PROLOG

20 2 0
                                        

" Kalau aku mati nanti, tolong jangan salahkan sesiapa. Aku jatuh cinta… dengan orang yang salah."

Mayra Aulia menulis perlahan, huruf demi huruf dalam buku notanya yang sudah koyak di hujung. Dakwat biru cair itu masih basah, tapi tangannya sudah beku. Dingin malam menyusup dari celah tingkap bilik yang sudah tidak berbumbung.

Hujan turun renyai, dan setiap titisan yang menimpa lantai konkrit itu seakan menandakan masa yang semakin habis.

Mayra duduk bersandar di dinding, tubuhnya lemah, darah menitis dari luka kecil di kening. Suasana sepi hanya ditemani degupan jantungnya yang kian perlahan. Buku nota itu dia letakkan di sisi, seperti warisan terakhirnya.

"Jika aku mati , aku harap ada yang jumpa buku ni" . suara mayra yang sayu seperti tiada harapan lagi untuk hidup.

Di hujung bilik, ada seseorang berdiri, wajahnya separuh disorot bayang. Dia tersenyum bahagia .

"Aku janji aku akan jaga kau sampai akhir, Mayra. A-Aku cintakan kau"

Mayra menoleh perlahan. Matanya tidak takut. Cuma sedih, kecewa kerana cintanya membawa kepada penderitaan dan pengkhianatan .

"Akhirnya aku... ada dalam tangan kau, Aidan." Tak sangka rupanya selama ni aku tersalah langkah .

Rahsia Terakhir Mayra Aulia [C]Stories to obsess over. Discover now