Bab 5

2.7K 57 3
                                    

Bab 5

AIDA membuka surat itu dengan tangan terketar-ketar. Di dalam sampul itu masih terdapat kertas lain dan bila ditilik isinya, ia merupakan sejumlah wang. Agak banyak. Wang nafkah.

'Buat bini aku. Macam mana dengan anak aku? Sihat ke dia? Kau jaga dia elok-elok ye, Da? Aku rindukan kau berdua. Rindu sangat-sangat. Rasa macam dah bertahun kau tak tinggalkan aku khabar berita. Aku cuma nak tahu sama ada kau betul-betul sihat atau tak. Kau tak nak bercakap dengan aku, jadi aku utuskan surat untuk kau. Moga kau tahu apa yang aku nak cakapkan selama ini.

Aida, aku tahu kau bencikan aku sungguh-sungguh. Dan aku tak expect untuk dibenci kau sampai tahap begini. Aku tahu, memang salah aku pun yang buatkan kau benci pada aku. Percayalah Aida, aku tak mampu padam dosa aku dulu sekelip mata. Sampai sekarang pun aku masih diburu rasa bersalah.

Lagi aku tak sangka, itulah kali pertama aku dengan kau... dan aku langsung tak sangka, dengan hanya sekali tu, hidup kita terus berubah. Percayalah, sekali itu tak pernah terlintas di fikiran aku langsung untuk membiarkan ia terjadi.

Mungkin semua tu terjadi disebabkan nafsu aku dan iman aku yang lemah. Mungkin juga kerana aku tersalah tafsirkan perasaan sayang dan cinta aku pada kau sehingga menjadikan ia alasan untuk menghalalkan yang haram. Aku minta maaf. Sungguh. Perkara yang jadi malam tu bukanlah kehendak aku, Da. Aku tak sanggup nak berpisah dengan kau, Aida. Aku dah insaf. Tolonglah kembali pada aku. Hidup aku sunyi tanpa kau.

Baliklah, Da. Kalau kau nak tahu kisah yang sebenarnya, aku akan beritahu dengan jujur. Tapi, kau baliklah dulu. Ke pangkuan aku. Aku harap kau pertimbangkan. Fikirkan masa depan anak kita, Da... fikirkan dia. Dia perlukan ayah. Dia perlukan aku. Dia juga perlukan kau.'

Aida menangis-nangis membaca surat itu. Sungguh dia masih keliru. Kalau benar kejadian malam itu bukan kehendak Hafizul, bagaimana kejadian itu masih tetap berlaku juga? Apa sebenarnya maksud Hafizul?

"Kenapa kau sekejam ini, Joi? Kenapa?" rintih Aida.

Disebabkan surat itu, hari ini dia berkurung di dalam bilik sehingga ke malam. Benci untuk mengaku, dia sudah jatuh sayang pada anak luar nikahnya ini. Kerana, Hafizul begitu menyayanginya. Kenapa dia mesti merasa sayang pada sesuatu yang Hafizul sayang sedangkan lelaki itu yang membuatkan hidup dia tiada maknanya lagi? Kenapa?

"IKMAL, datang rumah aku kejap." Tanpa memberi salam, Hafizul menjemput Ikmal untuk datang ke rumahnya. Dia perlukan Ikmal sekarang. Hidupnya semakin berserabut dan dia tak mampu untuk tanganinya sendirian lagi. Dia perlukan seseorang untuk meluah.

"Kenapa weh? Aku busy ni. Ada training. Budak baru masuk." Kata Ikmal di hujung talian. Dapat Hafizul dengar bunyi-bunyi punching bag ditumbuk berlatarbelakangkan suara Ikmal.

"Datang ajelah. Penting ni." Hafizul mendesak.

"Okay. Lepas habis training ni aku datang. Sabarlah Joi! Kau nak kejar apa? Bini bukannya ada dengan kau pun. Relax sudahlah." Selamba sahaja nada Ikmal di hujung talian. Hafizul mendengus. Disebabkan tiada isteri di sisilah dia jadi begini. Hampir gila.

"Sebab tak ada dialah aku suruh kau datang ni. Aku nak masuk balik. Daftarkan nama aku kat training tu. Aku nak join competition tu." Hafizul tidak menunggu lama untuk memberitahu hasratnya.

"Wow wow wow! Kau dah fikir masak-masak ke weh?" soal Ikmal yang agak terkejut dengan keputusan Hafizul itu. Hafizul menarik nafasnya.

"Sudah." Jawabnya yakin dan tegas.

Salah Siapa?Where stories live. Discover now