Hujung petang, library kolej makin penuh. Bunyi kerusi diseret, helaian buku dibuka, dan pelajar-pelajar yang tekun menyalin nota bercampur jadi satu simfoni akademik.
Di satu sudut meja panjang, Zeara duduk bersebelahan Hanis. Tudung bawal pastel yang dipakainya dilipat kemas, wajah sedikit penat tetapi masih manis. Matanya fokus pada nota Evidence Law, tangan ligat menanda dengan highlighter kuning.
Di meja bertentangan, Danial duduk dengan geng lelaki, namun dari tadi ekor matanya asyik menangkap kelibat Zeara. Dia cuba khusyuk membaca casebook, tapi setiap kali Zeara tunduk menulis, setiap kali itu juga matanya gatal nak mencuri pandang.
Ketika keluar rehat seketika.
Hanis ditegur Faris, jadi mereka berjalan sedikit jauh. Zeara pula memilih untuk duduk di bangku luar library, menghirup udara senja sebelum masuk semula. Dia baru nak buka botol air bila terdengar suara lembut dari sisi.
"Zeara..."
Dia menoleh. Seorang pelajar lelaki dari course lain berdiri sedikit canggung, memegang buku di tangan. Bukan orang asing — dia pernah satu kelas elektif dengan Zeara.
"Ada apa?" soal Zeara, suara tenang.
Lelaki itu menelan liur, kelihatan gugup. "Aku tahu kau tengah sibuk dengan final, tapi aku... aku sebenarnya suka tengok cara kau fokus belajar. Aku... aku suka kau, Zee."
Zeara terdiam. Nafasnya perlahan, jari mengetap penutup botol. Pandangannya singgah pada wajah lelaki itu — jujur, tapi dia tahu jawapannya.
Mata Zeara jatuh ke bawah, menarik nafas dalam. "Minta maaf. Aku tak boleh. Aku nak fokus pada pelajaran sekarang. Lagi dua minggu final, aku tak nak hati aku lari fokus."
POV Danial :
Dari arah pintu library, Danial baru sahaja keluar untuk mencari angin. Dia terhenti, berdiri beberapa meter jauh. Suaranya tak jelas, tapi intonasi perbualan itu cukup untuk dia tangkap.
Danial kaku bila melihat lelaki itu menghadap Zeara. Dadanya berdebar aneh. Namun saat dia mendengar jawapan Zeara yang tegas — menolak dengan alasan mahu fokus belajar — ada rasa lega menular.
Dia tolak...? Danial menelan senyum kecil, berpura-pura menunggu sebelum menghampiri.
Selepas lelaki itu beredar.
Zeara masih di bangku, wajah tenang walaupun jantungnya laju. Danial tiba-tiba muncul, berdiri dengan tangan bersilang.
"Kau tolak dia?" soalnya, suara agak serak.
Zeara mendongak, terkejut sedikit. "Kau dengar?"
"Of course aku dengar. Aku keluar, terus nampak. Kenapa kau tak terima? Dia nampak okay je."
Zeara menjeling, nada sinis. "Kenapa? Kau ingat benda-benda couple ni boleh putuskan asa aku untuk lawan markah result kau?"
Danial terdiam seketika. Jawapan itu menikam, tapi dalam masa sama buat bibirnya terangkat. Dia tergelak kecil, gelengan kepala.
"Kau ni... memang lain. Rare. Jangan ludah kat langit, Zee... takut terkena muka sendiri nanti."
Zeara bangun, melangkah kembali ke library. "Whatever."
Di dalam library semula.
Mereka kembali ke meja masing-masing. Namun setiap kali Zeara tunduk menulis, Danial teringat semula nada yakin tadi: Aku nak fokus. Aku tak nak hati aku lari fokus.
Dia bersandar, senyum kecil. Dia betul-betul takkan buka hati untuk sesiapa sekarang... kecuali kalau aku sendiri yang buat dia buka hati nanti.
Danial menutup buku, menatap kosong ke arah Zeara di meja seberang. Aku kena pastikan satu benda. Rival ke, musuh ke... aku nak jadi lelaki yang akhirnya dia pilih.
Malam semakin larut.
Suasana library makin sunyi bila jam hampir 10 malam. Pelajar-pelajar lain mula pulang, tinggal hanya beberapa orang termasuk mereka berdua.
Hanis sudah balik awal. Begitu juga Adriana.
Zeara masih bertahan, membaca akta tebal di bawah lampu study. Sesekali dia menguap, menutup mulut dengan belakang tangan.
Danial memerhati dari jauh. Sakit kepala masih ada, tapi entah kenapa rasa penatnya terubat hanya dengan melihat Zeara masih tekun.
Dia menunduk semula pada nota, menulis beberapa poin penting. Dua minggu lagi. Kalau aku nak buktikan sesuatu... sekarang lah masanya.
YOU ARE READING
Datang Tanpa Amaran [C]
RomanceI will beat your marks in each subject of law school - Zeara Sofina Pardon me? let me see how you do it - Danial Aqasyah (Academic Achievers to Lovers) Zeara Sofina, pelajar kolej yang baru menjejakkan kaki ke dunia kampus, mula merasai indahnya per...
![Datang Tanpa Amaran [C]](https://img.wattpad.com/cover/400692520-64-k622096.jpg)