1;Idol

259 11 0
                                        

× I saw magic in his eyes.... ×

××××

"Choi Yeonjun!"

Satu venue menjerit saat nama artis muda lelaki ini disebut sebagai pemenang Artist Of The Year yang ke 3 tahun. Semua artis ikut berdiri memberikan tepukan yang gemuruh. Si pemilik nama bangun, berterima kasih kepada artis senior dan junior.

Berdiri di atas pentas dengan award yang dia terima. Memberikan ucapan kepada peminat dan semua yang ada dengan senyuman manis. Setelah itu award juga habis.

Selepas semuanya selesai, dia perlu balik ke dorm untuk. Namun saat di luar, dia melihat ramai peminat dan tetap melayani lelaki itu. Dia tersenyum, berterima kasih dan menerima hadiah yang ada. Kerana keramahan itu, dia di sebut artis muda yang baik hati.

"Terima kasih sebab datang, balik dengan hati-hati okay. Nanti kita jumpa dekat fansign okay Junies!"

"Okay!" setelah itu Yeonjun masuk ke dalam kereta.

Sebaik saja pintu di tutup, dia mengeluh dan mencampakkan bunga ke belakang. Bukan kerana benci, dia sangat-sangat kepenatan. Belum lagi dia perlu melayan fans yang memaksa, sasaeng yang tidak faham bahasa dan semua benda yang menguras tenaganya.

"Mana Lim hyung?" soal Yeonjun kesal, sepatutnya lelaki itu perlu ada dengan dia. Sepanjang waktu sebab lelaki itu adalah manager dia. "Suka dia je buat kerja sambil lewa."

Rungut Yeonjun dengan sangat-sangat kesal. Dia membuat panggilan lalu menunggu panggilan dia di jawab, "esok kau tak payah datang. Kau di pecat," setelah itu panggilan dimatikan.

Semua yang ada di sana hanya mampu diam je, sebab mereka tahu kalau Yeonjun sudah melakukan keputusan tidak ada sesiapa yang boleh ubah.

Yeonjun bersandar dengan tenang, dia mengurut kepalanya perlahan. Kereta berhenti di sebuah condominium yang mahal. "Dah sampai,"

Yeonjun menganggukan kepala dengan perlahan. "Yeonjun, ini semua hadiah?"

"Letak je dekat studio aku, kalau ada makanan hyung boleh amik semua." Ujar Yeonjun setelah itu dia berjalan terus meninggalkan lelaki itu. Dia membuang nafas dalam dengan perlahan.

Dia masuk ke dalam unit nya. Dia mendudukan diri di sofa, dengan malas dan mengeluh.

Yeonjun menghela nafas dalam dengan perlahan. "Lim memang sial!"

Dia bangun dan berjalan masuk ke dalam bilik tidurnya.

⫷⫸

⫷⫸

"Mana boleh macam tu Jun, kamu ada banyak jadual. Dalam masa terdekat ni mana nak cari manager kamu?" Yeonjun hanya mengangkat bahu malas, dia tidak mahu ambil tahu untuk semua ini.

Ketua di sana memicit kepalanya sendiri, cuba mencari jalan atas masalah dan kesusahan ini. Dia menarik nafas dalam dengan perlahan, dia menghela nafas dalam dengan perlahan.

"Okay! 3 minggu lepas ada beberapa orang cari kerja." Dia terus bangun dan berjalan menuju ke rak di belakang. Cuba mencari beberapa kertas yang dia simpan. Setelah jumpa akhirnya dia membawa semua itu ke arah Yeonjun.

"Nah, cuba tengok." Yeonjun menyilangkan kakinya dengan perlahan, satu per satu kertas dai baca dan dia selak. Meneliti dengan sangat baik.

Seketika dia berhenti. Kertas lain di letak kembali ke meja namun tidak dengan sehelai kertas.

Dia tersenyum kecil, tiada siapa nampak senyuman itu.

"Aku pilih dia," dia memberikan kertas itu kepada lelaki itu. Saat lelaki itu melihat dia memandang Yeonjun. "Betul kau nak dia?"

"Hum, dia boleh start kerja esok. Aku takde masa untuk interview dia," ujar Yeonjun setelah itu dia berjalan keluar daripada. Selepas Yeonjun keluar, lelaki itu mengeluh. "Idol paling gila pernah aku uruskan."

Yeonjun masuk ke dalam studio nya, beberapa hadiah dia capai dan dibuka satu persatu. Yang dia rasa dia minat dan sesuai akan dia simpan, kalau yang tidak dia minat dia akan masukkan ke dalam kotak.

Mungkin dia akan ke rumah kebajikan selepas manager baru dia datang.

Sebut tentang manager baru, Yeonjun bangun mencapai laptop yang tersimpan rapi di bawah sofanya. Laptop yang penuh dengan rahsia, sebagai manusia biasa. Bukan idol pautan ramai orang.

Yeonjun melakukan beberapa perkara sehingga dia merasakan puas. Setelah itu dia tersenyum kecil kerana kepuasan yang dia dapat.

Handphone berdering, menandakan masa untuk dia ke pusat photoshoot brand terbaru. Dia menyimpan semula laptop nya dan berjalan untuk pergi daripada sana. Pintu studio di kunci menggunakan cap jari. Kalau ada sesiapa ingin meletakkan barang, cukup letak di depan pintu sahaja.

⫷⫸

⫷⫸

Mulutnya sibuk mengunyah dengan tenang, dia memeluk balang besar berisi popcorn. Berjalan daripada dapur ke ruang tamu, mendudukan diri di sofa dan mencari remot. Tv di nyalakan.

Di waktu cuti macam ni, lebih tenang kalau dia dapat rehat, tonton movie dan-

Ting!

"Manusia mana yang ganggu waktu cuti aku?!" Kesalnya, dia lantas menurunkan kaki yang diletak di sofa, mencapai handphone di meja dan melihat pesanan yang masuk.

"Tahniah Choi Beomgyu, permohonan anda untuk menjadi salah satu kaki tangan di syarikat Yellow int telah di luluskan. Pihak Yellow int meminta jasa baik anda untuk ke syarikat kami, melakukan tanda tangan kontrak dan akan diberikan penjelasan pekerjaan."

Bacanya dengan tenang. "Ouh..." dia menyimpan kembali handphone dan ingin mencari movie.

Dalam 2 minit-

"HAH?!" dia mencapai handphone dan membaca kembali. Matanya membesar membaca benda itu berulang kali. "Ak..aku dapat? AKU DAPAT? AKU DAPAT WAHHHHH!"

"Oi diamlah!" suara daripada luar membuatkan Beomgyu menutup mulut. Menjerit dalam tangan itu, dia sunggu merasakan excited dan merasakan tidak percaya.

3 minggu dia tunggu, dan akhirnya dia dapat.

Tidak tunggu masa, dia berlari terus ke bilik dan menyalin pakaian. Memakai baju yang sangat sopan dan sesuai. Merapikan diri, setelah itu berlari keluar. Mengunci pintu dan terus berlari turun daripada rumah kecilnya itu.

Dia mengayuh dengan laju, meskipun jauh dia tetap semangat. Bekerja di sana memang sangat susah dan sangat-sangat tidak akan ada peluang kedua.

Dia perlu ambil peluang ini.

Obsession ||  YeongyuWhere stories live. Discover now