"Yes, miss. May I help you?" Sapa penyambut tetamu yang sedang tersenyum manis.

"Saya ada appointment dengan Mr. Benyamin Ziqri sekarang." Ujarku sambil sempat menelek jam tangan sendiri. Ada 10 minit lagi sebenarnya.

"Sebentar ya, cik."

Aku mengangguk sambil tersenyum. Sambil menunggu cik penyambut tetamu membuat panggilan, mataku meliar ke kawasan sekeliling. Kelihatan pelbagai bentuk rekaan beg tangan, purse, dompet lelaki, kasut dan juga scarf yang ditayangkan dengan kreatif. Kesemua barang-barang yang dipertontonkan kelihatan sangat ekslusif. Aku agak bangunan ini merupakan headquarter jenama A To Z kerana aku perasan kesemua barangan di sini mempunyai jenama A To Z yang ditampal megah.

"Cik Nuha Dhamia ya?" Panggil cik penyambut tetamu. Senyuman manis masih tidak lekang dari bibir.

"Ya, saya." Jawabku.

"Encik Benyamin tunggu cik di pejabatnya. Tingkat 3 ya." Beritahu cik penyambut tetamu.

"Oh, okey. Terima kasih, ya." Balasku sambil melemparkan senyuman sebelum bergerak ke lif. Aku masuk ke dalam lif dan menekan butang lif untuk ke tingkat 3.

Sebaik sahaja aku sampai di tingkat 3, aku seolah-olah baru melihat satu lagi pemandangan baru. Kawasan pejabat yang tidak mempunyai banyak bilik dan mempunyai ruang bersaiz besar dengan hiasan dalaman yang berwarna-warni dan ceria. Pelbagai reka bentuk beg tangan dan juga kasut kelihatan di mana-mana sahaja.

"Cik Nuha kan?" Tegur seorang pekerja lelaki. Aku berpaling ke arahnya dan menangguk. Lelaki ini tersenyum manis.

"Saya setiausaha Encik Benyamin. Encik Benyamin sedang menunggu cik. Sila ikut saya." Ujarnya sopan.

Aku tersenyum dan mengikut langkah lelaki yang berkaca mata ini. Kagum juga aku dengan setiausaha lelaki. Kami berhenti di hadapan sebuah pintu kaca.

"Sila masuk, cik Nuha. Encik Benyamin ada di dalam." Tutur encik setiausaha ini sambil tersenyum lagi.

"Terima kasih." Balasku sambil tersenyum juga sebelum melangkah masuk.

Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik pejabat sederhana besar ini, mataku terus menangkap almari kaca yang mempamerkan deretan beg tangan dan juga kasut. Aku melemparkan pandangan ke arah kerusi kerja kulit yang kosong. Eh, mana orangnya? Aku bergerak ke arah sofa kulit berangkai tiga.

"Oh, mak!" Aku sudah terjerit kecil melihat ada sekujur tubuh yang sedang berbaring di atas sofa tersebut.

Dek kerana jeritan kecilku, lelaki yang sedang tidur ini sudah terbangun. Sepasang matanya terbuka sambil merenung wajahku dengan tajam. Tiba-tiba aku terasa kecut perut. Betul ke ini bilik pejabat Encik Benyamin Ziqri? Lelaki yang kemas dengan kemeja lengan panjang ungu gelap dan digayakan dengan vest hitam, sudah duduk menghadapku.

"Who are you?" Soal lelaki ini. Anak matanya memang betul-betul tajam, macam hari-hari kerjanya menelan bilah pedang.

"Nuha Dhamia from Luthfi Akmal & Associates. I am here to discuss on the trust agreement with Mr Benyamin Ziqri." Jawabku tenang. Aku sempat tersenyum. Senyum Nuha, senyum.

"I am Benyamin Ziqri. Please have a seat." Ujar Benyamin dan berlalu ke kerusi kerja kulit yang dibiarkan kosong sebentar tadi.

"Thank you." Aku melabuhkan duduk di hadapan Benyamin. Mudanya mamat yang kat depan aku ni. Memanglah, baru nak masuk umur 25 tahun tapi aku agak dia bukan calang-calang orang dalam bangunan besar ini.

Encik Kutub Utara (SUDAH TERBIT)Onde histórias criam vida. Descubra agora