"Boyfriend kau mana?" Nur Aleeya Jasmine yang tengah senyum tengok telefon pintarnya terus mengangkat kepala. "Kenapa?"
"Dari dulu kau cakap kau bercinta. Tapi tak pernah sekalipun tunjuk muka dia." Aleeya menelan air liurnya yang pahit. "Dia tak suka bergambar." jawab Aleeya cuba mencari alasan.
"Or maybe sebab dia memang tak wujud." balas salah seorang dari mereka dengan sindir. Ia membawa kepada yang lain yang mendengar itu ketawa kecil. Jelas mengetawakan Aleeya akan hubungan yang dijalankan sekarang ini.
Aleeya diam, hanya itu yang dia mampu sekarang ini. Jari dia masih memegang telefon miliknya dengan kemas, air muka dia berubah.
"Kami serius lah," sambung salah seorang daripada mereka sambil tersenyum sinis. "Kau ni macam bercinta dengan imaginary boyfriend je." katanya pedas, Aleeya menunduk, tidak tahan dengan kenyataan ini.
"Aku pernah call dia." suaranya perlahan tapi masih boleh didengar, sengihan terdengar jelas oleh ketua mereka. "Suara je. AI pun boleh buat suara sekarang."
Gelak tawa makin kuat. Sekali lagi membuat dada aleeya sesak. Dia tidak suka dengan zaman persekolahan dia sama sekali, tiada yang betul-betul yang ikhlas berkawan dengannya. Dia juga sering menjadi orang yang terakhir sejak dari dulu lagi.
Dia tidak penting bagi mereka, bahkan tidak dianggap langsung.
Skrin telefon yang gelap memantulkan wajahnya sendiri sebelum satu notifikasi muncul.
[Abang ❤️]
I miss you already sayang ❤️🔥.
Nafas Aleeya tersekat sekejap. Walaupun seluruh dunia panggil lelaki itu palsu...
Tapi mesej itu masih membuat jantungnya berdegup kencang macam orang yang sedang bercinta untuk pertama kali.
Dan itu yang paling menakutkannya.
>.<
"Boyfriend kau tu wujud ke tak sebenarnya?" Aleeya diam. Masih memikirkan kata-kata yang menusuk hatinya. Tepat di hati, kenapa semua ini perlu berlaku padanya?
Kenapa orang yang lemah dan tak berguna sepertinya perlu merasa kasih sayang dari orang tidak wujud sekali?
Tapi ya tuhan, cintanya terasa nyata. Perlindungan dia terasa benar-benar padanya. Perbincangan yang selama ini mereka sentiasa bicara di waktu malam sentiasa membuatkan dia berbunga-bunga.
Tiada sedikit pun tanda-tanda lelaki itu seorang yang jahat dan tak berguna. Semuanya yang tidak digemari oleh orang ramai seolah tidak dia embat.
Aleeya memejamkan matanya rapat, cuba mencerna apa yang berlaku padanya.
Pada orang lain mungkin percintaan dia kelihatan tidak berguna dan hanyalah akalan imaginasi semata-mata.
Tapi bagi gadis itu? Tidak sama sekali. Cinta mereka terasa nyata, bahkan nyata dari dongeng kisah cinta yang dia dengar dari kecil itu. Dia pernah berkata, jika lelaki itu nyata...
Selepas menamatkan zaman persekolahan, dia mahu bergelar seorang isteri kepada lelaki itu. Menjadi ibu kepada anak-anak mereka dan menua bersama.
Jika itu menjadi kenyataan, Nur Aleeya Jasmine takkan meminta apa-apa lagi selain bahagia bersama keluarga kecil itu.
Tapi semua impian tertampar pada kenyataan. Dia sudah banyak kali menolak tapi apakah daya?
Kenyataan yang dia lalui semuanya menampar dirinya yang berusaha membawa dia kepada kesedaran kepada dunia sebenar.
Kerana kadang-kadang dia pun bertanya benda yang sama.
Tapi kalau dia tak pernah wujud...
Kenapa sampai sekarang dia masih tunggu?.
In another life, i would be your girl.
ANDA SEDANG MEMBACA
Softly, a home
RomanceAda orang dilahirkan dalam sebuah keluarga. Ada juga yang menghabiskan separuh hidup mencari ertinya. Bagi Aleeya Jasmine, "rumah" bukanlah sebuah tempat. Ia adalah seseorang yang membuatkan dia ingin terus pulang. Di sebalik senyuman, tersimpan luk...
