PROLOG

2K 50 4
                                        

PADA pagi itu,semua murid berpusu-pusu menuju kearah papan kenyataan. Seorang gadis yang memakai baju biru,skirt hitam Panjang dan rambutnya diikat ponytail. Pelajar-pelajar hanya melihat seorang gadis yang sedang berjalan itu.

Evelyna berjalan dengan penuh bergaya kearah papan kenyataan yang dikerumuni oleh banyak murid. Evelyna tersenyum bangga apabila pelajar bercakap tentang keputusan peperiksaan yang lepas. Walhal dia sudah tempat pertama mesti dirinya.

Dia melihat kearah ranking board di depan. Ternganga kecil Evelyna melihat dirinya berada ditempat kedua dan tempat pertama ialah Qaisy Emir?! Evelyna mengetap gigi kegeraman. Sudah 2 tahun dia cuba pertahankan tempat pertama. Tapi sekarang,tempat itu diambil oleh Qaisy Emir musuhnya.

"Hebatlah abang Qaisy! Dia dapat score semua subjek. Selalunya akak Evelyna," kata salah seorang pelajar Perempuan dibelakangnya. Tahulah dia bahawa mereka ialah pelajar tingkatan 3.

"Tu laa...Abang Qaisy memang gempak! Dah lah atlet,pandai,ketua pengawas." kawan kepada belajar perempuan itu mengiyakan kata-kata rakannya.

Mereka berdua menyambung ketawa bersama.

Evelyna menggenggam penumbuknya mendengar pujian daripada dua orang pelajar itu kepada Qaisy. Dia berjalan pergi dengan perasaan bengang. Apa yang hebat dengan jejaka itu pun dia tidak tahu.

Mereka sudah bermusuh sejak kecil lagi. Qaisy selalu mengusik dirinya setiap kali bertemu. Dia ingat bila dah sekolah rendah dia takkan bertemu jejaka itu lagi. Namun,dia silap. Dari tadika sampai ke sekolah menengah mereka bersekolah di sekolah yang sama.

Sebab apa? Sebab ibubapa Qaisy dan Evelyna adalah kawan baik. Tidak hairanlah kalau mereka selalu bertemu.

Orang lain jumpa kawan ajak main. Diorang ajak gaduh macam anjing dan kucing.

Evelyna berhenti ditengah jalan. Cuba menahan marahnya yang makin membuak-buak. "Wah, tengok lah siapa ni. Evelyna Arabella my rival!" Evelyna memusingkan badannya menghadap jejaka yang amat dikenalinya.

Qaisy tersenyum sinis melihat reaksi jengkel gadis itu. "Kau nak apa Qaisy?" tanya Evelyna. Dia masih mencuba mengawal nadanya. Qaisy yang mendengar nada tertahan itu tertawa kecil. Tahulah kalau gadis itu cuba menahan marahnya dari meletus. Tapi takpe dia suka.

"Takkan kau tak rindu tengok muka aku yang handsome ni," usik Qaisy.

"Eww, tak hinginlah siapa je nak rindu tengok muka kambing kau meluat," ujar Evelyna. Dia membuat gaya ingin muntah.

"Well,aku dah buktikan pada kau aku dah berjaya raih tempat pertama. Mesti balik nanti kau menangis bucu katil macam loser," perli Qaisy.

Evelyna melayangkan menumbuknya kearah muka Qaisy. Dengan tangkas jejaka itu mengelak. Evelyna mengetap giginya kegeraman. "Kata juara Taekwondo peringkat negeri, nak tumbuk aku pun tak kena." sakit telinganya mendegar ejekan itu.

Dia memukul kepala lelaki itu menggunakan buku rujukan.

"Aduh, sakitlah Evelyna!" rintih Qaisy.

"Padan muka."

"Dah lah pendek ada hati nak pukul aku. Agak-agak kau dengan singa memang takde beza ek?" tanya Qaisy dengan nada mengejek.

"Mana ada! Aku tinggi bahu kau je lah!" nafi Evelyna.

"Samalah tu," balas lelaki itu selamba.

Dia ingin berjalan pergi tetapi Qaisy masih mengikuti dirinya.

Sekarang waktu rehat,baik dia pergi kantin makan mi celup makcik kantin. "Baru perli sikit dah koyak," ejek jejaka itu. Makin dilayan makin berasap telinganya ini.

"Jangan kacau aku lah Qaisy!" marah Evelyna. Qaisy mengangkat tangannya tanda menyerah dengan sengihan nakal.

Evelyna terus berjalan tidak memperdulikan jejaka itu. Dia malas nak gaduh. Kalau dia buka gelanggang kat situ tak pasal-pasal jadi gosip hangat kat sekolah. Ketua pengawas dan penolong ketua pengawas bergaduh depan koridor. Alamatnya dia yang kena serang dengan peminat Qaisy.

Peminat jejaka itu dah la ramai. Buta kot diorang kata si Qaisy tu handsome. Kalau banding dengan ikan Qaisy yang kalah. Betul ke tu ketua pengawas yang di sukai seluruh pelajar?

Nampak annoying adalah,annoying nak mampu!

Apa-apa je lah! Pasti Airis dan Sarah sudah menunggunya dikantin.

"Woi betina!"

Evelyna menjulingkan matanya mendengar suara sumbang itu. Siapa lagi kalau bukan Amanda dan sahabat baiknya Karina. Evelyna memandang dua orang manusia dihadapannya dengan wajah jengkel.

"Korang nak apa?" tanya Evelyna senada. Tadi dah ada bala datang sekarang datang lagi. Sehari tak buat dia stress memang tak sah!

"Berlagaknya kau ni,mentang-mentang lah kau tu penolong ketua pengawas. Cikgu hargai kau dan boleh dekat dengan Qaisy jangan ingat kau dah hebat Evelyna," perli Amanda. Karina di belakangnya ketawa sinis.

"Yang kau kaitkan Qaisy dalam urusan kita dah kenapa?" tanya Evelyna. Amanda memang dengki dengan dirinya sejak tingkatan 3 lagi. Semua benda nak di kaitkan. "Sebab aku akan jadi girlfriend dia tak lama lagi. So kau tak payah lah berangan untuk dekat dengan Qaisy lepas ni," ujarnya lagi dengan lagak sombong.

Evelyna yang mendengar itu ketawa terbahak-bahak. Amanda yang melihat reaksi Evelyan itu sudah menggelegak panas.

"Kenapa kau ketawa!?" marahnya.

"Kau dengan Qaisy? Dalam mimpi kau je lah Amanda. Aku lebih kenal Qaisy daripada kau. Dia anggap kau macam kambing dalam kandang je," ejek Evelyna sambil tersenyum sinis.

Muka Amanda sudah merah menahan marah.

"Kau jangan kurang ajarlah Evelyna!" marah Karina bagi pihak Amanda. Evelyna ketawa sinis melihat wajah Amanda yang sudah berubah itu.

"Kalau kau masih nak merasa bersekolah sampai SPM,jangan cari pasal dengan aku," bisik Evelyna ditelinga Amanda dengan nada penuh amaran. Amanda meneguk air liurnya kelat. "Jangan ingat sebab bapak kau kaya kau boleh buat apa-apa je!" bentak Amanda sambil menunding jari ke arah gadis itu.

"Aku tak guna kuasa bapak aku untuk berjaya aku usaha sendiri. Kalau kau rasa nak berjaya U. Sa. Ha!" balas Evelyna. Dia menolak bahu Amanda menjauh daripada dirinya.

"Kau cakap macam ni sebab kau cemburu kan aku nak rampas Qaisy?!"

Evelyna memalingkan wajahnya. "Cemburu? Ha ha ha,aku tak kisah lah dia nak berkasih dengan siapa pun. Peduli apa aku,sebab aku cakap macam tu nak bagi kau sedar diri. Kalau kau rasa akhlak kau dah cukup bagus untuk berdamping dengan dia aku okey je," balas Evelyna tenang

Evelyna menjauhkan dirinya dan berjalan meninggalkan koridor itu. Terkulat-kulat Amanda dan Karina di Lorong koridor itu apabila di ceramah oleh Evelyna. Akak penolong pengawas kut tegur.

"Tak guna!" marah Amanda sambil menghentak kakinya.

"Jom masuk kelas je lah Manda aku bawak bekal," ujar Karina. Amanda hanya akur dia mengikut Karina pergi ke kelas mereka.

Evelyna menarik nafasnya perlahan sambil memandang je arah koridor yang sudah tiada orang itu.

"Finally, lepas jugak masalah beban hidup." gumam Evelyna perlahan.

Evelyna berjalan laju melepasi koridor menuju ke kantin. Tanpa sedar seseorang memerhatinya dari tadi. Qaisy yang bersandar di dinding itu sambil tersenyum sinis memandang susuk tubuh Evelyna yang berjalan itu.

"What a brave girl." gumamnya.

----------
TBC💖

Captain Qaisy Emir(New version)Where stories live. Discover now