Bab 14

7.3K 192 0
                                    

"Erina sebelum aku balik, aku nak makanan siap atas meja."
"Kau ingat aku tukang gaji?"
"Kau nak buat ker tak?"
"Yalah! Aku buat!"
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Dia ni dah kenapa garang sangat?"
"Ehem."
"Mak kau!"
'Eh ingatkan dah pergi kerja. Tak guna punya Zirafah! Nak jer aku kerat seribu!'
"Apa lagi?"
"Ambilkan kot atas kerusi tu."
"Ish dah tahu nak pergi kerja tu ambillah siap-siap!"
Erina menghulur kot itu. Mata Hairul tertumpu pada mata Erina.
"Ambillah!"
Hairul mengambil kot itu. Dia terus menuju ke kereta dan meluncur laju ke tempat kerjanya.

"Nak masak apa ni? Aku tak tahu masak."
Erina memasukkan pelbagai ramuan ke dalam masakannya. Ada masakan yang diletaknya garam lebih dan ada yang diletaknya gula lebih.
"Hurm bau sedap. Rasa tu biarlah dia yang nilai."

"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
"Kau dah masak?"
"Dah."
Erina hanya berdiri di depan Hairul.
"Kau memang tak reti nak ambil beg dengan kot aku ker?"
"Oh kena ambil eh?"
"Yalah! Kau isteri aku."
"Ish manalah aku nak tahu."

Mereka duduk di meja makan untuk menjamu makan tengah hari.
"Jemputlah."
Hanya sesuap, Hairul meluahkan semula makanan yang disuapnya.
"Kau ni reti masak ker tidak? Kenapa masin sangat ni!"
"Minum air ni."
"Air apa ni? Manis macam kilang gula meletup!"
"Habis tu macam mana ni? Kau nak makan apa?"
"Kau siapkan diri kau. Kita makan dekat luar. Ni semua ni buanglah! Harap muka saja lawa, masak ke laut!"
Erina terasa dengan sindiran Hairul itu. Dia terus naik ke atas dan bersiap untuk pergi makan bersama Hairul.

"Jauhnya. Bila nak sampai?"
"Aku nak bawa kau pergi tempat yang boleh mewujudkan nostalgia kita balik."
"What? Kedai tu? Aku tak nak!"
"Aku punya kaki tekan minyak. Suka hati akulah nak bawa pergi mana pun."
"Aku tak nak jumpa bos."
"Eh jangan risau sebab bos yang akan jumpa kau haha."
"Zirafah!"
"Comot. Haha. Hurm."
"Apa?"
"Lapar."
"Maaflah aku bab masak memang ke lautan Hindi."
"Tahu."
"Macam mana boleh tahu?"
"Pegang tangan hari tu pun dah tahu jenis tak buat kerja rumah."
"Sampai ke tahap tu kau baca aku?"
"Orang kalau dah suka."
Erina terus memandang ke depan.

Andaiku TahuWhere stories live. Discover now