Bab 5

9.6K 224 20
                                    

Gadis di sebelahnya dikerling sedikit. Pemanduan Arjuna mula membelah jalan.

"Antibodi lemah. Langgar sikit pun dah pengsan! Cubalah bawa makan suplemen sikit. Tambahkan vitamin C dalam badan yang keding tu," bebel Arjuna, selamba. Rasa suka pula nak menyakat minah sebelah ni.

"Awak cakap saya keding?"

Sekarang Kaisara langsung dah tak pandang pangkat! Lantaklah kalau lelaki di sebelahnya ini loyar sekalipun, apa dia hairan! Sebab setahunya loyar di firma guaman itu semua serius! Nak ajak bergurau jauh sekali. Ini pasti loyar yang putus wayar!

"Ya, saya cakap awak keding! Kurus kering! Badan tak solid langsung. Lelaki nak jeling pun fikir sejuta kali," komen Arjuna, selamba.

Sebenarnya itu hanya sekadar di mulut sahaja. Mana pernah dia rajinkan anak mata nak terokai bentuk tubuh perempuan. Dosa tu!

Kaisara mendengus dan memandang ke luar tingkap.

"Memang dasar lelaki mata keranjang!" komen Kaisara, perlahan.

"Hah? Awak sebut ranjang?"

"Hah?!" Kali ini giliran Kaisara pula yang naik angin! Haih mamat ni, ada juga yang kena terajang nanti!

Suasana tegang itu mula kendur apabila Arjuna ketawa kecil.

"By the way... Nama saya, Arjuna."

Kaisara sedaya upaya cuba mengawal mimik mukanya. Namun tanpa sempat ditahan, dia mula ketawa terbahak-bahak sambil memegang kepalanya yang berpinar-pinar! Serius nama di luar alam!

"Arjuna? Macam nama playboy!" Kaisara smash satu das!

"Playboy tu taklah. Romantik tu ada!"

"Euwww... Alergi seh!"

"Eleh... Sekarang alergi! Nanti lepas kahwin dapatlah magic!"

"Erk, kenapa magic pula?" tanya Kaisara, polos.

"Sebab, satu campur satu jadilah tiga." Arjuna sudah ketawa.

"Sekolah mana yang luluskan sijil tadika awak ni? Satu tambah satu apa kejadah jadi tiga?"

"Ini bukan matematik sekolah rendah. Ini calculation orang yang dah kahwin. Oh, suci rupa-rupanya otak awak ni." Tak tahulah sama ada benar-benar suci dalam debu ataupun suci berdebu-debu.

"Ceit... Otak awak tu yang tercalar," jawab Kaisara, garang.

Mula mengesan makna di sebalik kata-kata Arjuna. Seorang perempuan dan seorang lelaki yang dah kahwin, pasti akan memiliki seorang anak. Sebab itu satu campur satu jadi tiga! Mak cik manalah yang melahirkan malaun dekat sebelah ini. Makin menyakitkan kepala otak!

"So, Sara..."

"Jangan panggil saya Saralah," bidas Kaisara cepat-cepat. Dia tak suka orang memanggilnya Sara. Bagi Kaisara, nama Sara ada sentimental value. Hanya sesetengah orang sahaja yang boleh memanggil Sara! Malaun kat sebelah ini tak termasuk dalam kategori manusia istimewa!

"Kenapa? Nama awak kan Kaisara." Dia tahu nama Kaisara melalui Kak Habsah tadi. Nurul Kaisara. Sedap namanya. Menampakkan ciri-ciri sederhana dan menarik.

"Tapi orang panggil saya Ara aje."

"Oh... Kira macam nama popularlah tu." Arjuna tersenyum senget.

"Tak ada makna popular ke, komersial ke, klasik ke... Memang semua orang panggil saya Ara! Awak pun tak terkecuali!"

"Hmmm... Awak reservedlah nama Sara tu untuk saya," pinta Arjuna lagi.

Alergi Mamat RomantikWhere stories live. Discover now