Bab 1: Ummi Maisurah

25.8K 525 26
                                    

Aku belajar di Sekolah Menengah Mahad Tahfiz Al-Haq selama 12 tahun. Daripada aku darjah 1 sehingga tingkatan 6. Aku mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (Stam) untuk memasuki University yang aku idamkan yakni Universiti AlAzhar di Mesir. Aku daripada keluarga yang tak seberapa kaya. Namun, aku bersyukur kerana dikurniakan lagi nikmat yang Tuhan beri. Selepas sahaja pulang dari sekolah, aku akan segera membantu ayahku untuk menjual kuih. Abangku berkerja di Singapura. Jarang dia balik untuk memberi duit. Kakak ku pula sudah berkahwin. Dia mengikut suaminya berumah di Taman Rinting, Johor Bahru. Kadang2 suaminya yang memberikan beberapa wang kepada aku dan ayah aku untuk sara hidup.

Ibuku sudah tiada. Beliau meninggal semasa umur ku 14 tahun. Makin susah jadinya. Aku dan ayah aku sahaja yang dapat merasakan keenatan setiap hari . Namun, apabila aku berasa malas atau penat ayahku selalu pesan "nak, ingatlah.. kalau kita berpenat2 di dunia, inshaaAllah kita berehatlah di akhirat nanti ye sayang?" Itu akan menguatkan lagi semangatku dalam beribadah.

Suatu pagi seperti biasa aku pergi ke sekolah menaiki bas. Setelah tiba ke sekolah , aku segera masuk ke kelas dan mengambil al Mathurat ku untuk bacaan di perhimpunan. Dalam setengah minit, aku pulang ke kelas. Rakan karibku ialah Mohammad Hafiz bin Suhaimi. Beliau sekelas dengan ku. Kami berkawan dari darjah satu sehingga sekarang . Kami suka sama suka namun kami tak pernah meluahkan perasaan masing2. Sekadar di dalam hati, aku sentiasa menanti dia untuk cintaku.

Seperti biasa, pembelajaran pertama ialah tahfiz al Quran. Ustaz Syed Farizie. Beliau terkenal dengan gelaran 'ustaz paling kacak' dan 'paling muda'. Terlalu ramai wanita yang tergila2kan dia. Sehingga satu tahap beliau pernah diNGORAT oleh salah seorang pelajar tingkatan 4. Namun, aku sedikit pun tidak ada rasa suka atau berminat tentangnya malahan aku tidak menyukai dia. Yang bagusnya , beliau kuat iman dan orangnya alim. Tetapi beliau selalu melayan gadis2 yg tergila2kan dia tu. Aku sangatlah menyampah tahap sambal belacan! Walaupun kacak, bagiku ia tidak bernilai apa2.

Suamiku Ustaz [COMPLETE]Where stories live. Discover now