PROLOGUE

92 10 2
                                        

Hujan turun perlahan membasahi halaman rumah banglo itu. Titik-titik air jatuh di atas daun-daun bunga yang ditanam rapi oleh Puan Hana Shakira. Rumah itu kelihatan indah dari luar, besar dan mewah, namun tidak semua yang tinggal di dalamnya merasakan kebahagiaan yang sama.
Di hadapan tingkap biliknya, seorang gadis berdiri diam memandang hujan yang turun. Rambutnya yang panjang dibiarkan lepas, manakala matanya yang redup memerhati titisan air yang jatuh satu persatu. Namanya Ariana Rihanna.

Sejak kecil, Ariana sudah terbiasa dengan perasaan asing di dalam rumah itu. Walaupun dia membesar di situ, walaupun itulah tempat dia tidur, makan, dan belajar, Ariana tidak pernah benar-benar merasakan rumah itu sebagai tempat yang hangat untuknya.

"Ariana!"

Suara tajam kedengaran dari tingkat bawah.

Ariana menutup matanya seketika sebelum menarik nafas perlahan. Dia sudah kenal benar suara itu. Suara yang sering memanggilnya, tetapi bukan dengan kasih sayang.

Dengan langkah perlahan, Ariana keluar dari biliknya dan menuruni tangga.

Di ruang tamu, Puan Hana Shakira berdiri dengan tangan berpeluk tubuh. Wajah wanita itu cantik dan anggun, tetapi pandangannya terhadap Ariana selalu dingin.

"Ariana, kenapa lambat sangat? Dari tadi aku panggil." Kata Puan Hana dengan nada tidak puas hati.

"Maaf, Umi. Ariana tak dengar tadi..." jawab Ariana perlahan.

Puan Hana mengeluh kasar, seolah-olah mendengar suara Ariana sahaja sudah cukup membuatkan dirinya hilang sabar.

Di sofa, seorang gadis yang muda dari Ariana sedang bermain telefon sambil tersenyum sinis. Aliana Rihanna, adik perempuan yang selalu menjadi kesayangan ibu mereka.

"Biasalah Umi... Kak Ariana kan selalu buat orang tunggu." Sindir Aliana tanpa memandang kakaknya.

Ariana hanya diam. Dia sudah terbiasa dengan kata-kata seperti itu.
Kadang-kadang Ariana tertanya-tanya, apa sebenarnya kesalahannya? Kenapa setiap perkara yang dia lakukan seolah-olah sentiasa salah di mata ibunya?
Namun Ariana tahu jawapannya.
Jawapan yang dia temui secara tidak sengaja beberapa tahun yang lalu.
Dia... Bukan anak kandung dalam keluarga itu.

Ariana masih ingat malam itu. Dia terdengar perbualan ibu dan ayahnya dari bilik kerja. Pada awalnya dia hanya ingin memanggil ayahnya, tetapi langkahnya terhenti apabila mendengar kata-kata yang mengubah hidupnya.

"Saya tak pernah minta anak angkat tu, abang!" Suara Puan Hana kedengaran tegas.

"Cukup, Hana. Ariana tetap anak kita sekarang." Balas ayahnya, Encik Aman Zarul, dengan nada yang tenang tetapi tegas.

"Saya tak boleh sayang dia macam Aliana. Dia bukan darah daging saya!"
Kata-kata itu masih terngiang di telinga Ariana sehingga hari ini.

Sejak malam itu, Ariana memahami segalanya. Kenapa ibunya selalu dingin. Kenapa Aliana selalu memandangnya dengan rasa lebih tinggi. Kenapa dia sering terasa seperti orang luar di rumah sendiri.
Namun satu perkara yang sentiasa menjadi kekuatannya...
Ayahnya.

♡♡♡

"Ariana."

Suara lembut itu membuatkan Ariana tersedar dari lamunannya.
Encik Aman baru sahaja pulang dari kerja. Lelaki itu berjalan menghampiri Ariana dengan senyuman hangat yang selalu membuatkan hatinya terasa sedikit tenang.

"Ariana dah makan?" Tanya ayahnya lembut.

Ariana menggeleng perlahan.

Encik Aman menghela nafas kecil sebelum memandang ke arah isterinya.

"Awak, kenapa Ariana belum makan lagi?"

"Kalau dia lapar, dia masaklah sendiri." Puan Hana hanya menjawab sambil lewa.

Encik Aman tidak berkata apa-apa lagi. Sebaliknya dia menoleh kepada Ariana dan tersenyum.

"Jom. Teman baba masak. Lepas tu kita makan sama-sama."

Bagi orang lain, mungkin itu hanyalah perkara kecil.
Tetapi bagi Ariana, itulah satu-satunya kehangatan yang dia ada dalam rumah itu.

Satu-satunya bukti bahawa dia masih mempunyai tempat... Walaupun kecil.
Namun Ariana tidak tahu bahawa suatu hari nanti, kebenaran tentang dirinya akan membuka luka yang lebih besar.

Dan mungkin... Juga membuka jalan untuk dia mencari kebahagiaan yang selama ini tidak pernah dia rasakan.
Kerana dalam hidup Ariana Rihanna, kasih sayang bukan sesuatu yang datang dengan mudah.
Ia sesuatu yang perlu dia perjuangkan.

♡♡♡

Ariana dan ayahnya bergelak ketawa sambil tengok televisyen. Puan Hana ditepi mereka hanya menjeling sahaja.

"Umi... Adik lapar lah..." Ujar Aliana yang baru menuruni tangga.

"Kalau lapar pergi lah masak sendiri. Kamu dah besarkan? Jangan nak mengharapkan kakak kamu je."

"Baba ni..." Aliana membuat wajah cemberut. "Umi tengok baba ni..."

"Abang ni! Tak baik lah cakap macam tu kat anak kita."

"Apa? Memang betul lah. Kamu tu dah besar. Cuba lah belajar berdikari sikit. Tak pun tolong kakak kamu kemas rumah ke apa. Jangan asyik nak duduk dalam bilik je, tak buat kerja apa-apa langsung. Ni tak. Asyik nak menghabiskan duit je. Beli benda yang tak berfaedah. Yang awak pula. Manjakan sangat anak awak yang sorang ni."

"Yang abang nak bela budak tu kenapa?" Kata Puan Hana marah sambil menjeling Ariana yang sedang diam menunduk.

"Baba... Ariana naik tidur dulu ye." Ariana bangun sambil menyalam tangan ayahnya.

Aliana hanya menjeling sekilas apabila Ariana lalu ditepinya.

"Kenapa kamu nak benci sangat kakak kamu tu?"

"Dia bukan kakak Aliana. Lagi pun dia tu cuma anak angkat baba je pun." Aliana hanya buat muka selamba sahaja.

"Aliana!! Mulut tu jaga sikit?! Dia tetap anak baba dan dia tetap kakak kamu." Encik terus bangun dari duduknya.

"Abang dah kenapa nak tengking-tengking anak kita!"

Ariana yang sedang menyembunyikan dibelakang dinding itu hanya menangis sambil menutup mulut supaya tidak bersuara.
Ariana terus berlari ke bilik dan menutup pintu.

BAM!

Bunyi pintu tertutup dengan kuat.

Encik Aman memandang ke atas. Dia tau Ariana mendengar apa yang terjadi di bawah sebentar tadi.

"Dah lah... Abang dah malas dah nak layan perangai awak dengan anak kesayangan awak ni." Ujar Encik Aman sambil mengurut pelipisnya.

Aliana sangat geram apabila ayahnya lebih sayangkan kakaknya daripadanya.

"Abang naik tidur dulu. Penat..." Kata Encik Aman perlahan sambil naik ke atas.

"Umi naik dulu..." Puan Hana mengejar Encik Aman dari belakang.

Kini hanya tinggal Aliana sahaja di ruang tamu.

"Erghh!! Kenapa lah kau hidup! Aku benci kau!! Aku benci kau sangat-sangat?! Sampai mati pun aku tetap benci kau, Ariana." Amarah Aliana sambil membaling bantal kecil yang berada di sofa itu dengan kasar.

HATIKU MILIKMU [SU]Stories to obsess over. Discover now