Bab 18

7.1K 177 0
                                    

Erina dijaga dengan elok oleh Hairul. Dia tidak membenarkan Erina membuat kerja berat seperti mengangkat fail yang banyak. Kerja itu diserahkan kepada Lina.

"Hairul. Teman saya pergi minum air dekat bawah."
"Pergilah. Saya nak tidur ni."
"Hairul."
"Pergilah. Tak ada hantu pun."
Erina turun dari katil dan menuju ke dapur. Dia menurun satu per satu anak tangga dan tergelincir satu anak tangga. Erina terjatuh sehingga ke bawah.
"Argh!"
Dia meraung kesakitan. Cecair merah penuh di lantai.
"Hairul!"
Hairul terjaga dan terlihat Erina sudah berada di bawah dengan berlumuran darah.
"Macam mana boleh jatuh ni ya Allah."
"Hairul sakit."
"Sabar okey."

Erina dibawa ke hospital. Hairul cuba untuk menenangkan Erina.
"Maaf, encik. Sila tunggu di luar."
"Allahu, kalau aku teman dia tadi tak jadi semua ni."

Hairul tertidur di atas kerusi menunggu.
"Encik?"
Hairul terjaga dan membuka matanya sedikit.
"Erm ada apa ya?"
"Boleh ikut saya?"
"Boleh."

"Puan Erina mengalami keguguran. Saya harap encik tabah kerana kandungannya masih awal dan lemah. Encik perlu terima seadanya. Rezeki Allah itu luas. Semoga tabah dan saya nak mohon maaf dari pihak kami."
Hairul terus keluar dari bilik doktor itu dan menangis sepuas hatinya. Dia menyesal kerana tidak menemani isterinya.

Hairul masuk untuk melihat keadaan Erina. Erina kelihatan agak trauma dan murung.
"Erina."
"Kau pergi! Kau jangan datang dalam hidup aku! Kau tahu tak semua ni sebab kau!"
"I'm so sorry Erina."
"Don't talk to me. Get out!"
"Saya tak berniat nak tinggalkan awak pergi seorang diri. Awak kena terima ini ujian Allah."
"Kau diam Hairul. Aku dah tahu kehadiran kau tak pernah sikit pun bagi aku kebahagiaan! Leave me alone!"
"Erina."
"Lepaskan aku. Ceraikan aku. Aku tersiksa."
Kata-kata Erina itu menusuk tajam ke hati Hairul. Hairul terkejut dan dia terdiam kaku.
"Tunggu apa lagi? Lepas aku keluar dari hospital aku tak nak tengok muka kau. Aku dah benci kau."
"Astaghfirullah. Bawa mengucap Erina."
"Cukuplah ayat cinta kau yang semua lelaki boleh bagi dekat aku."
"Ingat balik apa kau cakap dekat aku hari ayah meninggal!"
Hairul terus keluar dari wad itu dan meninggalkan Erina dengan teka teki yang membuatkan Erina tertanya-tanya.
"Apa aku cakap?"

Andaiku TahuWhere stories live. Discover now