Chapter 3 - Curious

4 0 0
                                        

Aku menghempas badan atas kerusi itu. Yasmin pulak pelik. Tadi okay je mood, sekarang marah? Takkan period kut. Yasmin letakkan air dia atas meja.

"Wey, apahal ni? Apasal kau jadi gorgon macam tak kena bagi makan?" Bila dengar je ayat 'gorgon' tu keluar dari mulut Yasmin. Makin naik darah aku.

"Gorgon apa pulak kau ni?! Ih tak habis-habis panggil aku gorgon bila aku marah!" Aku marah. Yasmin tahan gelak.

"Dah memang macam gorgon kalau kau marah, aku jujur je. Mama ngan papa aku cakap tak baik menipu." Aku jeling. Ada je jawapan dia, dahlah buat sakit hati!

"Sekarang kau cerita kat aku, apa yang buat kau sampai kau marah macam ni? Ada jantan mengorat kau ke?" Yasmin tanya dengan penuh curiga.

Aku mengeluh. "Tadi kan aku pergi ladies nak cuci tangan, macam biasalah. Bila aku on the way nak keluar, aku ada terlanggar sorang mamat ni. Dahlah sakit bila dahi aku terlanggar kat dada dia!"

"Jap... kau tercium dada mamat tu?!" Suara Yasmin kuat sangat sampai ada beberapa orang memandang ke arah meja kami. Aku pukul tangan dia. "Ih kau ni! Perlahan la sikit!" Aku marah. "Sorry, sorry. Sambung lah cerita tadi."

Aku bagi dia jelingan yang tajam baru sambung cerita. "Lepastu aku buka lah mata sebab nak tengok apa yang keras sangat aku terlanggar, bukan main tinggi mamat tu. Aku rasa aku baru sampai bahu dia kut. Lepastu dia pandang aku, aku pandang dia. Mata dia sumpah unique and rare!"

"Unique and rare macam mana pulak?" Yasmin bertanya.

"Warna mata dia kelabu, cantik wey! Lepastu, aku marahlah dia, dia boleh jawab je aku dengan selamba, dahlah minta maaf tak ikhlas! Memang naik lah darah aku. Tadi aku terlanggar lagi dia kedua kali lepastu dia salahkan aku kau tak? Sakitnya hati!" Yasmin pulak tengah senyum-senyum. Senyum yang penuh makna.

"Yas kau jangan nak samakan cerita aku yang tadi dengan cerita k-drama kau." Yasmin ni memang kaki k-drama dari dulu lagi. Memang idaman dia oppa-oppa.

"Alah kau ni, tapi sweet jugak. Mana tau mamat tu jodoh kau?"

"Ew no! Memang tak lah aku nak dia jadi jodoh aku. Buat sakit hati aku je." Aku bebel. "

"Eh kejap, kau cakap mata mamat tu kelabu en?" Yasmin tanya.

"Haah, nape?" Aku curiga.

"Aku rasa dia pernah ada dalam kelas business management kita lah." Yasmin berkata dengan penuh kepastian.

Aku buat muka pelik, dia ada kat campus? "Kau jangan Yas, macam mana kau boleh pasti yang dia ada kat campus? Kuliah business management tu lebih 200 orang kut, aku kenal orang kat situ pun tak lebih dari 30 orang."

Yasmin jelingkan mata dia ke atas. "Aku tau lah. Sebab kelas kita ada sorang je lelaki yang bermata kelabu tapi dia dah last year dah." Aku masih tak percaya.

"Merepek lah kau ni, tak mungkin dia ada kat university sama dengan kita. Kalau ya pun, dah lama aku tahu. Ih dah, tak payah lah cakap pasal mamat tu! Buat sakit hati aku je."

Yasmin hanya mengeluh, malas nak bertekak. Kalau dia bertekak dengan aku, memang sampai esok pun subuh tak siap.

"Suka hati kaulah Rissa, tak nak percaya sudah. Dah jom, bayar. Aku nak kena balik dah ni, nanti bebel pula papa aku. Biasalah, aku kan anak kesayangan."

"Jom!" Aku dan Yasmin berdiri sebelum berjalan ke kaunter pembayaran. Aku keluarkan kad dan membayar untuk makanan kami.

Selepas membayar bil makanan. Aku dan Yasmin keluar dari café itu, tiba-tiba Yusof muncul. Aik? Bukan kah dia kat London?

Our Invisible String Where stories live. Discover now