We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.

🍁1🍁

9 2 0
                                        

AKU sangat tidak menyangka hal seperti ini akan jadi.
Aku hanya ingin sedikit waktunya.
Tapi wanita itu merebut segalanya.
Ayah menikah lagi—, kedudukan ibu telah terganti—Ayah yang dulu penyang—memiliki segala waktu untuk anaknya kini sudah tidak ada waktu lagi.
Ayah lebih banyak masa dengan isteri barunya berbanding bertemu pada anaknya.

Padahal ibu baru saja meninggal kurang dari setahun yang lalu,—kuburnya saja masih merah.

Ayah menurut semua kemahuan isterinya,
Jika aku meminta ayah hanya berjanji namun tidak pernah di tepati.

Aku seperti terlupakan.

Mereka lupa  bahawa kenikmatan kejayaan dan kekayaan yang mereka nikmati itu adalah harta dari ibu kandung ku.

Apa wanita itu tidak malu menikmati kemewahan dari hasil orang lain.

Ketika aku lulus kuliah di Washington,
Aku menghantar mesej pada ayah meminta beliau untuk hadiri di acara graduasi ku,
Ayah berjanji—namun sehingga acara graduasi selesai ayah tidak pernah datang.

Lalu tidak lama setelah graduasi ku berlalu, aku mendapat tahu bahawa ayah mengadakan majlis sambutan hari lahir untuk isteri barunya.

Hati ku sakit—

Yaa, siapa yang tidak sakit hati jika kalian dia posisi ku saat ini kalian pasti akan sakit juga,bukan?

Seiring waktu aku mulai mencipta jarak pada ayah.
Aku berniat untuk membina kerjaya sendiri.

Aku tahu niat ku bukan hal yang mudah apa lagi dengan usia yang masih mentah di dunia yang penuh dengan saingan sengit namun aku juga harus bangkit.

Aku mengentalkan hati dan memilih untuk keluar dari rumah yang sejak kepergian ibu tidak lagi mengharapkan kehadiran ku.

Berbekalkan wang simpanan yang di berikan oleh mama sebelum beliau meninggal dunia , aku memutuskan membeli sebuah villa lama yang terletak di sebuah perkampungan.

Dari penjual aset aku dapat tahu bahawa villa tersebut adalah villa yang pernah di huni oleh sebuah keluarga bangsawan inggeris yang dahulunya di tinggal oleh salah satu anak daripada bangsawan tersebut sewaktu menabur ilmu di salah sebuah universiti tempatan di kota itu.

Kata penjual aset itu lagi kediaman ini di jual murah kerana kediaman tersebut berada jauh dari ibu kota dan sukar untuk mendapatkan pengangkutan awam pada hari-hari biasa.
Aku mengeyakan dan tidak berasa hal tersebut adalah masalah—Aku memiliki kereta.

Setelah selesai melakukan urusan serah kunci, penjual aset tersebut terus beredar.

Aku kembali keibu kota,mengambil barang-barang yang aku tinggalkan dikediaman Lexi dan akan kembali ke villa pada keesokan hari.


🍁🍁


Sehingga hari itu tiba..,

Hujan turun dengan lebat di temani dengan petir yang ganas.

Ada dia yang datang tidak ku kenal.,

Tidak ku kejemput.,

Dan tidak ku undang.,

Dia.,

Yang datang untuk berkunjung.

Dia dengan wajah dan figura laki-laki maskulin.

Seumur hidup ku ini pertama kali aku memuji seorang laki-laki itu....

"..TAMPAN.."

See you guys next chapter

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


See you guys next chapter..🫰
Thank you for reading..🙇

*Sorry for slow response..
*i do trying my best.

Falling in love with a ghost manStories to obsess over. Discover now