30. Declan Noblesse

Start from the beginning
                                    

Aduh! Declan menepuk dahinya. Nampak comel pula pengawas dihadapannya itu. Dia mengosok atas kepala Arabella. "Jangan bimbang. Aku akan jaga kau. Lepas ni, jangan bagi darah kau sesuka hati."

Wajah Arabella merona merah. Dia menolak kasar tangan Declan. lantas meninggalkan Declan.

"Apa salah aku kali ni?" Declan mengarukan kepalanya.

"Declan, kau buat lagi"

Declan menoleh. "Ivan"

Ivan tersenyum."Declan".

Declan popular dengan kenakalannya walaupun dia memiliki rupa namun perangainya amat nakal cukup untuk menjauhkan perempuan daripadanya.

"Maaflah, aku tak sekasanova kau" balas Declan. Ivan Royalize, Goldenic.

"Bukan kasanova tetapi budiman" Ivan membalas.

Ivan Royalize merangkap adik Arabella Royalize hanya muda setahun daripada Declan. Adik-beradik yang cemerlang kalau Declan perlu terangkan, jika si kakak Pengawas, si adik pula ahli majlis pelajar Yellowish dan setentunya akademik tidak seteruk dia.

"Biarlah, aku malas nak faham." Declan mengalah, malas berfikir lagi.

+_=

Declan dan Ivan bersantai di bilik waris Featherave Declan. Ivan juga mempunyai keistimewaan itu sebaik sahaja Declan mengesahkan dan membenarkan asses pada Royalize sebelum masanya. Dan seperti yang sekian maklum, Goldsilv cuma akan ada 4 pewaris kuasa dan oleh itu 4 buah bilik waris sememang telah lama wujud.

Declan membelek buku-buku di rak biliknya. Sebagai pewaris sulung, dia pemegang jurnal nenek moyangnya. "Hari ni kita belajar pasal..."

Ivan menggeleng. "Hari ni saya nak tahu pasal ayah saya"

Declan terdiam. "Jurnal ayah kau?"

"Tiada klu yang kukuh, cuma ayah tulis dia diperhati"

Declan menarik salah satu Jurnal milik moyang mereka, seraya buku itu dilempar di hadapan Ivan. Jurnal itu terapung di udara. Declan memetik jarinya, buku itu terbuka sendiri dan cahaya keluar dari buku itu memaparkan sebaris ayat.

...Ku beri nyawa ku kepada mu sebagai ganti setiap nyawa keturunan ku yang diragut, wujudnya tiada jejak...

"Ini perjanjian antara Sophiel Goldsilv dan penjaga masa. Ini lah perjanjian yang menghapus Goldsilv dari sejarah." Ujar Declan. "Sehebat mana pun satu keturunan, ia pasti ada kelemahan."

"Setiap generasi ada empat pewaris?" Ivan meneka.

"Jika dibandingkan dengan keluarga hebat yang lain, itu antara kelebihan kita. Keluarga lain limitasi pewarisnya cuma satu untuk satu generasi."

Ivan tidak mengerti.

"Kelemahan keturunan kita terletak pada ini" Declan menunjukkan matanya. Mata Goldenicnya telah mencapai tahap matang, serpihan emasnya telah bercantum membentuk simbol.

"Kita satu-satunya keturunan yang kuasanya boleh diragut." Declan menutup Jurnal Sophiel. Teringat pesan ayahnya, itulah alasan kenapa kuasa miliknya tidak boleh diketahui sesiapa.

"Keluarga kita diburu, dibunuh. Perjanjian itu dibuat, agar pembunuh keluarga kita tidak dapat menyambung pemburuannya tetapi terpaksa bermula dari kosong. Walaupun hakikatnya dia pada mulanya memiliki semua maklumat tentang kita."

Ivan tertunduk. "Ayah cuma dalam memori kami, selain kami tiada siapa kenal ayah walaupun kenalan rapat ibu." Matanya berkaca. "Sebab ayah dibunuh, kewujudannya dipadam dari memori orang yang mengenalinya. Mati tidak dipinta, terseksa, pergi tiada jejak, kejam."

"Ini untuk melindungi keluarga kita."

Ayahnya menceritakan bagaimana dia mengetahui kepergian ayah Ivan. Ayahnya bertemu dengan kawan-kawan rapat, duduk minum bersama, berseloroh, bila ayahnya bercerita kisah lucu dia dengan Royalize, kawannya bertanya siapa Royalize sedangkan mereka juga berkawan dengan Royalize. Peritnya mengetahui berita melalui situasi ini.

"Miho, keluarga yang dikenali sebagai musang berekor sembilan. Kuasanya hebat, begitu jua kelemahannya. Nyawanya terletak pada objek rapuh, mutiara kaca. Pernah bertemu, berunding agar nyawa dipindahkan ke tubuh. Namun pertukarannya tidak adil, Goldsilv menidakkan kerana tiada kemampuan tetapi Miho enggan menerima hakikat, bersumpah Goldsilv terhapus dari dunia."

Jelas Declan. Setiap jurnal nenek moyang pasti tersebut nama keluarga itu. Sebagai pengingatan yang jelas.

"Darkline, keluarga yang tercemar dengan kejahatan. Kuasa telah membutakannya."

Declan menepuk bahu Ivan. Kesiannya pada saudara yang tidak lagi berbapa...

+_=

Daniel menutup Jurnal Declan. Malangnya keturunannya.

Api. mayat. ayah. ibu. kejam.

"Daniel..." Daniel tersentak, dia sedar dari memorinya. Terasa pipinya basah dek air mata. Pantas dia menghapuskan.

"Bukankah kau terlalu mudah memakai fasiliti Goldsilv umpama kau sebahagian daripadanya." tegur Daniel. Justin tidak berkata apa sekadar berdiam.

"Kau goldsilv walaupun bukan pada keturunan. Aku tahu dari siapa kau dapat" Daniel merenung Justin, "Persoalannya, kenapa?"

Justin terus membisu. Daniel beremosi malam itu.

Daniel bertemu dengan Justin apabila Justin memasuki Featherave. Justin selalu mengekorinya, pada mulanya dia menyangka Justin cuma mengaguminya sehinggalah Justin menikamnya dan menghisap darahnya. Dia boleh sahaja menepis serangan Justin tetapi mata Justin yang bersinar dengan serpihan emas dan perak mengkakukannya, dia terlalu terkejut dengan fakta itu.

Bila dia mengarahkan Justin berundur. Justin berundur, menunjukkan ikatan tuan-hamba terbentuk.

Dia soal siasat Justin namun tiada satu pun maklumat dia dapati. Justin yatim-piatu yang tinggal di rumah kebajikan vampire di dunia magik, menyambung pelajaran di Featherave dibawah program bantuan pelajar terasing. Dia tahu justin tidak menipunya, arahan daripadanya adalah mutlak.

"Ada apa kau datang ke mari?" soal Daniel.

"Tentang serangan hari tu dan serangan tahun lepas." ujar Justin.

Daniel termangu, dia menyentuh dagunya kemudian bibirnya. matanya menunduk kebawah. "Tahun lepas?" tidak pasti apa yang dimaksudkan Justin.

"Bloodywolf"


ROYALIZEWhere stories live. Discover now