"Bahkan neraka terasa seperti syurga bila kau ada dengan aku."
Idol terkenal yang berperangai menakutkan. Dia tidak belajar daripada sesiapa, kerana ini memang jiwanya dan dia jumap dengan seseorang yang sesuai dengan jiwanya.
"I'll follow you where...
"Ini bilik kau, nanti apa-apa kau ketuk pintu bilik aku."
"Kita tak tidur sekali?" soal Yeonjun memandang Beomgyu, "untuk apa kita tidur sekali? Dah, aku nak masuk bilik. Ingat apa-apa ketuk pintu dulu."
Beomgyu menarik begnya masuk ke dalam bilik di depan Yeonjun. Lelaki itu hanya memperhatikan saja sehingga pintu tertutup. Dia menarik nafas dalam dengan perlahan.
Tatapanya dingin dan tidak dapat ditafsirkan. Dia masuk ke dalam dan menutup pintu. Dia mendudukan diri di sofa sambil mengeluarkan handphone. Hanya bermain dengan tenang sehingga dia merasakan dia dapat idea.
Dia membuat panggilan dan menunggu panggilan di jawab,
"Kenapa Yeonjun?"
"Aku lapar."
"Jun, kau boleh order makanan kau. Kau dah biasa kan buat?" Yeonjun tersenyum mendengarkan itu. "Beomgyu, siapa manager aku?"
"Ck!" panggilan itu terus dimatikan. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan, dia menunggu sehingga seseorang mengetuk pintu membuatkan dia tersenyum.
Dia terus berjalan dan membuka pintu. Tersenyum memandang Beomgyu yang menatapnya kesal, dia terus masuk ke dalam sambil melanggar bahu Yeonjun.
Dia terus mencapai telefon bimbit dan terus memesankan makanan untuk Yeonjun. Dia menghela nafas dalam dengan perlahan, "dah? Aku nak balik. Aku nak tidur dan-"
"Aku nak bincang pasal perjalanan kita, content dan jadual live aku." Beomgyu menghela nafas dalam, "boleh tak bincang esok? Aku penat." Ujar Beomgyu dengan perlahan.
Yeonjun memandang ke arah Beomgyu lalu mendudukan diri di sofa, "kau tahu satu benda? Aku bila-bila boleh buang kau kalau kau tak buat kerja."
Beomgyu mengeluh dengan perlahan. Dia mendudukan diri di depan Yeonjun. "Aku faham tapi aku nak rehat kejap, perjalanan daripada Seoul ke Jeju jauh." Ujarnya dengan perlahan. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan.
Yeonjun mengangguk kepala dengan perlahan, dia menunjukkan katil yang ada di belakang sana. "Tu katil, kau boleh rehat dekat sana." Beomgyu memicit kepalanya dengan perlahan.
Akhirnya dia mengalah dan terus ke katil, melemparkan diri dan dalam sekejap dia tertidur.
Sedangkan Yeonjun bersandar dengan tenang di sana. Tidak lama itu makanan sudah sampai, dia membuka pintu dan menerima makanan itu. Dia mula menikmati makanan dengan tenang.
"Aku tak tahu macam mana semua ni bermula..." dia bangun dengan perlahan lalu berjalan ke arah Beomgyu yang sedang tertidur, "tapi kau milik aku saat aku kenal aku."
Ujarnya dengan penuh perlahan, lembut namun sangat menekan.
⫷⫸
⫷⫸
"Terima kasih pada semua sokongan yang diberikan kepada saya. Junies, terima kasih sebab banyak kali bagi sokongan yang baik pada saya." Ucap Yeonjun depan semua peminatnya itu.
Dia menghela nafas dalam dengan perlahan, setelah itu dia memberikan mic kepada staff yang ada. Dia berjalan menuju ke belakang, senyuman manis itu terus hilang berganti dengan wajah datar.
Di hujung sana Beomgyu memperhatikan semua itu. Yeonjun benar-benar mempunyai keperibadian yang berbeza. Dia sangat-sangat tidak mesra dan ramah saat di belakang pentas.
Sepanjang bekerja dengan Yeonjun, Beomgyu sering melihat lelaki itu memarahi staff, terkadang mengikut kepala sendiri dan sesekali akan mengamuk.
Tapi takde satu pun staff nak berhenti. Beomgyu pelik.
"Beomgyu," dia tersentak memandang ke belakang. Ternyata itu adalah Yeonjun. Lelaki itu memandang Beomgyu dengan pelik. "Kenapa?"
Beomgyu menggelengkan kepala dengan perlahan, dia berjalan mengikuti Yeonjun ke bilik persalinan. "Aku nak mineral." Beomgyu mencapai botol mineral baru lalu diberikan kepada Yeonjun.
"Malam nanti kau ada radio podcast, kita gerak daripada hotel jam 8 malam boleh?" Yeonjun berhenti bermain handphone, "itu waktu makan malam." Ujar Yeonjun.
"Ya aku tahu, tapi kita dah set date. Dah deal, so kita makan malam dekat sana je boleh?" Beomgyu cuba memujuk, dia menarik kerusi dan duduk di depan Yeonjun.
Yeonjun nampak berfikir lalu dia mengangguk, "pesankan aku steak. Aku nak makan western." Beomgyu menganggukan kepala dengan perlahan.
Selepas melakukan kerjanya, dia lantas bangun untuk pergi. "Gyu kejap," Beomgyu memandang Yeonjun. Lelaki itu bangun mencapai begnya lalu mencari sesuatu. Dia mengeluarkan packet kecil gula-gula.
"Untuk kau."
"Hah?"
"Kita kerja non-stop, kau boleh makan." Ujar Yeonjun dengan senyuman dia. Beomgyu mengangguk kecil, "terima kasih." ucapnya dan berlalu pergi. Yeonjun tersenyum kecil lalu mendudukan diri. Kembali bermain dengan handphone.
Tepatnya memperhatikan gambar Beomgyu yang dia ambil.
Senyuman tidak lepas daripada bibirnya.
⫷⫸
⫷⫸
Prang!
Semua orang tersentak, ada yang terkejut dan ada juga yang menutup telinga. Namun 2 staff yang ada di sana hanya menunduk perlahan.
"Aku cakap aku tak nak! Apa masalah korang ni sial?!" marah Yeonjun dengan sangat kesal. Kaca yang tadi dia pecahkan di capai satu serpihan kaca yang besar lalu dia menolak salah satu staff lelaki ke dinding. Dia meletakkan hujung kaca yang tajam ke leher staff itu.
"Choi Yeonjun!" Beomgyu yang baru masuk tentu saja terkejut. Dia lantas berlari ke arah Yeonjun dan menarik tangan Yeonjun kuat. Mungkin kerana tenaga yang berbeza, Beomgyu terjatuh dan telapak tangan dia tertusuk kaca.
"Argh!" mendengarkan itu Yeonjun lantas pusing dan memandang Beomgyu, dia menarik tangan yang tertancap kaca itu. Seketika dia terdiam sekejap, wajah Beomgyu yang merah dan menahan sakit di nikmati Yeonjun.
Tanpa sedar dia menekan luka itu sedikit kuar, "ssstt Jun...erhh sakit."
"Hah? Oh sakit." Yeonjun mengeluarkan kaca itu dan dicampak tepi. Dia membangunkan Beomgyu dengan perlahan. "Kemas." Ujarnya dingin dan berjalan pergi bersama dengan Beomgyu.
Menuju ke tandas untuk mencuci tangan Beomgyu yang berdarah. Yeonjun masih diam tidak bersuara, masih memperhatikan Beomgyu yang menahan sakit.
Sampai di tandas luka di cuci perlahan, Yeonjun berdehem perlahan. "Kau takut ke?"
"Hah?"
"Kau takut dengan aku?" Beomgyu memandang Yeonjun daripada pantulan cermin, perlahan dia mengangguk. "Kau...macam ada peribadi yang lain."
Yeonjun tersenyum kecil.
¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
"Jangan takut, kau tak perlu takut pun dengan aku. Sebab aku takkan buat kau sakit macam tu."
Bemgyu menutup pili air, kalini dia tegak berdiri memandang Yeonjun yang ada di belakang sana. "Sebab?"
"Because you're mine. Just mine. Kau dah tak boleh lari. Peluang kau dah tamat."