PROLOG

219 43 9
                                        

-Untuk prolog, saya ubah storyline jadi mungkin ada beberapa komen yang tak sama atau selari dengan apa yang ditulis.

***

Selimut ditarik sehingga ke paras bahu. Wajahnya datar seolah tiada perasaan namun matanya berkaca. Kosong, hatinya kosong namun entah mengapa dia ingin menangis.

Terasa seperti ada sesuatu yang hilang.

Bantal peluk yang berada disebelahnya itu gapai lalu dipeluk dengan erat. Perlahan lahan mutiara jernih mengalir dari matanya. Ditekupkan wajahnya dengan bantal, membiarkan tangisnya tenggelam dalam hening malam.

Serentak itu, hujan juga turut menghamburkan tangisnya dengan lebat, pilu. Seperti faham tentang perasaannya.

"Allahuakbar"

"Allahuakbar"

"Allahuakbar"

"Allahuakbar"

Azan isyak yang kedengaran sayup sayup kerana tenggelam dalam hujan itu menarik perhatiannya.

Si gadis bangun dari pembaringannya kemudian melangkah perlahan mendekati tingkap biliknya. Kelihatan samar samar masjid dari tingkat biliknya. Jadi, azan itu dari masjid yang berada tidak jauh dari rumahnya. Dahlia merenung ke luar tingkap melihat masjid.

Indah.

Di tengah alunan azan dan bunyi hujan itu, kata kata ayahnya- Daris tiba tiba menjengah fikiran.

"Kita ni hamba Allah, Dahlia. Bila kita jauh dari Allah ibarat kita hancurkan hidup kita sendiri. Sebab apa hancur? sebab kita akan hilang tempat bergantung dan tempat untuk berharap kalau kita jauh dari Allah."

"Asyhadu alla illahaillallah"

"Jangan bergantung hidup dekat manusia, akan ada satu tahap nanti mereka akan tinggalkan kita juga. Jangan terlalu harapkan bahu untuk bersandar. Kita ada sejadah untuk bersujud."

"Asyhadu allah illhaillallah"

Seraya itu tubuh Dahlia melemah, lututnya terasa longgar. Dia jatuh melutut di hadapan tingkap. Kata Kata itu ibarat menampar dirinya.

"Asyhadu anna Muhammadar rasulullah"

"Asyhadu anna Muhammadar rasulullah"

Dahlia menangis sepuas puasnya. Hidupnya hanya dipenuhi dengan dosa yang dia lakukan. Layakkah dia untuk berubah?

Sedar.

Dia sedar, dia sudah melampaui batas. Dia sudah jauh dari-Nya. Dia sudah hancurkan hidupnya sendiri.

Tangan yang masih menggigil itu perlahan-lahan menyeka cecair mutiara yang tersisa di pipi.

Pulanglah, Allah rindu.

Berubah, Dahlia. Berubah.

Dia sedar, sudah tiba masanya untuk berubah. Dengan langkah yang berat namun penuh harap, Dahlia menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Air wuduk yang dingin menyentuh kulitnya seperti membasuh sebahagian kecil dosanya. Setiap basuhan itu disertai dengan doa dalam hati, memohon agar Allah menerima keinsafan dirinya.

Tangan ligat menyarungkan telekung ke kepalanya. Sudah cukup lama dia tidak menyentuh telekung mahupun sejadah. Apatah lagi Al-quran yang sudah berhabuk di atas mejanya. Sungguh berdosanya dia.

"Ya Allah ya tuhanku, ampunilah segala dosa dosaku."

Dahlia mulakan solatnya walaupun banyak kekurangan.

Sujud pertama selepas sekian lama terasa seperti asing. Namun, dalam keasingan itu, ada damai yang mula menyelubungi dirinya. Dia rasa tenang. Air mata yang mengalir ketika dia bersujud tidak lagi membawa rasa perit atau luka, sebaliknya rasa tenang dan kebahagiaan.

Mungkin ketenangan yang dia hilang selama ini.

Ketenangan dalam ibadah.

"Ya Allah, aku kembali kepada-Mu. Janganlah Engkau berpaling daripadaku. Kau ampunilah segala dosa dosaku, Ya Allah. Sesungguhnya kepada-Mu saja aku berharap." Seraya itu kolam air matanya pecah.

"Aku sudah terlalu jauh. Aku ingin pulang, aku ingin berubah. Bantu aku untuk tempuhi segala ujian dan hari hari yang akan datang, Ya Allah."

Aku ingin pulang.

Sungguh, ingin pulang.

Malam itu menjadi titik permulaan perjalanan hijrah Dahlia. Namun, perjalanan itu tidak mudah. Hatinya masih dihantui rasa bersalah atas segala dosa yang dilakukan. Dahlia tahu, ini adalah langkah pertama untuk kembali kepada-Nya.

Dengan lafaz Bismillah, aku mulakan segalanya.

***Thanks sudi baca!Maaf andai banyak kesalahan

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.

***
Thanks sudi baca!
Maaf andai banyak kesalahan. Insya Allah untk bab seterusnya sy akan cuba untuk perbaiki.

-16/9/2024

KHALEEF TALHAМесто, где живут истории. Откройте их для себя