Bab 7

2.7K 65 1
                                    

Bab 7

MAKANAN yang terhidang dipandang sepi. Setiap hari begitulah keadaan dia. Dek kerana terlalu sibuk memikirkan anak dan isteri, dia jadi tidak sampai hati hendak makan. Bimbang jika isterinya yang jauh di mata tidak lalu makan. Badannya juga sudah agak kurus jika dibandingkan dengan dulu.

"Makan Joi. Malam ni game kau. Jangan buat pasal. Tak ada tenaga kau nanti, sekali je kena debik dah K.O." bebel Ikmal. Dia tak mahu Hafizul kalah di pusingan pertama. Sesiapa pun tak nak pelatih mereka kalah pada pusingan yang pertama. Pinggan ditolak ke arah Hafizul. Hafizul mengeluh perlahan.

"Entah bini aku makan entahkan tidak." Kata Hafizul kerisauan.

"Dia makan punya. Kalau tak, sekarang ni kau dapat berita kematian dia." Dengan selamba Ikmal bersuara.

Kadang-kadang dia rasa sakit hati dengan Aida. Mana boleh Aida menghukum Hafizul begitu? Kalau benar Aida mengenali Hafizul dari kecil, pasti Aida tahu bagaimana sikap Hafizul. Pasti Aida tahu ada sesuatu yang dirahsiakan Hafizul.

Sedangkan dia yang baru mengenali Hafizul tujuh tahun yang lepas pun sudah cukup kenal Hafizul. Bila Hafizul gembira, bila Hafizul sedih dan bila Hafizul ada masalah. Semua dia dapat tahu hanya dari memerhati air muka lelaki itu.

"Hish mulut!" marah Hafizul apabila Ikmal berkata begitu mengenai isterinya.

"I'm just saying. Entah dia fikir entahkan tidak pasal kau. Entah dia kat sana makan sedap-sedap. Kau dekat sini lara je. Kau kena makan. Malam ni first game kau. Kau jangan nak buat malu muka aku sudahlah." Ikmal membebel. Wajahnya serius sekali.

"Entahlah..."

"Makan! Kau kena fikirkan aku juga. Malu muka aku ni nak letak kat mana kalau kau kalah? Uncle Lim lagi..." Ikmal menaikkan keningnya.

"Yelah-yelah aku makan. Aku dah janji nak menang." Lambat-lambat disuakan juga makanan ke mulutnya. Malas dia mendengar bebelan Ikmal lagi.

Dia berharap agar suatu hari nanti, dia akan duduk di tempat Ikmal dan biar Ikmal duduk di tempatnya. Dia berharap agar ada seseorang akan buat Ikmal jadi lemah seperti apa yang Aida telah buat terhadapnya. Cinta! Dan apabila tiba saat tu, dia akan ejek Ikmal secukupnya!

Cinta terhadap seorang perempuan memang mampu buat lelaki jadi gila!

"Nak menang, buat cara nak menang. Jangan termenung sana sini. So gelilah." Ikmal bergurau dengan gaya perempuan mengada.

"Aku tumbuk jugak budak ni!" Hafizul sakit hati dengan gelagat Ikmal.

"INGAT, jangan stress. Lupakan masalah kau tu kejap. Kejap je. Untuk dalam tempoh perlawanan kau je. Lepas tu, aku tak kisah kau nak mengamuk ke apa." Beberapa kali Ikmal berpesan perkara yang sama kepada Hafizul. Tangan Hafizul dibalut dengan pembalut yang berwarna putih sebelum disarungkan sepasang sarung tangan tinju berwarna hitam kepada tangan Hafizul.

"Ya, aku tahu. Banyak kali dah kau pesan. Dari tak stress, dah jadi stress semula dah aku ni." Sindir Hafizul dengan selamba. Ikmal tergelak.

"Okey sorry. Ketat okey dah?" soal Ikmal sambil menepuk-nepuk sarung tangan Hafizul. Hafizul mengangguk-anggukkan kepalanya. Penumbuk dilagakan beberapa kali.

"Cuba jab." Ikmal mengangkat kedua belah tangannya dan menyuruh Hafizul menumbuk tapak tangannya. Hafizul menurut. Penumbuk dihayunkan beberapa kali ke arah tapak tangan Ikmal dan Ikmal menangkapnya dengan cekap.

"Okey?" soalnya lagi. Sekali lagi Hafizul mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Groin protector pakai?" soal Ikmal.

Salah Siapa?Where stories live. Discover now