Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Khaotung duduk di sebuah kerusi sambil matanya memerhati para organizer melakukan kerja mereka, pemeriksaan terakhir ball room di sebuah hotel terkemuka yang telah disewakan untuk majlis pertunangan View yang akan berlangsung malam ini.
"Tunang baru dah meriah macamni, kalau kahwin nanti entah macam mana rupalah pula pun tak tahulah." Sungut Khaotung perlahan dengan matanya masih meliar. Lalu dia mengeluh, kepala yang tadi tegak memandang ke depan kini tertunduk lesu, nafas berat terhembus dari bibirnya.
"Oi, menung apa?" Ciize yang datang sambil membawa sepiring dessert meletakkan didepan Khaotung, melihat hal itu Khaotung menyambar sepotong brownies yang berada di piring tersebut.
Ciize tidak merungut kerana memang dia ambil makanan tersebut untuk kawannya ini, sebenarnya si gadis sudah perhatikan Khaotung lama dan dia faham kawannya ini mungkin tidak berada dalam suasana hati yang baik.
"Iiih, senyumlah sikit tanak la cemberut macam ni muka." Ciize meletakkan ibu jari dan jari telunjuknya di kedua sudut bibir Khaotung lalu menariknya agar si lelaki Thanawat itu tersenyum walaupun dengan cara dipaksa.
Khaotung memaksakan senyumannya ke arah Ciize beberapa saat lalu kembali bermasam muka, mana mungkin dia mampu untuk tersenyum ceria bila mengingatkan malam ini satu-satunya lelaki yang paling dia cintai akan bertunang dengan saudaranya sendiri.
Kalaulah Khaotung ini seorang gadis sudah dia pastikan sekarang ini dia berada dalam bilik mengurungkan dia sambil meraung, teresak-esak sehingga rasanya mahu mati. Tapi tidak, dia seorang lelaki tidak mungkin dia akan lakukan hal sebegitu.
Mungkinlah, dia sedikit sedih tapi sampai situ sahajalah. Lagipun, jika dia meraung hinggakan terkeluar anak tekak sekalipun, tidak akan mengubahkan apa-apa, majlis ini tetap akan berjalan dengan meriah dan mewah sesuai rencana.
"Tengok tu termenung lagi." Ciize menarik pipi Khaotung geram, dimana mengundang ringisan perlahan oleh Khaotung. "Habis tu nak buat apa? Tak akanlah nak berzumba pula dekat sini." Ujarnya malas, lalu menopang kepala sambil kembali memerhati mereka yang sedang menghias pentas di depan sana.
"Lain macam aku tengok, ni tunang je kan? Bukan terus kahwin kan?" Entah dari mana datang Jane mengambil tempat di sebelah Khaotung sambil memberi komen tentang ball room yang tengah dihias ini.
Hampir sahaja Khaotung dan Ciize mengumpat kerana terkejut dengan kehadiran si gadis brutal tersebut.
"Tolonglah ya, aku masih belum habis beradaptasi dengan perkara perjodohan dan pertunangan ini. Jangan buat aku lemah jantung pula hanya disebabkan dorang terus kahwin dan tak jadi tunang. Silap korang bukan datang majlis perkahwinan tapi majlis pengebumian aku." Panjang Khaotung membalas.
"Apa kau merepek ni?" Jane pandang Khaotung dengan kening berkerut. Khaotung angkat bahu. "Untung aku ni kuat, kalau tak dah lama aku terjun dari tingkat paling atas hotel ni." Ciize dan Jane memandang sesama sendiri.