"Hari yang indah dimulakan dengan secawan matcha latte buatan Fayza Naziha" kata Fayza Naziha dengan bangganya sambil melihat permandangan luar rumahnya yang luas. "Ya Allah, tenangnya suasana permandangan ini." kata Fayza Naziha.
"Fayza!" kedengaran seseorang memanggilnya dari belakang. "Ya, kenapa?" sahut Fayza Naziha. "Ini mak aku kirim kuih donat untuk kau sarapan. Kau masa kecil-kecil dulu gilakan donut yang mak aku selalu jual. Itu yang sampai naik pening arwah mak kau bila pagi -pagi saja kau minta donut macam tidak ada kuih lain saja." kata Melur sambil ketawa kecil. "Kau Melur ada saja nak mengata pasal aku." Fayza Naziha berkata sambil mencubit-cubit manja lengan Melur.
"Alah, kita dah lama tidak bergurau macam ini." kata Melur sambil mengusap tempat yang dicubit manja oleh Fayza Naziha. "Guraulah sangat Melur. Mak Hani apa khabar?" tanya Fayza Naziha kepada Melur. "Alhamdulillah, sihat macam biasalah mak aku itu aktif sana sini. Lepas itu, datang kat aku cakap penatlah, sakit pingganglah." jawab Melur.
"Biasalah, mak-mak. Ada saja yang nak dibuat. Dia saja nak manja dengan kau. Yelah, kau seorang saja di kampung yang lain semua ke bandar cari rezeki." kata Fayza Naziha sambil tertawa. "Weh, aku nak tanyalah. Kenapa kau balik Malaysia? Bukan kau kerja dekat Greece ke?" tanya Melur kepada Fayza Naziha. "Aku dah berhenti kerja sebab rindu dekat kampung." jawab Fayza Naziha.
"Oh, jadi kau balik Malaysia sebab itu sahaja? Ingat dah kerja kat sana, terus menetap kat sana. Mana tahu tiba-tiba bawa suami orang sana tapi balik sebab rindu kampung saja. Tak logik saja alasan kau ini." kata Melur sambil memandang Fayza Naziha dengan muka curiga. "Apalah kau ini. Aku balik kampung saja bukan nak kahwin. Lambat lagi nak kahwin. Dengar cerita kau dah bertunang?" tanya Fayza Naziha kepada Melur. "Iya, baru 3 bulan aku bertunang dengan Danish." jawab Melur.
Mendengar nama yang disebut oleh Melur, tersembur air matcha latte yang diminumnya ke muka melur. "Danish? Anak Ustazah Halimah?" tanya Fayza Naziha. "Ish kau ini, habis muka aku. Iyalah siapa lagi Danish dalam kampung ini." jawab Melur sambil mengelap mukanya yang disembur oleh Fayza Naziha. "Maaflah." kata Fayza Naziha sambil mengulurkan tisu kepada Melur.
"Tidak lama lagi aku merasa nasi minyaklah dari majlis kau." Fayza Naziha berkata sambil ketawa. "Iyalah, nasib kau balik Malaysia. Majlis aku bulan depan. Kau jadi bridesmaid aku eh?" kata Melur kepada Fayza Naziha. "Insha'Allah. Kau nak tahu tak sebenarnya aku tertanya-tanya. Mana salam kau eh masa datang tadi?" kata Fayza Naziha. "hehehe, lupalah. Assalamualaikum, ya ukhti" jawab Melur. "Waalaikumsalam, dari tadi lagi berbual baru nak bagi salam. Apalah." kata Fayza Naziha sambil geleng kepala melihat karenah Melur.
"Oklah, aku nak balik tolong mak aku kemas rumah." kata Melur. "Okey, kirim salam mak kau dan terima kasih bagi kuih donat ini." kata Fayza Naziha. "sama-sama. Jumpa lagi." kata Melur sambil jalan melambai tangan.
Donut yang diberikan oleh Mak Hani tadi dihidangkan dalam pinggan untuk mudah di makan. Fayza Naziha membawa pinggan berisi donut itu ke ruang tamu untuk menikmatinya. "Ya Allah, sedapnya donut yang Mak Hani buat. Masa kat Greece tidak pernah jumpa donut sesedap buatan Mak Hani ini." kata Fayza Naziha sambil menikmati donut buatan Mak Hani.
"Kalaulah ibu dengan ayah masih ada lagi." Katanya lagi sambil mengimbau kenangan bersama ibu dan ayah. Fayza Naziha melihat gambar keluarganya lalu mengambilnya dari cabinet hiasan. "Cantiknya ibu dalam gambar ini. Ayah pun segak." Fayza Naziha berkata sambil memegang gambar keluarganya. "Kak Fay!" sergah Naail Faid. "Astaghfirullahalazim, Naail! Terkejut kakak." kata Fayza Naziha. "Akak buat apa? Mesti akak rindu ibu dengan ayahkan? Itu yang pegang gambar keluarga kita itu. Adik tengok saja dari tadi." kata Naail Faid sambil mencuit bahu kakaknya. "Akak saja tengok gambar ini." kata Fayza Naziha sambil ketawa halus.
"Akak, along kata dia nak balik hujung minggu ini. Dia kata saja nak bawa si kembar balik kampung dengan kak Meera." beritahu Naail Faid kepada Fayza Naziha. "Uish, tidak sabar akak nak sakat si kembar itu nanti." kata Fayza Naziha kepada Naail Faid sambil ketawa. "Yelah, selama ini hanya dapat video call sahaja. Tidak sabar nak gomol-gomol mereka." kata Fayza Naziha lagi.
"Betul itu kak. Aku pun tidak sabar nak gomol-gomol budak-budak itu." kata Naail Faid dengan nada yang geram. Naail Faid melihat donut yang terhidang di atas meja kopi lalu mengambil sebiji donut. "Ini mesti donut Mak Hani buat. Sedapnya, nikmat dunia." kata Naail Faid sambil mengunyah donut buatan Mak Hani. "Haah, Melur hantar pagi tadi." kata Fayza Naziha sambil mengambil donut dan menyuap ke dalam mulutnya.
YOU ARE READING
RINDU YANG HILANG (hiatus)
Mystery / ThrillerFayza Naziha, seorang gadis berusia 25 tahun yang hidup berdikari tanpa bantuan sesiapa selepas kehilangan orang yang tersayang 6 tahun yang lalu. Ini menjadi punca dia membawa diri ke kota Yunani. Namun, sepucuk surat misteri dari tanah air tercint...
