Kelas 3 Eclipse
Semua murid bangun atas arahan ketua kelas bagi menyampaikan salam kepada guru yang masuk.
"Assalamuaalaikun dan salam sejahtera kelas" lembut suara cikgu Marina memberi salam
"Waalaikumussalam dan selamat sejatera cikgu" Jawab seluruh kelas serentak. Yang muslim memberi salam dan yang non-muslim hanya mengatakan selamat sejatera. Maklumlah sekolah mereka adalah sekolah yang bercampur agama jadi memang itulah caranya.
serentak kelas itu berterima kasih apabila dibenarkan duduk. Guru wanita itu pula sudah sibuk menulis di skrin board TV.
"Jadi untuk bab 2 bagi RBT (Reka Bentuk dan Teknologi) ni tak banyak latihan sebab kita ada projek ...so cikgu nak kamu pilih sama ada kamu nak buat secara berpasangan dua orang atau secara individu. Projek memerlukan produk yang kamu cipta dan juga sebuah folio bermaklumat tentang produk yang telah kamu cipta" Terang guru itu panjang lebar.
"Untuk produk yang akan kamu cipta nanti , kamu perlu menggabungkan dua bidang yang telah kamu belajar masa tingkatan 1 & 2 dulu atapun boleh juga ambil yang tingkatan 3 punya , asalkan produk kamu menggabungkan dua bidang"
"saya bagi kamu masa sepuluh saat untuk duduk secara berpasangan atau invidu" Tegas guru itu memulakan pengiraan. sebaik sahaja dia melihat tiada satu murid pun yang berganjak , terus dia memberi peringatan.
"Kalau kamu tak nak bangun dan cari pasangan , saya yang akan pilih partner kamu" Setelah peringatan diberi , barulah murid kelas tersebut bangun dan mencari pasangan masing-masing.
Joshua hanya kekal di tempat duduknya , matanya melirik kearah Akif yang sedang memberikan isyarat tangan untuk duduk disebelahnya.
"Kita buat berdua ek?" soal Akif mahukan kepastian
"hmm..." ringkas jawapan Joshua sambil membat jari berbentuk ok.
"Tiga" Cikgu Marina mula menghitung
"dua"
"satu!"
"Masa tamat! datang depan dan beri nama kumpulan sekarang!" Tegas suara guru itu memberi arahan. Nama je budak kelas pertama tapi nakal tetap nakal.
Kelas 3 Rose
Shakila sesekali menjeling kearah sahabatnya yang sedang termenung walaupun pelajaran sedang bermula. Bukannya dia tak tahu yang Daniella sedang kecil hati dengan perbuatan salah seorang ahli kumpulan mereka.Mikayla Maisarah turut sama risau akan Daniella yang asyik termenung dari tadi.
"Nak tak" Soal Mikayla sambil menawarkan gula-gula berperisa buah-buahan .
Daniella memaksa dirinya tersenyum "Tak apa lah"
Jawapan Daniella telah cukup memastikan yang gadis itu sedang tersakiti. Daniella peminat gula-gula , dia takkan sesekali menolak benda manis kecuali jika dia sedang sedih. Mikayla dan Shakira menjeling kearah ahli kumpulan yang menjadi sebab Daniella sedih. Suwaibah kahi.
Shakila menggetap bibir , mahu saja dia melepaskan carutan yang sedang tak habis-habis muncul didalam hatinya. Dah lah nama pun Kahi , tak pasal-pasal nanti ada jugak yang aku kakikan. Hatinya meronta hebat mahu melepaskan makian tetapi masih ditahan demi menjaga air muka .
Sedar tak sedar Daniella sudah hilang dari radar. Setelah guru itu pergi meninggalkan kelas , Mikayla dan Shakila keluar dari kelas untuk berjumpa Daniella. Mereka sudah tahu dimana Daniella akan pergi . Hanya dua tempat yang telah menjadi kebiasaan untuk dikinjungi oleh gadis itu semasa bersedih , antara bilik persalinan perempuan atau perpustakaan.
YOU ARE READING
JOSHUA KAI ZHUANG
RomanceCinta? Ya cinta, Satu rasa yang sentiasa diharapkan oleh semua makhluk yang hidup di muka bumi . Paling menyeronokkan adalah apabila kita mengetahui bahawa ada insan lain yang mencintai kita , nikmatnya sungguh tidak terkata. Cinta Terlarang? siapa...
