diri sendiri supaya banyak bersabar.

"Mr Benyamin, sorry to interrupt your interview session. Saya rasa encik tahu yang saya datang sini untuk review balik trust agreement arwah ibu bapa encik dan bukannya datang untuk sesi temu duga kerja. Saya harap kita boleh terus ke topik utama perjumpaan kita hari ini." Ujarku lembut tetapi tegas. Aku masih tersenyum lagi.

Benyamin senyap. Wajahnya kelihatan merah. Aku tidak pasti sama ada dia menahan marah atau menahan malu. Malas aku nak fikir. Yang penting, aku kena jalaskan tugas aku sebagai trustee atau pemegang amanah asset arwah Tan Sri Zakaria dan arwah Puan Seri Adelia.

"Seperti yang diamanahkan oleh arwah Tan Sri Zakaria sejak tiga tahun yang lepas, segala aset yang diamanahkan oleh settlor iaitu arwah Tan Sri Zakaria kepada saya selaku trustee akan diserahkan kepada Encik Benyamin Ziqri Zakaria selaku beneficiary. Jumlah aset yang telah diamanahkan kepada saya akan diserahkan sepenuhnya kepada Encik Benyamin sebaik sahaja encik mencapai umur 25 tahun." Terangku sambil memerhatikan reaksi Benyamin yang ralit meneliti kertas perjanjian yang dipanggil 'trust deed' yang kuserahkan kepadanya sebentar tadi.

Peneranganku terhenti sebentar apabila encik setiausaha tadi masuk dengan menatang dua cawan air kopi. Aku sempat mengucapkan terima kasih sebelum dia berlalu.

"Namun begitu, sekiranya Encik Benyamin Ziqri meninggal dunia sebelum atau selepas mencapai umur 25 tahun, segala aset akan dipindahkan hak milik kepada isteri dan anak-anak Encik Benyamin sekiranya Encik Benyamin telah berkahwin. Sekiranya belum berkahwin, aset akan dipindahkan kepada Encik Zamir, adik lelaki arwah Tan Sri Zakaria secara sepenuhnya. Sekiranya Encik Zamir juga meninggal dunia, asset akan dipindahkan hak milik kepada keluarga Encik Zamir." Terangku lagi.

"Kenapa baru sekarang you datang jumpa I and inform pasal trust ni?" Soal Benyamin dengan dahi yang berkerut. Wajahku dipandang tepat.

"Saya diminta untuk memaklumkan tentang ini kepada encik selewat-lewatnya tiga bulan sebelum tarikh hari jadi encik. Encik boleh rujuk dalam trust deed tu. Selain itu, segala transaksi urusan berkaitan dengan aset yang diamanahkan kepada saya contohnya pembayaran zakat, saya lampirkan juga bersama-sama dengan trust deed itu.'' Jawabku sambil tersenyum.

Encik Kutub Utara (SUDAH TERBIT)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora