Chapter 3 - Curious

Mulai dari awal
                                        

Yasmin lagilah pelik macam aku, tiba-tiba saja abang dia muncul. Dengan suit kerja dia lagi.

"Eh adik, takkanlah abang ni handsome sangat sampai kau terkejut nampak aku kat sini?"

Yasmin dengan masih terkejut. "Abang buat apa kat sini? Bukan abang kat London ka?"

Mula dah dua ekor ni. Sekejap lagi bergaduh ni. Yusof pandang aku.

"Hai Rissa, lama saya tak jumpa awak. Sihat ka?" Macam biasa, aku cuba untuk anggap yang dia hanya bertanya sebagai abang. Walaupun disebaliknya, tak.

"Alhamdullilah sihat. Sorry lah, saya busy sikit sekarang..." Aku jawab dengan biasa.

Yasmin kata dia ikut abang dia balik sahaja sebab Yusof pun nak balik rumah. Kami berdua mengucap selamat tinggal dan aku pun balik.

Malam tu, aku sedang tengok movie kat ruang tamu. Mummy dan daddy duduk atas sofa. Dato' Hisham bersuara. "Rissa..." aku toleh ke arah daddy.

"Hm? Napa daddy?"

"How's your day today? Best tadi keluar dengan Yasmin?"

"Best! Tadi kami pergi makan lepastu shopping sikit." Dato' Hisham cuma senyum. Mummy pun nampak senang hati bila mendengarnya.

"Daddy, nak tanya sikit boleh?" Aku duduk sebelah daddy. "Tanya apa tu?" Nada suara curiga. "Erm... Daddy ingat tak nama anak uncle Amir? Alah yang lelaki tu. Mata dia kelabu tak silap." Dato' Hisham nampak sedikit terkejut bila Nerissa tanya soalan tu.

"Nash ke maksud Rissa?" Dato' Hisham tanya.

Aku cepat-cepat mengangguk. "Ha ah, dia lah tu."

Dato' Hisham menjawab. "Oh, nama dia Nashriq Zayden, takkanlah kamu tak tahu? Dia sekarang belajar kat university sama macam kamu. Dia ambil business management jugak macam Rissa. Tapi dia sekarang last year dah, hujung tahun dah graduate. Rissa kan bary first year." Aku mengangguk. "Oh patutlah, dia sama kelas Rissa."

Datin Adriana terus berpusing. "Nashriq sama kelas Rissa? Kamu berdua pernah bertegur ke? Korang kawan rapat?" Aku buat muka pelik. Daddy pun sama. "Ish awak ni, adakah tanya soalan macam tu? Awak sendiri pun tahu kan yang Nash tu jenis tak suka bergaul."

"Mummy nii, buat apa Rissa nak berkawan dengan dia. Dahlah muka dia tu menyampah. Ada je benda nak menjawab!" Tiba-tiba, aku baru tersedar yang aku terlepas cakap pasal kejadian kat café tu.

"So betulah Rissa pernah bertegur dengan Nashriq?" Datin Adriana bertanya. Dato' Hisham pulak muka pelik.

"Err, Rissa naik dulu! Nak kena tidur awal, esok ada presentation! Goodnight mummy daddy!" Cepat-cepat aku ambil macbook yang ada di meja kaca itu dan berjalan laju ke tangga sebelum mummy dan daddy boleh tanya apa-apa soalan.

Dato' Hisham dan Datin Adriana tengok Nerissa menaiki anak tangga sampai bayang Nerissa hilang. Mereka saling berpandang dengan reaksi muka pelik.

Datin Adriana bersuara. "Abang rasa Rissa ada apa-apa ke dengan Nashriq tu?"

"Tak mungkinlah, sayang pun kenal kan anak kita tu macam mana. Dia akan cerita pada kita kalau ada apa-apa. Lagipun, saya tak rasa diorang ada apa-apa. Rissa tu nak bercakap dengan lelaki pun macam nak bawa gaduh, ni pulak nak bercinta dengan si Nash tu." Datin Adriana membuat muka, dia menggumam sesuatu.

"Ha, cakap buruk pasal suami, depan-depan pulak tu. Dosa tau." Datin Adriana menjeling Dato' Hisham.

"Mana ada saya cakap buruk. Abang ni suka sangat buat saya marah kan?"

Dato' Hisham ketawa kecil. "Dah, jom kita naik tidur. Esok abang kena kerja."

"Eleh, tahu lah CEO. Tak payah lah nak tunjuk-tunjuk." Datin Adriana sindir. "CEO ni lah suami tercinta awak, dah jom..."

Keesokan paginya, aku dah boleh dengar dah suara mummy dan daddy kat meja makan. Ni hari Jumaat, so kelas cuma ada 2. Aku duduk kat meja makan. Daddy tegur aku.

"Bagun dah anak dara daddy ni, ingatkan nak tunggu tengah hari baru bangun" Daddy sindir aku dengan halus.

"Alah daddy ni, kan hari ni cuma ada 2 kelas, itu pun start pukul 1. Lagipun semalam Rissa tidur lambat sikit, sebab buat assignment."

Mummy bersuara. "Rissa, jom teman mummy shopping kat butik kawan mummy, kelas harini start pukul 1 kan?" Dengar je perkataan 'shopping', memang nak lah jawapan dia.

"Nak! Rissa pergi siap dulu! Yay shopping!" Aku terus berlari ke anak tangga. Mummy dan daddy cuma ketawa.

"Tengoklah anak awak tu, ikut macam mummy dia." Dato' Hisham usik Datin Adriana.

"Tapi muka bukan main ikut daddy dia." Mummy sindir. Rupa muka Nerissa memang ikut muka daddynya. Genes kuat kan, biasalah tu.

Our Invisible String Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang