"Kalau tak pakai, tak boleh tambah anak dah aku nanti." Senda Hafizul sambil tersengih. Terkekeh-kekeh Ikmal ketawa. Bahu Hafizul ditepuk-tepuk. Lega dia apabila Hafizul sudah boleh bersenda.

"Mana tahu kut-kut nak sorang je ke anak?" Ikmal bergurau.

"Tak ada maknanya." Impian Hafizul, dia nak ada banyak anak. Biar hidupnya dikelilingi oleh budak kecil yang nakal, menghiburkan dan membahagiakan... itu matlamat hidupnya. Dan tentulah kanak-kanak itu beribubapakan dia dan Aida.

"BAGI Rissa tengok cerita ni!" Arissa cuba merebut alat kawalan jauh Astro dari Arman. Arman mengelak dan mengangkat tinggi alat kawalan jauh itu ke atas. Arissa terkinja-kinja melompat untuk mencapai alat kawalan jauh itu. Berlakulah sesi tolak menolak antara mereka berdua. Masing-masing tidak mahu mengalah.

"Aku nak tengok cerita nilah mangkuk!" kepala si adik diluku dengan alat kawalan jauh itu. Arissa mengaduh geram. Dia mencekik abangnya. Tidak berpuas hati.

"Alah..." dia mengeluh. Cuba meminta simpati dari abang sulung yang hanya menjadi pemerhati sedari tadi.

Aris menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah adik-adiknya. Hanya Aida sahaja yang kaku duduk di hadapan tv tanpa sebarang bunyi. Nak kata terhibur melihat keletah adik-adiknya, sikit pun tidak. Nak kata dia bengang dengan adik-adiknya juga tidak. Dia sekadar merenung tanpa rasa ke arah tv yang seringkali bertukar-tukar siaran disebabkan perebutan 'takhta' itu.

"Rissa ni asyik tengok drama melayu aje. Bosan sungguhlah!" Arman mengamuk. Telinga adiknya ditarik geram. Arissa mengaduh kesakitan. Si emak dan ayah hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala menyaksikan perbalahan adik-beradik yang saban hari berlaku di hadapan mata mereka. Tidak terdaya hendak menegur anak-anaknya.

"Mak! Tengoklah Arman ni!" Arissa menggadu kepada emaknya.

Si emak mengeluh dan memandang si bapa. Tidak lama kemudian bahu si bapa disenggol-senggol sambil menghantar isyarat mata ke arah Aida yang masih leka termenung. Aida bagaikan berada di dunianya sendiri.

Sudah puas mereka mendesak agar Aida pulang ke pangkuan Hafizul tetapi anak perempuan mereka yang itu begitu keras kepala sekali. Langsung dia tidak mahu pulang ke pangkuan Hafizul. Kononnya benci sangat padahal... semua orang tahu Aida begitu rindukan Hafizul.

"Ah! Bak sini. Aku nak tengok sukan." Lamunan si emak terganggu apabila Aris berdiri dan merampas alat kawalan jauh di tangan Arman. Kedua adik-adiknya yang berebut tadi sudah mencemik geram. Dua-dua tak dapat! Siapa berani nak berebut remote dengan abang sulung mereka yang garang macam lanun itu?

Aris duduk bersilang kaki di sebelah Aida. Siaran MTV dialih ke siaran sukan. Itulah yang dia mahu lihat.

"Eh! Ala... muay thai. Boringlah!" rungut Arissa. Arman mencemik sama. tiada seorang pun dalam keluarga mereka suka menonton sukan tinju. Dalam berkira-kira hendak menukar siaran, mata Aris tiba-tiba terbuntang.

"Eh! Tu..." dia berjeda. Takkanlah pula benar bagai apa yang dilihatnya. Atau, dia tersalah melihat? Tapi, rasa-rasanya di gelanggang itu memang lelaki itu!

"Macam..." kali ini giliran Arissa pula yang ternganga. Aida ikut terkejut melihat lelaki di dalam kaca tv itu. Nampak macam seseorang yang sangat dikenalinya. Benarkah?

"Pijoi!!!" serentak mereka sekeluarga bersuara terkejut.

Aida merampas alat kawalan jauh Astro dari Aris untuk mengalih siaran. Dia tidak suka dengan apa yang dia lihat. Hafizul masih aktif dalam sukan bertinju? Ini tak lain tak bukan, mesti pengaruh daripada Ikmal ni. Atau... argh! Kenapa dia tidak suka melihat lelaki itu bakal didebik nanti?

Salah Siapa?जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें