Malam itu, aku duduk di atas katilku. Membaca beberapa buah buku cinta yang aku suka. Pada masa itu, waktu telah menunjukkan pukul sepuluh malam. Masa itu, keluargaku semuanya sudah tidur dan hanya aku yang masih bangun. Aku bangun bukan sebab aku tidak mahu tidur tapi aku masih mahu membaca buku. Aku membaca sehingga lewat malam iaitu pada pukul 00:00 pagi. Aku tersedar apabila sahabatku memberi mesej dari telefon. Bunyi notifikasiku sangat kuat, sehingga memecah keheningan malam di bilikku. Aku pun membalas mesej itu, setelah membalas mesej tersebut, tiba-tiba aku terdengar suara seseorang. Suara itu tidaklah jauh, kedengarannya seperti di dalam bilikku sahaja. Aku cuba mendengar kembali bagi memastikan keberadaan suara itu. Namun, suaranya sudah hilang. Yang aku dengar hanyalah lagu yang terhasil dari goyangan bambu-bambu di luar rumah. Aku kembali membaca buku tetapi ketika aku hendak membuka helaian baru, aku terdengar lagi suara seseorang. Kali ini suaranya agak halus dan suaranya jelas seperti suara seorang perempuan. Dia memanggilku seperti ini, “Hey… hey… hey…” Panggilannya akan terjeda setiap sekali dia memanggilku. Aku cuba untuk mengabaikan suara tersebut, tetapi suara itu semakin lama semakin kuat. Aku pula tidak lagi mampu fokus membaca. Oleh sebab itu, aku pun berhenti membaca buku dan meletakkan buku di atas meja. Aku duduk sambil meluruskan kakiku. Apabila aku melihat sekeliling bilikku, mata aku tertuju pada satu bucu bilikku. Di bucu itu ada satu meja kecil yang aku letakkan untuk adikku supaya dia dapat menulis setiap kali dia masuk ke dalam bilikku. Tetapi, mataku tidak hanya melihat meja itu sebaliknya ada seorang wanita yang sedang duduk membungkuk di atas meja. Mukanya tertutup dengan rambutnya yang panjang, bajunya berwarna hitam dan kulitnya sangat putih. Aku mula merasakan ketakutan yang amat sangat. Kakiku tidak dapat bergerak, mataku hanya melihat ke arahnya dan badanku pula mengeluarkan banyak peluh. Aku hanya mampu mengeluarkan suara yang sangat perlahan, mencuba untuk berdoa memohon pertolongan. “Ya Allah, bantu aku~” kataku. Wanita itu tiba-tiba turun dari meja kecil lalu berdiri menghadap diriku. Dia sangat tinggi dan rambutnya juga panjang sehingga paras tumit. Aku mahu melarikan diri tetapi kakiku sangat kaku. Dia perlahan-lahan berjalan ke arahku dan apabila dia sudah berada di hadapanku, dia menundukkan badannya mencuba untuk memastikan mukanya separas dengan mukaku. Dia pun berkata, “Kalau benarlah kamu yang memiliki meja itu, pastikan kau mengubah kedudukannya ke tempat lain. Aku tidak dapat duduk dengan selesa di sana kerana meja itu menghalangiku.” Setelah itu, dia pun perlahan-lahan menghilang dan mataku pun kini boleh berkedip dan kakiku boleh bergerak semula. Aku memeluk kakiku dengan rapat ke badanku dan menutup mataku. Aku sangat takut. Wajahnya sangat hodoh dan baunya juga sangat busuk. Aku tidak suka! Tidak lama, aku pun tertidur.
Pada keesokan paginya, aku pun mengerjakan permintaannya. Aku memindahkan meja itu ke luar bilik. Aku tidak memberitahu kejadian itu kepada sesiapa kerana aku takut kalau dia marah lagi. Tibanya waktu malam, aku mencuba untuk tidur lebih awal. Aku menyelimuti diriku dengan selimut yang tebal dan besar. Walaupun aku sudah tidur awal, aku terbangun pada pukul 00:00 pagi. Aku mendengar suaranya yang masih memanggilku di bucu itu. Aku cuba untuk tidur kembali tetapi gagal. Aku hanya mampu menutup mata sambil melawan rasa takutku. Ketika itu, aku terdengar suara langkah kaki mendekatiku kemudian duduk di samping katil ku. Aku tetap menutup mata, berharap makhluk itu pergi, namun dia tetap berada di sampingku. Tidak lama kemudian, dia menyanyikan sebuah lagu yang biasa dinyanyikan untuk kanak-kanak. “Tanya sama pokok, apa sebab goyang? Nanti jawab pokok, angin yang goncang. Tanya sama angin, apa sebab hujan? Nanti jawab angin, tanyalah awan.” Suara itu tetap berlagu sehingga pukul 1:00 pagi. Setelah itu barulah dia menghilang. Perkara ini tidak hanya berlaku sekali tetapi setiap hari apabila aku melelapkan mata. Aku sangat ketakutan, aku sudah pernah tidur di samping ibuku berharap agar lagu itu tidak bermain ditelingaku lagi, namun lagu itu tetap ada bahkan bersama tangisan seorang perempuan. Tangisan itu tetap ada walaupun aku tidur di dalam bilik ibuku. Masa terus berlalu, kini aku sudah semakin dewasa. Kini, lagu itu tidak lagi kedengaran dan aku juga sudah tidak pernah lagi melihat sosok wanita itu. Namun, aku masih mendengar beberapa bisikan setiap malam tiba. Bisikan itu berbunyi begini, “Anakku, jangan tinggalkan aku. Aku sangat merinduimu. Jangan benci aku, aku sayang kamu.” Setelah ayat itu habis, bisikan itu pun hilang.
Pada suatu hari, aku berada di bilik ibuku untuk membersihkan biliknya yang penuh habuk. Ibuku sudah berusia, jadi dia minta aku membantunya. Setelah beberapa waktu aku mengemas, tiba-tiba aku ternampak beberapa fail di bawah almari ibuku. Aku mengambilnya dengan niat ingin membersihkannya kerana penuh dengan habuk seperti bertahun-tahun tidak disentuh. Namun fail itu membuatkan aku terkejut apabila aku membukanya dan mendapati itu ialah borang hak penjagaan diriku. Tertulis didalamnya bahawa aku adalah anak angkat ibuku. Aku telah diambil dari sebuah keluarga yang dipercayai meninggal akibat kemalangan bagi menggantikan anak mereka yang juga pada masa itu meninggal akibat tercekik makanan. Aku yang tadi berdiri kini terduduk di atas lantai. Aku tidak percaya bahawa ibuku selama ini menipuku bahawa aku ialah anak kandung mereka yang lahir dari rahim ibuku, padahal aku ialah anak angkat yang diambil hak penjagaannya. Waktu itu juga aku bertanya kepada ibuku. Ibuku yang pada mulanya hanya diam, kini mengiyakan isi borang itu. Dia memberitahuku bahawa ibuku yang menyebabkan anaknya tercekik sehingga mati lalu ibuku merancang kemalangan mereka dan mengambilku untuk menggantikan anak mereka. Aku sedih dan sangat marah tetapi aku tidak lagi dapat berbuat apa-apa selain redha dengan situasi ini. Walaupun dia mengambil aku, dia masih menjagaku dengan baik. Aku pun meminta ibu tunjukkan aku kuburan ibu kandungku lalu ibu dan ayah pun membawa aku ke sana. Di sana, aku menangis dan meminta maaf kepada ibu kandungku kerana sudah lama tidak menjenguknya. Kini, barulah aku mengerti mengapa setiap malam aku diganggu dengan tangisan, bisikan dan lagu dari seorang wanita pada setiap malam. Rupanya itu ialah ibu kandungku yang sangat merinduiku. Setelah hal ini berlalu, aku tidak lagi mendengar bisikan ataupun melihat sosok wanita itu lagi. Setelah beberapa tahun, barulah aku merasakan kembali ketenangan pada waktu malam. Aku bersyukur kerana akhirnya aku mendapatkan sebuah ketenangan yang aku impikan. “Alhamdulillah”
Tamat
ANDA SEDANG MEMBACA
Kisah aku dan Makhluk malam
Non-FictionSetiap malam mataku sukar untuk dilelapkan. Nyanyian merdu itu sentiasa berlagu setiap kali diriku ingin tidur. Aku sama sekali tidak mengerti apa yang makhluk itu mau sehingga satu hari... kisah ini berdasarkan kreativiti penulis sendiri dan tidak...
