Bab 4

2.9K 50 3
                                    

Bab 4

HAFIZUL termenung melihat kerusi yang sudah dua minggu kosong di ruang pejabat itu. Sudah seminggu dia bergelar seorang suami. Sudah seminggu dia tidak mendengar khabar dari Aida. Selalu sangat dia termenung, membayangkan mereka bergurau senda sambil membaling gumpalan kertas yang bertulis nota sewaktu bos tiada di pejabat.

"Joi, makan jom?" ajak Sofiya. Tersentak dengan pelawaan itu, Hafizul mengangkat mukanya. Wajah Sofiya tersenyum-senyum dipandangnya sekilas. Kemudian, dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Aku tak nak makan." Hafizul kembali menekuni kerjanya di atas meja.

Tidaklah setekun yang orang lain sangkakan. Fikirannya entah ke mana. Dia berpura-pura tekun untuk mengelak dari bercakap dengan sesiapa. Kalau dahulu, dia selalu mengusik Aida yang sedang tekun membuat kerja. Sekarang Aida sudah tiada. Bank Rakyat itu begitu sunyi tanpa Aida.

Bila Aida dapat kerja di Bank Rakyat, dia berusaha untuk bekerja di situ juga. Aida membantunya memberitahu ada jawatan kosong dan sebagainya. Kalau boleh, sehari pun dia tak mahu berenggang dengan Aida. Cuma, selepas kejadian hitam itu, agak jarang dia bercakap dengan Aida. Dan sekarang? Dia langsung tak dapat bertemu dengan Aida.

"Jomlah, aku belanja." Sofiya masih memujuk.

"Aku tak naklah, Opie. Kau pergilah." tegas Hafizul. Kalkulator mula ditekan sesuka hati. Dia geram. Tertekan. Tertekan dengan ketiadaan Aida.

"Kau ni. Aku tahulah Aida dah tak ada kerja kat sini. Jangan frust sangat. Dia bukannya kahwin dengan lelaki lain pun. Kau masih ada peluanglah. Kalau tak ada peluang sekalipun, aku ni ada. Aku ajak pergi makan aje pun..." Sofiya bersuara geram. Sudah lama dia menaruh minat pada Hafizul namun siapa yang lelaki itu pandang? Hanyalah Aida!

"Kau diamlah! Aku tak nak makan, faham bahasa tak? Aku tak nak! TAK NAK!" nafas Hafizul sudah turun naik. Sofiya menghentak-hentak kakinya dengan geram. Susah benar untuk dia mengajak Hafizul makan!

"Jangan menyesal! Sebab Aida tak ada, terus nak emo. Sayang sangat kat perempuan tu. Dia tak pernah sukakan kau. Kau je perasan lebih! Dia layan kau macam abang je. Dia sendiri pernah beritahu aku." Sofiya bersuara geram.

Hafizul berdiri dan menghentak tangannya ke meja. Kuat. Bengang diganggu Sofiya. Sofiya tersentak. Seluruh pejabat itu senyap sunyi mendengar hempukan keras itu.

"Kau blah!" jerkah Hafizul lantas berjalan keluar dari pejabat yang dirasakan cukup panas itu.

Sofiya berundur beberapa tapak sebelum berlari ke tandas. Menangis. Hafizul bukannya tak dapat baca perasaan Sofiya padanya. Dia belum buta lagi untuk menilai perasaan seseorang terhadapnya. Dia cuma buta menilai perasaan Aida terhadapnya. Aida tidak pernah cintakan dia...

HAFIZUL mengeluarkan telefon bimbitnya. Nombor Aida dicari. Dia teragak-agak untuk menekan nombor itu. Dia mahu bertanya, betulkah Aida memang menganggapnya sebagai seorang abang? Dia tak boleh terima! Dia lebih rela kalau Aida menganggapnya sebagai rakan karib sampai bila-bila.

Kalau Aida menganggapnya sebagai abang, dia mula terasa sumbang! Memang mak dan ayah Aida menjadikan dia sebagai anak angkat, tapi itu tak bermakna dia menganggap Aida sebagai adiknya. Tidak sama sekali!

Baru lagi hendak mendail nombor telefon Aida, niatnya terbantut. Dia tak mahu tahu... takut kalau-kalau betul Aida memang menganggapnya sebagai abang. Pasti rasa kecewanya bukan kepalang.

Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar. Satu sms masuk.

'Bro apa cerita? Lama diam.' daripada Ikmal. Hafizul angguk sendiri. Dia perlukan Ikmal sekarang. Dia perlukan rakan untuk berbual.

Salah Siapa?Where stories live. Discover now