Aku sedang duduk dekat sofa sambil tengok movie yang baru sahaja keluar kat Netflix. Tiba-tiba adik aku Nayla muncul. Nak mengacau lah tu.
"BAH!"
Aku langsung tak terkejut dengan jumpscare dia. Aku pandang Nayla dengan muka selamba. "Ih abang ni cubalah tunjuk sikit emosi tu, dah macam patung dah takde emosi."
"Biarlah, suka hati abang lah nak sedih ke, nak marah ke, nak happy ke. Not your problem." Mata aku masih melekat pada TV.
Nayla duduk sebelah aku. Ni mesti antara nak sesuatu ataupun saja-saja nak kacau aku. Cis! "Abang.. Oi bang!" Aku pandang Nayla. Ih kacau lah dia ni! Tak tengok movie pun tak senang.
"Apa?"
"Bila abang nak ada girlfriend? Dari dulu sampai sekarang takde. Atau pun... takde siapa nak dekat abang sebab abang terlalu nonchalant and introvert?"
"Suka hati abanglah, kau takpayah nak sibuk."
Sebelum Nayla boleh keluarkan ayat-ayat maki hamun dia tu. Abah muncul.
"Adik, apa cakap dengan abang macam tu? Nak berdosa ke?" Suara abah lembut menegur adik.
"Sorry bah. Abang ni ha." Aku terus toleh ke arah adik aku dengan muka tak puas hati.
"Apahal abang pulak? Okay lah tu abang bukan jenis yang suka bercinta. Abang belajar business supaya abang boleh ganti tempat abah. Kau apa tahu? Tahu pergi dating ngan boyfriend adalah..." Selamba aku berkata dan Nayla memukul badan tegap aku dengan bantal. Kesian muscle-muscle aku ni.
"Mana ada aku dating! Tak baik fitnah, aku dah nak SPM so takde masa nak ada boyfriend. Dah lah, adik pergi naik dulu. Night bang, night abah!"
"Goodnight!"
"Goodnight!" Abah dengan aku jawab serentak.
Abah bersuara. "Nash, haritu umi ada cakap kamu berdua makan lunch dengan Aunty Adriana."
Ni tanya-tanya ni mesti ada apa-apa abah nak tahu. "Oh haah, last week masa Nash hantar handbag umi. Lepastu umi pujuk Nash stay untuk lunch. Nash terpaksa iyakan jelah. Abah sendiri tahu kan umi merajuk macam mana?" Abah gelak kecil. Suka lah tu umi selalu merajuk.
"Jadi Nash ada terjumpa dengan anak uncle Hisham? Takkanlah kamu tak kenal. Dulu kan abah pernah kenalkan kamu masa kamu form 5."
"Mestilah terjumpa, dahlah umi paksa duduk sebelah dia tu. Lepastu mulut dia tu bukannya pandai diam." Aku meluah dengan nada suara yang tidak puas hati.
Abah cuma senyum. "Jangan benci sangat Nash. Nanti tersuka. Lagipun, kamu kan sama course kat uni." Abah usik. Aku diam je. Jatuh cinta dengan Rissa? Ee memang taklah aku nak suka kat perempuan tu! Dahlah mulut laser. Jap... apahal aku fikir pasal dia pulak ni?
"Harap lah tak jumpa dia lagi, lagipun hujung tahun kan Nash graduate diploma dah." Abah senyum dan ucap selamat malam sebelum pergi naik ke bilik tidur.
Sampai sahaja dekat uni, Aidan dah tunggu dekat taman uni sambil makan oden family mart, bukan Aidan kalau tak makan membeli dari family mart setiap minggu.
Aidan nampak aku terus kerut dahi. "Kau dah kenapa berkerut?" Aku memang tahu dia marah sebab aku lambat.
"Kau tu kenapa lambat lagi? Kata nak datang awal, lepastu study kat library la."
Aku gelak kecil. Ya, memang aku lambat hari ni. Tapi atleast on time kan? Aidan ni sahabat baik aku dari kecil lagi, parents dia rapat dengan umi dan abah. Itulah sampai sekarang tak pernah terpisah. Cuma Aidan, umi, abah dan Nayla je yang pernah nampak aku ketawa atau senyum. Aku memang bukan jenis yang suka senyum dekat orang.
"Dah habis bebel dah? Jom pergi class, taknak pulak kita lambat, dahlah business management, nanti fail baru tahu." Kami berjalan ke campus.
Bila kami sampai di dewan kuliah, baru sahaja pintu terbuka. Ada seseorang terlanggar dada aku, dari bau perfume dah boleh tahu.
Nerissa.
"Eh kau ni tak pandai tengok jalan ke?!" Suara dia marah. Dia yang main jalan tak tengok kiri kanan, aku pulak yang kena marah.
"Kau ni memang ada hobby cium dada aku setiap kali kita berjumpa ke?" Aku cakap dengan nada suara aku yang tiada perasaan, macam biasa. Sengaja nak panaskan hati dia.
"Takde masa lah aku nak cium dada kau! Bukan ada six-pack pun." Aku pandang dia dengan pandangan yang tiada reaksi.
"Bising." Habis je perkataan tu, aku lalu ke tempat duduk aku dengan Aidan.
Aidan pulak nampak terkejut. Memang patut pun dia terkejut. Sebab aku memang tak pernah langsung bercakap dengan perempuan, kalau ya pun ada perempuan bercakap dengan aku. Aku tak layan, pandang pun tak.
Bila kamu duduk dekat tempat kami. Aidan terus berpaling tengok aku dengan muka pelik dia.
"Explain." Satu perkataan tu je dah buat aku pelik lagi.
"Explain apa?"
Aidan dah bengang. "Ish kau ni! Yang pasal tadi tulah. Kenapa kau bercakap dengan Nerissa? Sejak bila pulak kau bercakap dengan perempuan?"
"Aku bercakap dengan dia pun kau pelik sangat ke? Masa aku bercakap dengan sepupu-sepupu perempuan aku sebelum ni takde pulak kau pelik." Aku tanya. Aidan pulak masih bingung.
"Memanglah aku pelik Nash. Kau tu mana pernah bercakap dengan perempuan kecuali adik, umi dengan sepupu-sepupu kau. Nak pandang pun tak. Ini pula kau bercakap dengan Nerissa. Korang ada apa-apa ke?"
Aku terus tengok Aidan. Aku dengan perempuan mental tu? Gila Aidan ni. "Aku dengan Nerissa? Memang tak lah! Kau pun nampak cara dia layan aku kan macam mana tadi?"
"Betul jugak kan? Tapi kalau korang jodoh?" Aidan tanya.
"Tak akan." Singkat jawapan aku.
"Tapi kalau ya?" Aidan bertanya lagi.
"Tak. Akan." Selepas habis ayat tu, aku terus buka Macbook aku dan tunggu pensyarah masuk.
Selepas kelas, Aidan ajak aku pergi kafetaria. Terpaksa ikut jelah, Aidan dengan makanan tiada pisah. Aidan kalau makan banyak mana pun, badan dia masih fit. Sebab dia dengan aku gym buddies.
"Jom kita duduk kat sana." Aidan bersuara dengan makanan tapau dia kat tangan. Meja tu ada empat kerusi. Aidan seronok makan bihun goreng dia, dan aku cuma minum nescafe ais. Tiba- tiba...
"Erm, boleh kami tumpang duduk sini? Tempat lain dah penuh." Aku dan Aidan pandang untuk tengok siapa yang bertanya.
Yasmin. Best friend Nerissa.
Aku tengok belakang Yasmin, Nerissa dengan muka jengkel dia. Aidan terus bersuara. "Boleh! Boleh! Duduklah." Bila Nerissa baru nak duduk sebelah Aidan, Yasmin dah halang. "Takde, kau duduk sebelah Nashriq." Nerissa pulak makin bengang.
"Ih buat apa aku nak duduk sebelah orang gila ni? Aku nak duduk sebelah Aidan. Aku kawan dia." Nerissa bantah.
"Aku pun kawan dia, tapi aku lagi rapat. Jadi kau duduk sebelah Nashriq." Yasmin pulak bantah.
Tiba-tiba Aidan bersuara. Aku hanya tengok mereka sambil minum nescafe ais aku. "Okay, ladies, relax. Er, Nerissa. Saya rasa awak patut duduk sebelah Nash sebab saya pun nak ada kena bincang dengan Yasmin pasal group project kami. Boleh?" Aidan punya suara lembut memujukku untuk duduk sebelah orang gila ni. Aku bagi Yasmin jelingan tajam sambil dia keluarkan lidah dia.
Kau tunggu lah nanti Yas. Memang siap aku kerjakan kau lepasni.
"Fine." Haritu dah duduk sebelah dia, sekarang duduk lagi sebelah dia. Cis!
ESTÁS LEYENDO
Our Invisible String
RomanceNashriq Zayden Al-Fayez, seorang lelaki yang jenis tak banyak cakap, setiap kata dia penuh makna dan buat orang fikir dua tiga kali, dialah paling ego, keras kepala, tidak kisah tentang fikiran orang lain. Aura dia sangat kuat sampai pekerja dia sen...
