Prolog

62.3K 1.4K 7
                                    

"Citttt!!"

Naura menekan kuat brek dengan kakinya. Kereta di hadapannya dipandang. Pantas dia beristighfar di dalam hati. Kelihatan seorang lelaki yang berpakaian pejabat keluar dari kereta mewahnya.

'Handsomenya,' getus hati perempuan Naura.

Naura keluar dari keretanya. Perlahan-lahan dia mendekati lelaki itu. Kini dia menyesal memandu kereta kawannya tanpa kebenaran . Ada hikmah rupanya! Lelaki itu ralit memerhatikan kesan calar di keretanya. Dipandangnya muka Naura dan keretanya silih-berganti. Niatnya hendak ke pejabat, dilupakan. Perempuan ini lebih menarik daripada kertas-kertas kerja yang menunggu di pejabat minta ditandatangan.

"Tengok apa yang kau dah buat pada kereta aku. Aku tak nak kau cakap banyak. Sekarang ni aku nak kau bayar ganti rugi," Mata lelaki itu mencerlung tajam memandang Naura yang manis berbaju kurung itu.

"Encik,saya mana ada duit nak bayar. Tolong encik,maaf kan saya,"

Dalam diam hati lelakinya terusik mendengar suara comel gadis di hadapannya.

"Ya Allah ,Naura! Lamanya Mak Tih tak jumpa kamu" Entah dari mana seorang perempuan dalam lingkungan 50 an memeluk Naura. Naura terkaku di situ.

"Siapa lelaki handsome ni? Suami Naura ke? Maklum lah,Mak Tih tak dapat hadir majlis perkahwinan kamu hari tu," Sambung perempuan itu lagi.

"A'ah ,Mak Tih. Ni suami saya," kata Naura perlahan. Mata lelaki itu membuntang. Naura terpaksa. Dia tidak mahu Mak Tih tahu perkara yang disimpan rapi olehnya. Lelaki itu juga terkelu. Tidak pula dia rasa ingin membantah kata-kata gadis itu.

Kisah Aku Dan Dia! ✔Where stories live. Discover now