PROLOG + BAB 1

15.2K 259 9
                                    

PROLOG

Gagah hulubalang memegang panji

Dayang menari bertingkah irama

Adat bertunang meterai janji

Menanti hari disanding bersama

DALAM kemeriahan majlis pertunangan antara teruna dan dara, terserlah keindahan gadis yang bersimpuh ayu di atas pelamin kecil. Raut wajah Melayu tulennya manis menyimpan seribu satu rahsia. Jari dihulur dengan perlahan, lalu tersarung sebentuk cincin belah rotan yang ringkas dan berpadanan. Namun...

'Tidak!!! Kenapa ini mesti berlaku? Aku tak nak bertunang dengan dia! Aku tak nak kahwin dengan dia!!!'

Dari kejauhan dan di kalangan sanak saudara pula, terpacak seorang jejaka yang sedari tadi memerhati. Bibirnya mengulum senyuman puas. Wajahnya cukup berseri menampakkan hati yang bersorak girang. Sepasang matanya pula menyinar indah buat si gadis yang bakal berkongsi hidup dengannya.

'Awak tak nak bertunang dengan saya? Awak tak nak kahwin dengan saya? Kita tengoklah, macam mana awak nak lari...'

Sekejapan pandangan masing-masing saling tertancap. Suasana di sekeliling sekonyong-konyong terasa hening, senyap tanpa sebarang bunyi. Perlahan-lahan mereka mengecilkan mata, mencerlung tajam. Saling bersabung. Saling memanah.

'You and me...it's a war!' Si gadis berkata dalam diam.

'Oh, really? Bring it on! Saya akan buat awak sedar yang awak dah lama jatuh sayang pada saya.' Sang jejaka pula menjawab dalam senyap.

'Huh, jangan perasan dan jangan berangan!'

'Angan-angan itu akan saya jadikan kenyataan. Kita tengoklah nanti.'

'Okay, fine! Kita sama-sama tengok.'

*************

BAB 1

ANAK DARA yang sudah tidak serupa anak dara di hadapan mata ditenung lama. Tidak cukup dengan tubuh yang meniarap, siap pula dia dengan kedua-dua belah kaki yang terangkat tinggi. Menggeliat macam anak kucing Mak Senah kat rumah sebelah. Sekali tengok, sudah macam membuat gaya yoga yang semestinya mustahil untuk orang yang berbadan 'keras' sepertinya. Kemudian jari jemarinya terkapai-kapai mencari Pringles Hot and Spicy yang tersadai di sisi.

Memang sempurna! Memang sempurna sangat tahap tidak semenggah manusia yang seorang ini.

"Orked Imani."

Kepala si dia pegun. Sepasang matanya tidak berkelip pada skrin komputer riba. Sesekali mulut kecilnya menayangkan sengih. Entah apalah yang kelakar sangat dengan cerita yang ditontonnya.

"Orked..."

Diam. Pegun. Tidak ada reaksi. Okey, ini sudah tidak boleh jadi!

"Orked Imani binti Roslan!!!"

"Oh, my Kade Tawan!!" Terlompat Orked. Tersembur Pringles yang baru sahaja mahu menyusur masuk ke dalam kerongkong. Cebisan-cebisannya menempek pada wajah Aump Atichart a.k.a Kade Tawan yang sedang memandang Yaya Urassaya a.k.a Matt dengan wajah yang cukup pongah.

"Mak, apa ni? Terkejut kakak, tau." Kelam-kabut Orked menyapu benda-benda tidak diingini itu daripada skrin komputer. Isy, mak ni...kesian Tawan aku.

"Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu?"

Gerak tangan Orked automatik terhenti. Aduh, dia cukup kenal dengan tabiat ibunya yang satu itu. Kalau sudah mula berpantun, itu bermakna dia bakal dihadiahkan dengan bebelan yang bermacam-macam. Dan yang pasti, namanya yang very the old school itu akan diungkit-ungkit buat ke...seribu kali mungkin?

ENCIK SAYANG DAN MISS SWEETHEART (Published)Where stories live. Discover now