"Jangan nak perasan cantik la. Jacques cakap cantik tu dekat aku. Bukan korang."

Salwa julingkan mata ke atas. Tim buat gaya orang nak termuntah. Jealous dengan aku la tu. Muahaha...

"Whatever! Tapi aku prefer Spanish la Tim. They sounds hot and ulalala....it can make you undress in a flash."

Tu diaaaa.....imaginasi overbroad tak ada pakai filter langsung. Lagi teruk dari aku punya imaginasi. Brrr...seram!

"If the person can speak a good educated sounding Spanish, then I agree with you. If they have like a vulgar accent or something ill-mannered then, hell no! Tak seksi langsung."

Salwa geleng kepala. Tim angguk tanda setuju.

Haila...dia orang ni. Bercakap pasal accent pun boleh terkait pasal vulgar. Sebab tu kita yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa utama kena cakap bahasa Malaysia dengan manis dan elok supaya orang luar pun akan cakap bahasa kita bahasa yang seksi. Asalkan cakap dengan cara yang decent mesti nampak sexy and hot. Tak perlu pun pakaian branded atau yang menyeksakan mata. Seksi dengan kelas tersendiri.

"A person who can speaks Arabic and Malay Language is sexy as well. Jangan lupa tu." Tambah aku.

"Then, why didn't you include bahasa Malaysia as one of the sexy languages?" Sebelah kening Salwa terjungkit. Gaya mencabar.

"Well, that wish list refers to a gentleman who can speak foreign languages and for sure he's a Malay. Otherwise, baik aku pergi cari calon Caucasian ke, Eurasian ke or Romanian. Baru aku masukkan bahasa Malaysia sekali. For me, bahasa Malaysia remains as the sexiest languages if the person speaks in a gentleman ways."

"Wowww!!! Kau agak-agak ada tak gentleman macam tu wujud lagi?"

Tim jungkit kening dua kali sambil ketap bibir. Aku tarik senyum meleret.

"I believe he still exists and I will dig it out till my last sweats." Dengan bangga aku berkata.

Salwa terus tepuk tangan. Gaya macam aku baru buat speech lepas dapat award untuk best student. Tak lama lepas tu Tim ikut sekali.

"Aku doakan kau jumpa apa yang kau cari," kata Salwa sambil kenyit mata.

Aku senyum sambil angguk. "Thanks besties."

"Let's have a group hug," ajak Tim.

Kita orang terus peluk bertiga sambil rapatkan dahi. Salah satu cara mengeratkan hubungan. Hugging is physically affectionate behaviors between humans. As we received hugs, oxytocin which also known as 'cuddle hormone' goes coursing through our bodies and that will makes us feel closer to one another and long-term bonding ensues. Dan atas sebab itu, aku dan sahabat sehati sejiwa ni pilih peluk dari berjabat tangan.

"Tapi aku rasa Spanish lagi seksi la, Tim." Tiba-tiba Salwa cakap macam tu lepas leraikan pelukan. Tim geleng kepala.

"French lagi seksi la weh."

Masing-masing tak nak kalah rupanya. Aku terus jalan ke arah laptop yang terpasang dekat meja study. Laju je tangan aku klik Youtube. Tim dengan Salwa masih berdebat mempertahankan pendirian masing-masing.

Tak lama lepas tu lagu 'La Camisa Negra' bergema memenuhi ruang bilik.

"Arriba! Andale! Andale!" Aku terus tarik tangan dia orang yang masih terpinga-pinga.

"Jom kita tengok siapa lagi seksi."

Blur masing-masing, tapi bila tengok aku dah shake my booty like Shakira, terus dia orang join sambil mulut mula riuh ikut lirik lagu.

Selesai lagu Spanish, lagu French pula berganti. Sengaja aku tukar bahasa pula. Kalau tadi shake it like a salsa dancer, sekarang shake it like a diva. Masing-masing menari macam bilik aku ni dah bertukar jadi dance floor dengan mulut riuh ikut lirik. Masing-masing hebat macam bertih jagung kalau menyanyi lagu asing.

"Yeah...this is great! Hilang stress aku. Nad next song pleaseeee?"

Aku gelak. Salwa dengan Tim asyik masyuk goyang punggung gaya ostrich cross over dengan android dalam planet of the apes. Aku layankan aje kerenah dia orang. Lagu Arab pula berganti kali ni.


"This is fun! Dah lama tak gelek macam ni."

Selesai gelek ala Belly dancer akhirnya tiga-tiga terlentang atas lantai. Kepala masing-masing bertemu dengan dada yang masih berombak. Siapa kata menari tu tak penat aku bagi takbik spring. Gila malam-malam buta buat bilik yang sederhana ni ala dance floor. Habis bantal bersepah sana-sini.

Buku anatomi entah terbang ke mana, wish list aku nasib Tim sempat tampal balik, modules lesap entah ke mana.

"Tahu tak apa. Serius aku rasa semua stres hilang," kata Tim sambil tarik nafas dalam. Aku gelak kecil.

"Tapi kita tertinggal satu bahasa lagi la beb," komen aku sambil lipat lutut ke atas.

"Bahasa Malaysia!" Jawab Salwa laju.

"Don't worry. Aku nyanyi. Aaa...satu, dua, tiga, testing.." Dan selamba Tim mula menyanyi.

Selama ini ku mencari-cari

Teman yang sejati

Buat menemani

Perjuangan suci

Aku tarik senyum lebar. Ya, aku bersyukur kerana dipertemukan dengan sahabat sejati di bumi Shamrock ini. Perjuangan yang bermula di IB (Intenational Baccalaureate) sampai sekarang masih bertahan dan semakin mekar dari ke hari. Alhamdulillah.


Bernafas TanpamuWhere stories live. Discover now