---
🕯️ Prolog
" Tolong.....sa..saya tak jumpa jalan keluar "
Suara budak lelaki itu terputus-putus. Nafasnya pendek. Dia lari dalam gelap - lorong sempit, dinding berlumut, tingkap pecah. Blok C memang dah lama ditinggalkan, tapi malam itu, ia hidup semula dengan suara tangisan dan tapak kaki mengejar.
Tiga lelaki bertopeng hitam mengekori perlahan, langkah mereka penuh keyakinan. Bukan main-main - mereka tahu apa yang mereka buat.
Budak tingkatan satu itu jatuh. Lututnya luka, buku-buku tercampak, suara tersekat di kerongkong.
Salah seorang lelaki bertopeng mendekat. "Kau tak sepatutnya masuk sini."
Tiba-tiba-
Langkah kaki kedengaran dari hujung lorong.
Seorang pelajar lelaki muncul dan dua orang lagi hanya berada diluar block C. Wajahnya samar dalam bayang cahaya lampu berkelip. Uniformnya kemas, tali leher dilonggarkan. Beg silat di sebelah kanan, tangan kiri di dalam poket.
Ezran Malik.
Pelajar baru Tingkatan 4. Baru dua minggu pindah sekolah. Tidak ramai kenal dia. Guru pun hanya tahu dia murid senyap, duduk belakang kelas, jarang bercakap.
Tapi malam ini, mata dia bercahaya lain.
"Lepaskan dia," katanya perlahan.
Lelaki bertopeng berpaling. Mereka ketawa kecil. "Budak baru pun nak jadi hero?"
Ezran tak jawab. Perlahan-lahan, dia buka zip beg silatnya. Tarik keluar sebatang kayu pendek. Genggam. Langkahnya maju ke hadapan - tenang.
Ada sesuatu dalam cara dia berdiri. Sesuatu yang buat lelaki bertopeng teragak-agak.
Kerana malam itu... mereka tak tahu, mereka baru bangkitkan seseorang yang selama ini hanya memerhati.
---
💡 "Kerana malam itu... mereka tak tahu, mereka baru bangkitkan seseorang yang selama ini hanya memerhati."
---
YOU ARE READING
SHADOW IN BLOCK C
Mystery / Thriller> Sebuah misteri gelap bermula apabila tiga pelajar cuba membongkar rahsia bayang bertopeng yang menghantui Blok C - dan satu demi satu kebenaran silam mula terbongkar.
