PRESENT TIME
Masuk je dewan kuliah, seluruh dewan riuh dengan pelajar-pelajar berbual, bergossip, berketawa macam tak ingat dunia. Tu maksudnya pensyarah belum masuk lagi sebab kelas kami bermula pada jam 9. Sahabat rapat aku yang dari prasekolah lari ke tempat aku. Yasmin Aleeya, tapi aku selalu panggil dia Yas je.
Yasmin peluk aku ketat.
"Wey rindunye kat kau! Tau la kau seronok pergi bercuti ngan parents kau kat Paris. Maklumlah, anak tunggal kan."
Aku jelingkan mata bila dia cakap dia rindu. "Alah rindu konon! Cuti 2 minggu je kot. Cakap pasal Paris, kau pun sama kan pergi bercuti ngan family kau. Kat Switzerland pulak tu!"
Aku duduk sebelah Yasmin. Kami bercerita pasal cuti kami. Jealous sikit jugak aku bila dia cakap parents dia bawa dia pergi bercuti kat situ.
"Tapi kau bestlah Yas, bercuti pun ada kawan. Ha tu abang kembar kau, Yusof tu. Mestilah best sebab kau ada teman."
Yasmin buat muka jijik. Biasalah, adik-beradik. Manalah nak mengaku sayang, asal aku lepak dengan dorang dua, tak pernah tak gaduh, memang benda wajib.
"Ew tolonglah! Dia tangkap gambar aku pun tak ikhlas, setiap masa nak buat darah aku naik, tahu tak?!" Yasmin bebel sambil minum air boba dia.
"Oh by the way, abang aku kirim salam kat kau. Selepas cuti tu, aku dengan mama papa terus balik Malaysia. Yusof tu pergi London, ada meeting urgent katanya. Maklumlah, dah jadi CEO kan." Yasmin membuat muka mengusik. Aku terus membuat muka macam nak muntah.
"Tolonglah, aku dah cakap kan. Aku anggap Yusof tu macam abang aku sendiri. Tak. Lebih." Yasmin terus membuat muka.
Aku gelak sambil menggelengkan kepala. "Macam mana lah kau dengan c budak Ashraf tu? Bukan dia ajak kau pergi date ke sebelum kita cuti semester?" Beza aku dengan Yasmin. Dia ni jenis cepat jatuh hati dan akan menjadi buta bila bercinta. Baru kena senyum dah cair, kena curang banyak kali pun tak serik-serik lagi.
"Dia tak chat aku dah, kena love bombing je wey! Dah lah aku baru kena curang dengan si Rizal, mamat tak guna tu!" Yasmin meluah dengan kesedihan. Kejap je tu sedih, nanti ada lah tu lagi crush baru. Aku geleng kepala.
"Kau ni kan, dah tahu kena curang banyak kali, kena bagi fakehope. Tapi masih jugak kau percayakan lelaki kat luar sana, kat kampus pun sama!" Aku bebel. Yelah, siapa je tak kesian tengok kawan kau asyik tak dihargai. Dari sekolah menengah sampai sekarang, asyik menangis sebab lelaki aje dia ni.
Yasmin merungut. "Ih kau ni, tahu la tak suka bercinta. Tak payah lah kau ajak aku ikut mindset kau yang hidup ni kita tak perlukan lelaki." Dia sindir.
"Excuse me, mindset itulah yang tak buat aku ni lemah dan tidak bergantung dengan siapa-siapa selain diri aku." Yasmin iyakan sahaja apa yang aku cakap tadi sebelum pensyarah masuk.
Selepas satu hari dalam dewan kuliah, akhirnya dah boleh balik! Yasmin kata nak pergi makan kat satu café baru buka yang berdekatan dengan campus. "Onz! Tapi kau drive. Aku malaslah nak drive Yas." Nerissa buat muka comel. "Boleh lahhhhh... Pleaseeee?"
Yasmin membuat muka. "Yelah! Yelah! Dah, takyah nak buat muka comel kau tu, geli aku tengok." Aku terus senyum, senyum yang penuh makna.
"Terbaik lah kau! Kau memang sahabat yang sejati!"
"Tapi ada syarat!" Yasmin berkata.
"Hm, dah agak dah. Bukan Yasmin kalau tak minta sesuatu." Aku buat muka.
Yasmin senyum malu-malu. "Kau belanja? Kan aku jadi driver kau, jadi kau pula jadi ATM aku. Okay tak?" Dia berkata dengan penuh semangat, memang dia nampak aku macam mesin atm dia.
YOU ARE READING
Our Invisible String
RomanceNashriq Zayden Al-Fayez, seorang lelaki yang jenis tak banyak cakap, setiap kata dia penuh makna dan buat orang fikir dua tiga kali, dialah paling ego, keras kepala, tidak kisah tentang fikiran orang lain. Aura dia sangat kuat sampai pekerja dia sen...
