Sampai satu tahap, dia hubungi Ikmal semula. Dia perlukan Ikmal sekarang.

"Tapi takkanlah..."

"Aku nak kau tahu yang aku jijik sangat-sangat nak tengok muka kau Joi. Aku jijik. Kalau pada tangan aku ada asid, dah lama aku simbah dekat muka kau. Tapi itu pun takkan berjaya puaskan hati aku. Tak setimpal dengan apa yang kau dah buat dekat aku..." Ujar Aida penuh dendam. Dia tak pernah diajar untuk berdendam tetapi dalam kes ini... dia tak boleh menahan dirinya.

"Kata-kata kau lebih menyakitkan dari asid, Da. Enough. Aku faham. Aku akan bagi kau masa untuk bertenang." Hafizul pejam mata. Sakitnya hati dia... rasa macam ditikam dengan belati dan kemudian dikorek-korek. Terlalu sakit!

"Masa? Bukan soal aku boleh bertenang ke tak. Tapi apa yang kau dah buat dekat aku... jahat sangat. Tolonglah, faham aku." Aida masih lagi tidak memandang muka Hafizul.

"Da, cubalah ingat semula. Mungkin kau akan maafkan aku?"

"Stop it! Kau dah gila ke nak suruh aku ingat balik semua yang dah berlaku kat aku? Kau dah hilang akal ke?" Aida mengamuk. Kembang-kempis hidungnya menahan amarah.

"Da, aku rasa berdosa Da... sangat. Kau jangan ingat aku tak rasa bersalah dengan apa yang dah jadi..."

"Kalau kau rasa berdosa, kalau kau rasa bersalah... patutnya awal lagi Joi. Awal lagi kau menikah dengan aku. Bukannya kau buat keputusan untuk senyap macam tu aje... sampai aku pregnant... lepas tu baru sekarang kau nak tanggung? Manusia jenis apa kau ni?" Aida semakin sakit hati mengenangkan hal itu.

Hafizul tarik nafas dalam-dalam. Dia tunduk. Dia tahu dia salah. Dia bacul.

"Aku tak nak tengok muka kau. Lepas kita nikah, haluan kita berbeza. Tolonglah. Aku nak simpan baby ni pun dah dikira baik..." Aida berkata lagi.

Hafizul pejam mata dan mengetap bibirnya rapat. Dia sedar, persahabatan mereka sudah tiada maknanya lagi pada Aida. Padan muka dia. Doktor kata, memori Aida yang hilang itu hanya untuk sementara. Jadi dia harap, sebaik sahaja Aida pulih nanti, Aida akan mencarinya dan menerima keadaan itu dengan seadanya. Seperti dulu.

"Belajarlah untuk memaafkan..." pinta Hafizul.

"Faham aku, boleh tak? Kau ingat semua ni senang ke untuk aku hadam? Kawan baik aku... kawan baik aku dari kecil lagi dah khianati aku. Kau rosakkan masa depan aku dengan cara paling kejam sekali. Kau fikir mudah untuk aku terima semua ni? Apatah lagi nak memaafkan..."

"Aku cuba faham kau ni! Aku cuba... tapi permintaan kau berat. I get it if you need time. Tapi janganlah buat keputusan terburu-buru macam ni..."

"Aku dah cakap, ini bukan soal perlukan masa atau apa. Aku dah fikirkan masak-masak. Sekalipun aku dah maafkan kau, aku tak boleh terima orang yang dah khianati kepercayaan aku. Kita akan berkahwin, ya. Tapi atas kertas je. Aku tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan kau. Langsung. Maksud aku, tolong jangan pernah muncul depan aku lepas semuanya selesai nanti."

"Wey, macam ni kau kata kau dah fikir masak-masak?" Hafizul memprotes. Ternyata Aida berfikir menggunakan kepala lutut!

"Kalau kau nak baby tu, okey. Kau ambik. Kau pun tahu aku tak nak simpan budak haram ni." Kata-kata Aida semakin tajam. Hafizul semakin rapuh.

"Da, tolong jangan cakap macam tu dekat anak aku. Sakit, Da... sakit." Hafizul tekan dadanya.

"Lepas aku bersalin, kau ambik budak ni, bawak dia lari jauh. Jauh dari aku. Tolong... aku tak nak tengok muka kau orang berdua. Tolonglah, aku merayu." rayu Aida. Hafizul geleng-gelengkan kepalanya.

Salah Siapa?Where stories live. Discover now