----- 𔓘 -----
"Kenapa awak nak bekerja kat sini?"
Pemuda itu menggaru rambut hitamnya yang tak gatal. Soalan wanita itu tadi kembali berputar dalam fikiran.
"Dia nak aku jawab apa agaknya eh?"
Aryan Zafrel. Lelaki berusia awal 20-an merebahkan tubuhnya di atas katil sebelum menutup matanya rapat. Satu keluhan dilepaskan. Dia memicit-micit dahinya yang asyik berdenyut saja daripada tadi.
Raut wajah seorang wanita yang samar-samar muncul secara tiba-tiba. Rupa paras lembut itu, dia amat merinduinya. Ya itu mama. Dia dan wanita bergelar ibu itu terpaksa berpisah kerana sebuah perjanjian.
Perjanjian yang dibuat ketika Aryan masih kecil, masih tidak tahu apa yang berlaku.
"Kenapa susah sangat Ayan nak jumpa mama ni?" omel pemuda itu perlahan.
Kemudian dia mengeluh kasar. Dinding biliknya direnung kosong. Penuh poster-poster yang menampilkan dirinya di atas pentas. Dia tersenyum lebar pada setiap gambar-gambar itu. Ya, dia seorang penyanyi. Dia fikir jika dia menjadi terkenal, dia lebih mudah untuk bertemu dengan mamanya. Namun, sangkaannya meleset.
"Aryan, Aryan. Macam manalah kita nak cari mama ni."
Fikirannya kembali menerawang, teringat kafe Awan Mimpi milik gadis muda itu tadi. Agaknya, apa kaitan mama dengan kafe wanita itu?
Strawberry cake yang dimamahnya begitu mirip dengan kek milik mama.
"Maaf cik, kek ni memang awak buat sendiri ke? Atau awak ada ambil mana-mana resepi?"
Gadis bertudung litup itu terdiam. Aryan menunggu jawapan. Dia ingin tahu apa rahsia disebalik kek strawberi tersebut. Rasanya 100% mirip dengan kek mama.
"Rahsia. Semua resepi yang kami guna adalah 100% milik kami. Kenapa awak tanya? Jangan cakap awak daripada kafe sebelah eh!"
"H-haih, awak dah salah faham ni..."
Aryan masih tak mahu mengalah. Gadis kelihatan seumur dengannya itu hanya merenungnya dengan tajam. Tertelan air liur dibuatnya. Dia rasa terancam dengan renungan itu.
Tiba-tiba, dia mendapat satu idea.
"Kafe awak perlukan pekerja tak? Saya tengah cari part time sebenarnya,"
"Tadi tanya resepi, ni tanya kerja kosong pula. Awak ni spy ke sebenarnya?"
Aryan tersenyum kecil. Dia terhibur dengan keletah wanita yang mengaku dirinya sebagai pemilik kafe itu. Gadis itu masih muda. Dia kagum melihat gadis sepertinya sudah mampu untuk menguruskan sebuah kafe. Dia tahu itu tak mudah.
"It's okay. Esok kita cuba lagi. Mana tahu dia lembut hati esok?"
"Siapa lembut hati?"
Tidak semena-mena sergahan itu membuatkan Aryan terlompat kecil daripada katil. Jay Chong, pengurus kepada pemuda itu tersengih-sengih. Serba salah pula dia masuk tanpa salam tadi.
"Kau buat apa sini? Kau dengan papa ke?"
"Haah. Papa kau ada meeting. Dia tertinggal file kat rumah tadi. Alang - alang aku kat sini, aku datang tengok kau sekali. Tekak kau okay dah?"
Umur mereka hanya jarak tiga tahun. Jadi Jay memang sudah seperti kawan bagi Aryan. Mendengar soalan itu, Aryan sekadar mengangguk.
"Kau pergi kafe tu lagi eh? Bukan papa kau tak suka ke kau ke sana?"
"Kalau kau tak beritahu papa, papa tak akan tahu. Dengar sini Jay. Kalau papa aku tahu aku kerja part time kat kafe tu, siap kau. Ini kita berdua je yang tahu. Kau juga nak tolong aku cari mama aku kan?"
"Aku tahu. Tapi kalau papa kau sendiri yang dapat tahu semua ni, mati aku."
Aryan tersenyum.
"Tak apa. Selagi kau tak buka mulut. Papa tak akan tahu tentang ni. Aku janji."
────୨ৎ────
notes : lama tak menulis hehe. hopefully you guys enjoy baca short story ni ♡
and jangan lupa vote tau thanks !
YOU ARE READING
Seindah Awan Mimpi
Short StoryAwan Mimpi. Nama kafe milik seorang gadis muda yang diwariskan oleh ibunya. Siapa sangka kafe itu menjadi tempat pertemuan semula dia dengan jejaka yang bergelar penyanyi yang pernah hadir dalam hidupnya dahulu? Nukilan seoloved ♡
