1. Hari Pertama

63 5 0
                                        

Universiti Suryakanta tak pernah sesibuk itu sebelumnya.

Hari pertama pendaftaran pelajar baru sentiasa riuh, tapi tahun itu terasa jauh lebih luar biasa. Jalan utama kampus dipenuhi kereta ibu bapa, suara pelajar baru berselang-seli dengan bunyi troli bagasi dan gelak tawa yang tak berhenti.

Sampai pihak universiti sendiri pening nak uruskan jumlah pelajar yang terlalu ramai.

"Seriuslah tahun ni ambil sampai beribu?"

Bonnie berjalan sambil mengipas muka menggunakan fail orientasi. Cuaca petang itu agak panas walaupun langit mendung.

Film yang berjalan sebelahnya mengangguk.

"Aku dengar universiti buka kuota besar sebab ranking naik."

"Patutlah hostel penuh."

Di belakang mereka, Milk dan Love sedang menolak dua bagasi besar sambil berbual sesama sendiri. Namtan pula sibuk melihat map kampus di telefon, manakala Tu dan Emi berjalan paling belakang.

Mereka baru kenal pagi tadi semasa sesi pendaftaran, tapi entah kenapa cepat ngam.

Mungkin sebab sama-sama tersadai tanpa bilik.

"Kalau tak dapat dorm aku memang nangis," kata Love sambil ketawa kecil.

"Kau ingat aku tak?" balas Milk. "Aku lagi tak ready duduk luar kampus."

Mereka semua akhirnya berhenti di depan Bangunan Penginapan Sakura — salah satu asrama perempuan terbesar dalam universiti itu.

Bangunan tersebut sebenarnya cantik.

Lobi luas, cat baru, lampu terang dan penuh pelajar keluar masuk. Dari luar langsung tak nampak macam tempat berhantu atau menyeramkan.

Cuma ada satu bahagian bangunan yang agak sunyi.

Blok C.

Terletak sedikit ke belakang daripada blok utama.

"Okay, semua pelajar yang nama dipanggil sila berkumpul sini!"

Suara seorang kakak fasilitator bergema di lobi.

Beberapa pelajar mula bergerak mendekat.

Milk memandang kertas di tangannya sebelum mengangkat tangan sedikit.

"Eh, nama aku ada."

"Sama," kata Namtan.

Tak lama kemudian mereka sedar—

Ketujuh-tujuh mereka berada dalam senarai yang sama.

Fasilitator itu memandang mereka sambil tersenyum nipis.

"Korang semua akan ditempatkan dekat Dorm 13."

"Dorm 13?" ulang Film.

"Blok C tingkat empat," jawab fasilitator itu cepat. "Dorm tu baru dibuka semula sebab bilik lain dah penuh."

"Baru dibuka semula?" Tu mengerut dahi.

"Dulu dorm tu ditutup untuk stor sementara."

Jawapan itu kedengaran normal.

Tak ada yang pelik.

Cuma... entah kenapa fasilitator itu macam cuba mengelak daripada bercakap lebih panjang.

"Kenapa tujuh orang je?" tanya Bonnie hairan. "Bukannya dorm biasanya ramai?"

"Dorm 13 boleh muat lima belas orang sebenarnya," jawab fasilitator itu. "Tapi pihak pengurusan nak kurangkan kapasiti dulu sebab dorm tu lama tak digunakan."

Asrama : Dorm 13Stories to obsess over. Discover now