Beg galas dibahunya diturunkan lalu tubuh badannya yang letih dibiarkan baring atas katil empuk memandangkan dia baru sahaja habis kelas petang yang memenatkan bagi semua pelajar termasuk dirinya sebagai pelajar. Tambah pula cuaca agak sejuk ditambah dengan hujan membuatkan matanya terasa berat untuk bertahan.
"Bestnya kalau aku tidur sekejap ni."katanya sambil memeluk bantal dakap erat, baju formal yang tersarung lengkap dibadannya tidak dihiraukan olehnya dan pekara paling mujarab adalah untuk tidur. Beberapa minit kemudian dia pun terlelap dek penat seharian suntuk memerah otak.
Hi semua nama saya Aryan Dzulfaqar berumur....... cuba teka, 21 tahun? salah ternyata tuan badan berumur 23 tahun dan sekarang tengah melanjutkan pelajaran dalam bidang business and architecture, bila mempunyai masa lapang, saya akan mengikuti kelas bakery yang diminati sejak kecil lagi. Ayah sekarang berada di Pulau Pinang untuk menghadiri perasmian cawangan kedua selama dua minggu serta memantau memandangkan ini adalah penting bagi seorang ahli perniagaan.
Sebelum lupa, saya berasal dari tanah air ibu saya iaitu Pulau Pinang manakala ayah saya dari Teluk Intan, Perak maka terlahir saya yang hensem serta comel tiberr, mempunyai dua orang abang yang tampan dan sasa bernama Naufal Qaisar serta Airel Haqeem.
Back to story
Aaqil baru sahaja habis kelas memanggalkan kasut lalu meletak di rak kasut bersebelahan dengan pintu utama hostel. Universiti ini menyediakan hostel bagi pelajar yang ingin menetap di kawasan pengajian dan hostel boleh dipilih mahu dua atau tiga orang setiap bilik.
"Dia boleh tidur dengan tak salin baju." kata Aaqil perlahan memandangkan waktu mereka selesai kelas berbeza. Aaqil Syahril kemudian melabuhkan pungging dibirai katil beberapa saat sebelum dia baringkan tubuhnya sambil menatapi syiling putih.
"Penat nak mampus harini sampai otak aku tak boleh berfungsi dengan baik."keluhnya seketika. Hampir dua minit berlalu tanpa berbuat apa-apa dia tanpa sedar pun terlelap secara tidak sengaja. Kedua-dua mereka dibuai mimpi indah tambah pula cuaca reduk dan sejuk membuatkan semua orang susah untuk bangun.
"Adik bila nak balik ibu rindu pula dengan dia" ujar Haqeem yang baru sahaja pulang dan selesai menamatkan pengajian di luar negara. Hannah tahu yang mereka bertiga memang tidak boleh dipisahkan sejak dari kecil lagi walaupun usia mereka berbeza enam tahun. Tanpa salah seorang maka tidak lengkap.
"Ada ja adik kamu datang melawat ibu tapi waktu itu kamu di luar negara. Kenapa Haqeem sendiri yang tak call Aryan?"soal Hannah pula.
"Abang nak buat surprise"
"Ye lah tu padahal kamu malas kan?" Haqeem tersenggih kerang busuk dan beberapa saat kemudian abang sulung selamat tiba di rumah. Dia terus hampiri Haqeem lalu memeluk erat dan sempat dihadiahkan pukulan tepat dikepala. Hannah tersenyum manis sambil geleng kepala, rumah yang dulu sunyi kini menjadi agak riuh apabila kepulangan anak kedua dari Spain.
"Adik tahu tak Haqeem balik?"soal Naufal Qaisar iaitu abang sulung kepada dua beradik itu.
"Katanya nak buat surprise tapi ada udang disebalik batu"balas Nurul Hannah sebelum kepalanya diduku buat kali kedua oleh Naufal Qaisar. Geram sungguh. Naufal kemudian duduk disamping adiknya lalu menjamu selera juadah yang disediakan oleh ibunya memandangkan perutnya sudah berbunyi dari tadi.
"Sedap ibu masak, tau tak dekat Spain nak cari sebijik macam ibu masak punya lah susah apatah lagi nak cari barang atau kedai makan yang halal pun payah."jelas Haqeem.
"Ye lah bukan negara kita dan alhamdulillah kamu masih dapat mengisi perut kamu semasa disana. Makan puas-puas sampai kenyang"kata Hannah seraya anak-anak terunanya terus melahap dengan bergitu sehingga habis lincin pinggan.
Telefon yang berada dalam seluarnya berbunyi membuatkan dia terbangun dari tidur lalu menjawab panggilan dalam keadaan mamai. Baru bangun tidur kan. Suara garau terdengar dalam panggilan tersebut. Beberapa kali dia cuba untuk buka mata tapi bak kata aku syaitan tengah bergayut.
"Kau dekat mana sekarang aku dengan Farah dah tunggu lama dekat luar ni. Sekarang jadi tak nak makan dekat luar?" kata Fakhrul Hilmi.
"Jadi lah sekarang pukul berapa?"
"Dah 6:30 petang kata jumpa 6:45, batang hidung pun aku tak nampak."matanya jadi membulat hebat lantas menamatkan panggilan dan tergesa-gesa ke bilik air. Nasib baik tuala awal-awal lagi sudah diambil, pada waktu itu Aaqil mahu ke bilik air terhenti apabila tubuhnya ditolak Aryan sebelum pintu dikunci olehnya.
"Hoii, adab pi mana. Main tolak-tolak orang pula."jerit Aaqil marah, dia pada waktu itu mahu luangkan masa dengan kawannya lepas maghrib dan untungnya masih ada banyak masa. Selesai bersihkan diri, dia pun keluar dari bilik air dan terhenti seketika apabila terpukau akan pemandangan tersergam indah dihadapannya. Aaqil Syahril sedang duduk disofa tanpa sebarang baju dibadannya hanya berseluar slack hitam menunjukkan dadanya yang bidang serta sixpack di perutnya tambah pula biceps tebal dan padat kelihatan.
"Kau tau tak yang aku boleh report kau atas gangguan sexual harassment. Dah lah tengok badan aku tanpa kebenaran apatah lagi adab kau entah ke mana."ujar kasar daripada seorang lelaki bernama Aaqil Syahril buatkan Aryan kembali sedarkan diri. Sejak bila dia perhati badan lelaki ini tapi memang tidak boleh dinafikan badan Aaqil memang helok dan tegap.
"Sejak bila aku tengok badan kau yang tak helok, baik aku tengok badan abang jual nasi lemak lagi bagus sedap untuk dipeluk bukan macam kau"kutuk Aryan sambil menjulingkan mata rimas betul lalu berjalan masuk ke bilik namun Aaqil melihat badannya hasil pergi gym selama dua tahun dikutuk oleh Aryan.
"Sedap kau kutuk badan aku tak helok, tunggu kau akan dapat balasan"hatinya berkata seraya menuju ke bilik air sambil itu berfikir untuk membalas dendam pada lelaki itu.
"Mesti kau tidur kan sebab tu tak jawab call aku."kata Fakhrul. Aryan tersenyum comel bila diingat semula kejadian petang tadi, untungnya Fakhrul tidak menceroboh hostel tadi petang. Farah yang tidak hiraukan masalah mereka hanya menikmati makanan dihadapan yang masih panas, Fakhrul tercenggang dan Aryan menahan ketawa.
"Kau ni kan asyik makan ja tahu bukan nak support aku"bentak Fakhrul
"Biar je lah asalkan semua makan ni dibayar oleh Aryan. Aku tak kisah pun actually, mesti semua orang akan penat. Baik korang makan sebelum sejuk makanan korang"kata Farah Adriana. Walaupun Aryan berasal dari keluarga kaya-raya namun atas didikan ibu dan ayahnya sikap rendah hati membuatkan dia senang bersama orang lain. Selepas nikmati juadah, mereka bertiga meneruskan sesi berjalan di pusat beli-belah hingga jam 9 malam memandangkan pintu pagar tutup 12 tengah malam.
Sebaik buka pintu hostel suasana sunyi sepi dan gelap sebelum dia terus ke biliknya dan terlihat Aaqil sedang tidur nyenyak tanpa mengenakan sebarang baju di tubuh sasanya. Aryan lantas meletak barangan di atas meja lalu bersihkan diri sebelum dia berbaring atas katil empuk untuk rehatkan badan.
"Harap ja muka hensem tapi perangai macam budak-budak terenjat akal"kutuk Aryan perlahan seraya pejamkan mata namun Aaqil yang pura-pura tidur membalas pandangan lelaki tersebut. Rasa mahu balas dendam masih tersisa pada dirinya
"Kau tunggu budak."
Hi guysss, author kembali lagi dengan cerita baru, harap semua enjoy membaca....
YOU ARE READING
Roommate Itu Boyfriend Aku?
Non-FictionPerwatakkan mereka bagaikan kanak-kanak kecil membuatkan mereka bergaduh setiap hari tanpa henti. Ada sahaja pekara yang mahu dicipta oleh lelaki itu sehingga perang dunia ketiga muncul hebat. Namun terdetik satu perasaan yang mula mekar dalam hati...
