"Ye, ye! Aku belanja." Lepas je aku cakap begitu, dia terus bersorak gembira dan laju berjalan ke kereta Range Rover hitam aku. "Nah kunci, jangan kau drive macam kita ni ada 9 nyawa!" Aku bagi amaran kat Yasmin, dia drive memang laju, sama ja macam Yusof tu.
"Ih tak fun la kau ni! Yelah aku tak bawa laju-laju." Dia merungut.
"Ni bukan pasal aku fun ke tak fun. Ni pasal nyawa, aku tau lah kau tu ikut abang dengan papa kau suka pergi racing kereta, tapi kereta aku ni bukan sports car, boleh faham cik Yasmin?"
"Ye, ye. Dah jom. Aku dah lapar ni!" Yasmin berlari ke kereta dan cepat-cepat hidupkan enjin kereta. Lapar betul perempuan ni, harap lah selamat sampai café.
SELEPAS beberapa minit, kita orang sampai dekat café tu. Kami masuk café tu dan tempat tu cantik sangat! Ni sesuai ni untuk tempat study. Suasana café tu tenang, tak terlalu riuh dan lagu dia pun chill. Tema dia modern-modern and warna café dia warna-warna pastel gitew.
"Kita duduk kat sana jom!" Yasmin menarik tangan aku. Kami duduk dan pekerja tu ambil pesanan kami.
"Best lah tempat ni Yas! Dah boleh jadi port lepak baru ni." Aku berkata pada Yasmin dan Yasmin pun setuju, dia nampak lagi teruja.
"Lain kali kita bawa abang aku! Bolehlah kita minta belanja nanti." Aku jelingkan mata. "Yelah, kau tu memang selalu minta Yusof tu belanja kau, kau kan adik solehah" Yasmin ketawa.
Bila makanan kami dah sampai, kami terus makan sambil bercerita tentang gossip-gossip yang terhangat kat kampus. Perempuan dengan gossip mana pernah terpisah, kalau satu hari takde gossip, tu bukan perempuan.
"Kau betul-betul serius kah nak ambil ahli syarikat daddy kau nanti lepas kita graduate?" Aku mengangguk.
"Jadi kau nak harap siapa lagi untuk ambil syarikat daddy aku nanti? Lagipun aku buat semua ni sebab aku memang nak. Bukan atas paksaan parents aku." Anak tunggal kan. Satu-satunya harapan mummy dan daddy.
"Wahh tak tahu pulak kawan aku ni rupanya anak solehah." Yasmin usik aku. Aku bagi dia jelingan yang tajam.
Hampir setengah jam kami makan sambil bercerita tanpa henti.
"Alhamdullilah! Kenyangnyaa... Dah lah sedap spaghetti carbonara dia." Yasmin berkata sambil betulkan tudung bawal dia yang bercorak bunga-bunga kecil dan berwarna light pink. Aku menggeleng.
"Aku pergi ladies dulu. Jaga tau bag aku ni." Yasmin angguk sambil minum air matcha dia.
Aku berlalu ke tandas dan cuci tangan. Selesai sahaja, aku berjalan sambil betulkan tudung shawl yang berwarna maroon, baru sahaja melangkah keluar, aku terlanggar sesuatu yang keras, tapi bukan dinding? Aku berhalusinasi ke?
"Ow!"
Aku buka mata dan tengok apa yang keras sangat tu. Boleh lebam dahi aku keras dia, aku tengok atas. Sepasang mata kelabu sedang pandang aku, pandangan dia keras, aura dia? Kuat sangat! Dan bau perfume dia, macam kenal. Mata dia lagi lah macam kenal, dahlah cantik. Macam kenal dia ni? Siapa ek?
Selepas beberapa saat, aku baru tersedar yang kami sedang berpandang antara satu sama lain. Cepat-cepat aku sedarkan diri.
"Hei! Dah langgar orang pastu tak pandai nak sorry?" Suara aku marah, aku ni dahlah baran. Mamat tu tengok je aku lepastu cakap.
"Sorry"
Sorry. Ya dia sorry, tapi sorry dia tu nampak sangat tak ikhlas.
"Kalau ye pun sorry, cakaplah ikhlas sikit." Nerissa dengan ayat sindiran. Tiada pisahan.
"Aku dah minta maaf kan tadi? Nak aku melutut pula ke?" Dengan muka selamba dia menjawab aku. Kurang asam betul!
"Ey, apa masalah kau ha? Kau jangan sampai aku-" Dia potong ayat aku sebelum aku boleh habiskan ayat tu. "Apa? Nak tumbuk? Tumbuklah kalau kau berani. Orang pendek macam kau ni boleh sampai ke nak tumbuk muka aku?"
Aku terus bengang. Dia cakap aku pendek? Hello, tinggi aku ni tinggi average perempuan tau. Dia yang tinggi sangat macam tiang elektrik.
Aku bagi dia jelingan tajam dan tinggalkan dia di situ. Masa aku berjalan balik ke meja, jalan aku terhenti. Eh jap. Tu bukan anak... Uncle Amir ke? Eh tak mungkin! Tapi mata sama...
Tiba-tiba ada benda yang keras melanggar bahu aku. Aku terus toleh untuk tengok apa yang keras tu. Mata kami bertentang lagi.
"Kau lagi!" Aku cakap dengan suara yang sedikit tinggi sambil menahan geram. Dahlah sakit dia langgar. Besi ke tulang dia ni? Boleh patah tulang bahu aku!
"Kau yang berdiri tempat orang nak lalu tu kenapa?" Dia menjawab dan terus keluar dari café tu.
"Kurang asam betul! Begitu ja dia langgar aku? Sorry pun tak. Tak gentleman langsung!
YOU ARE READING
Our Invisible String
RomanceNashriq Zayden Al-Fayez, seorang lelaki yang jenis tak banyak cakap, setiap kata dia penuh makna dan buat orang fikir dua tiga kali, dialah paling ego, keras kepala, tidak kisah tentang fikiran orang lain. Aura dia sangat kuat sampai pekerja dia sen...
Chapter 2 - Unexpected
Start from the beginning
