PROLOG 💌

7 1 0
                                        

"I will love him more than I love coffee,"

Mengucap itu sambil meneguk secawan kopi panas yang sudah menjadi kebiasaan basahan tekak ketika waktu rehat pejabatnya.

"Are you sure ?"

Sahabatnya membalas pandang dengan berjuta kesangsian. Kening terangkat, bibir mencebik pelik, ada sesuatu yang bukan kebiasaan keluar dari lisan wanita tegas itu.

Qalbi Nadhirah ; bukan nama yang asing di dalam bidang forensik linguistik, lebih-lebih lagi kaca mata tebalnya yang sudah menjadi identiti utama di pejabat. Tersalah letak sahaja, keluarlah suara nyaringnya untuk sama-sama mencari kaca mata.

"Apa yang ada dekat dia ?"

"Dia ada otak yang lagi pahit dari kopi ni, kata-kata yang lagi manis dari sirap ais kau."

Hilya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal, cuba menghadam perkataan Nadhirah.

"Dia ni kalau dah mula merepek, memang betul lah lelaki tu something wrong."

Bisiknya sendiri sambil tangan membawa sedutan ke mulut. Menikmati manisnya air sirap seperti yang disebut Nadhirah tadi.

"Apa yang dia buat dekat kau ? Dia bagi bunga ? Dia puji kau ?"

Nadhirah menggeleng, tangan menyeluk beg tangan beratnya menyelongkar mencari sesuatu. Mengeluarkan sebuah kotak kecil, dibuka di hadapan Hilya.

"Kunci kereta ? Biar betul ?"

Laju kening Hilya bertaut melihat isi kotak kecil itu. Nak tersembur air sirap di mulutnya yang belum sempat ditelan.

"Tang mana pahitnya kalau bagi kunci kereta ?"

Tangan Nadhirah mengeluarkan surat kecil yang terselit di dalam kotak merah yang dihulurkannya tadi.

'Beli cash untuk awak'

Penulisan ringkas yang tidak berjaya menarik pandangan Nadhirah. Hilya sudah berkerut dahi mencari celah mana yang membuatkan Nadhirah mengatakan yang dia akan mencintai lelaki itu lebih dari kopi kegemarannya.

"Habis tu ? Dah pahit, apa yang menariknya ?"

"Aku suka pahit."

××××××××××××××××

2 HARI SEBELUM ;

"Aku tak kenal kau."

Lamaran Zahran Al-Haq kini diteruskan dengan pandangan tajam Nadhirah. Namun, tidak menggetarkannya, membalas itu dengan pandangan yang tenang.

"Saya nak awak kenal saya, Qalbi Nadhirah."

Nadhirah mengangkat kening kekal berdepan dengannya walaupun anak mata terpaksa ditinggikan sedikit.

"Apa yang aku perlu kenal ?"

Zahran senyum senget. Mata datar lelaki dihadapannya benar-benar mengganggu jiwa, seakan-akan mencabar egonya.

Zahran mengangkat tangan kananya, terlihat jam tangan yang memaut pergelangan tangannya. Serta merta Nadhirah mengetap geraham, memaut kolar baju Zahran.

"Kau siapa ?!"

Mengucap itu saat kekuatan rahangnya saling menolak, tidak perlu mengeluarkan suara kuat pun cukup menerangkan amarahnya.

"Sabar, saya pinjam je ni."

Zahran melonggarkan jam tersebut, terlihatlah apa yang terselindung di sebalik jam tangan bertali kulit, berwarna hitam itu.

"Awak yang buat parut ni, ingat ?"

Cengkaman kolar baju kemejanya dilonggarkan. Zahran tersenyum.

"Macam mana kau tahu aku ?"

"Awak masih dengan mata yang sama, ketakutan yang sama dan cara menyelesaikan masalah yang sama."

Nadhirah menelan liur, membawa ingatannya kembali pada serangan 15 tahun lalu.

"Abahh !!"

Darah yang memancut keluar dari mulut abah masih terlihat jelas di pandangannya.

"Lepaslahhh !!!"

Kekuatannya cuba melepaskan diri dari cengkaman kuat lelaki itu masih kekal menjadi sejarah dalam fikirannya.

"Hehh ! Aku tak pukul budak tau ! Lebih baik kau diam sebelum kau gerak sama-sama dengan abah kau !"

"Aku kata lepas !!"

Jeritan itu lah membawa memorinya kepada seorang remaja lelaki yang membantunya. Remaja lelaki dengan pakaian sekolah yang rutinnya berjalan di sebuah kawasan sunyi di tengah-tengah bandar.

"Oii ! Apa kau buat ha ?!"

Suara garau itu menjadi mimpi buruk dalam ingatannya kerana dia melarikan diri setelah dapat membantu Nadhirah.

KEMBALI SEMULA KE ALAM NYATA ;

"Awak belum cakap terima kasih lagi dekat saya."

Zahran tidak gentar meminta itu dengan bibir yang masih tersenyum dan kening terangkat.

"Ni siap nak belasah saya pula tu."

Nadhirah senyap. Kaca matanya dibetulkan.

"Kau cari aku ke ?"

Zahran laju menggeleng.

"Saya cari pemilik jam ni untuk awak tapi takdir yang bawa saya datang sini."

~~~~~~~to be continued

WIZR KHATIAH [slow update]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz