We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.

1: Kawan

3 0 0
                                        

Suasana hiruk-pikuk ibu kota. Deruan bunyi enjin kenderaan dan riuh suara orang-orang berjual di sepanjang Jalan Petaling bukanlah suatu perkara yang asing lagi buat warga Millennium ini. Kuala Lumpur sebuah bandar yang tidak pernah tidur. Bandar yang dipenuhi dengan pelbagai bangsa dari seantero alam bertaruh nasib untuk bertahan hidup. Tempat mencari rezeki dan bersuka bagi sesiapa yang menginginkan suasana teknologi ditemani skrin besar di persimpangan Pavilion Kuala Lumpur.

"Adik nak beli bunga ?" tanya seorang wanita Cina separuh abad yang tersenyum lebar menyambut pelanggannya.

"Ya, aunty saya nak bunga Ros ni dalam 7 tangkai." balas Yusuf sambil menunjukan kepada bunga ros merah yang berada di dalam pasu bunga itu.

"Wah, ada mau beri sama girlfriend kah ? "
Wanita Cina itu bersapa untuk bermesra dengan pelanggannya yang berusia awal 20-an itu.

"Takdalah Aunty, ada nak bagi kawan" jawab pemuda itu ringkas.

Selesai membuat bayaran dan beredar keluar dari kedai Bunga Lee, pemuda itu terus melangkah laju menuju ke arah stesen LRT yang terdekat. Stesen Pasar seni, atau dalam bahasa Inggeris Central Market .

"Ahh, aku sudah terlambat !"
Pemuda itu bergegas menahan teksi di persimpangan jalan dan menaikinya.

"Pakcik ! Kita pergi ke Jalan Saint John. Lekas, pak cik!"

Suaranya sedikit tinggi meminta pemandu teksi itu membawanya ke destinasi yang ingin dituju. Tidak sempat pemandu itu ingin bersapa mesra sebelum memulakan perjalanan. Pemuda itu nampak gelisah umpama cacing kepanasan. Wajahnya berpeluh meskipun pendingin hawa terpasang dengan kekuatan maksimum. Tali lehernya dilonggarkan. Butang di lengan dibuka dan lengan baju kemeja putihnya dilipat sehingga siku.

Pemandu yang melihatnya melalui cermin pandang belakang mula berasa tidak senang hati dengan gelagat pemuda itu yang kelihatan seperti dalam kegelisahan.

"Nak, kamu dari mana ? Pakcik lihat kamu ini seperti ada masalah ? Kamu ingin segera sampai ?"

Pemandu itu memulakan bicaranya setelah hampir 5 minit memulakan pemanduan ke destinasi yang disebutkan pemuda itu ditemani deruan Tatar yang laju berputar di atas jalan raya 3 lorong itu. Di belakang tempat duduk pemandu dipaparkan lesen dan nama pemandu teksi sebagai perakuan dan kebenaran memandu teksi.

"Ayyub bin Ismail"
Bisik pemuda itu sendiri membaca kad perakuan pemandu teksi itu sebelum memberi respon kepada soalannya. Diamnya agak lama.

"Pakcik, maafkan saya. Saya sebenarnya sudah terlewat untuk bertemu kawan saya. Saya kelam kabut sedikit kerana perlu kejar masa."

Pemuda mnejawab pertanyaan sambil mengukir senyuman di wajahnya menzahirkan kemesraan sebagai lambang kesantunan orang muda kepada orang yang lebih tua.

"Oh, begitu! Jika begitu nak. Pak cik tahu jalan yang lebih cepat untuk sampai ke tempat kamu itu. Cuma agak jauh sedikit. Jalan itu memang lengang waktu pejabat begini. Mahukah kamu ikut jalan itu ?"

Pemandu itu bertanya untuk mendapatkan kepastian. Pandangannya kerap melihat kepada pemuda itu melalui cermin pandang belakang teksi Proton Saga berwarna merah putih itu.

"Boleh pakcik, saya tidak kisah. Janji dapat sampai cepat. Tolong ya, pak cik"

Suaranya sedikit merayu, seakan pertemuan dengan kawannya itu tidak dapat lagi ditangguhkan. Perasaan kasih pemuda itu kepada kawannya sangat tinggi sehingga tidak merasa beban jika perlu membayar tambang yang tinggi untuk sampai ke destinasi.

Setibanya di lokasi, pemandu tergamam. Ramai orang berpakaian hitam seolah-olah ada acara berkabung. Deretan kereta mewah memenuhi kiri dan kanan bahu jalan Saint John.

"Sudah sampai nak"
"Berapa ya pak cik ?"
"10 ringgit sahaja" pemandu itu tersenyum.

Pemuda itu mengeluarkan wang kertas bernilai RM 100 daripada dompet dan terus menghulurkannya tanpa panjang bicara.

"Ini ya pak cik. Boleh pak cik tunggu dalam 20 minit. Saya akan datang balik untuk pak cik hantar saya pulang."

"Baiklah nak" pemandu itu membalas ringkas.

Pemuda itu melangkah keluar dari teksi sebaik sahaja mengemaskan kembali pakaiannya. Seluar panjang berwarna hitam, kasut kulit berwarna hitam berkilat, tali leher kosong berwarna hitam dan kemeja putih berlengan panjang. Di tanganya sejambak bunga ros yang telah digubah daripada 7 tangkai bunga ros yang dibelinya sewaktu di kedai bunga Lee.

Langkahnya kecil namun pantas menuju ke pintu utama Gereja Saint John yang tersergam indah. Seni bina yang ringkas dan menerapkan ciri-ciri arkitektur gaya barat ketika abad ke-15 di Eropah.

Ali menarik nafas yang dalam sebelum menghembuskan kembali bagi menenangkan dirinya. Tertera di sebuah papan tanda bersaiz sederhana di tepi pintu masuk.

Belangsungkawa
Jane Christine Louis
23/7/2004 - 29/8/2024

"Tidak sangka kau pergi secepat itu. Aku masih ingat ketika kita masih berada di sekolah rendah bermain bersama. Di sekolah menengah kita belajar dan mengulangkaji pelajaran bersama. Begitu indah saat yang telah berlalu..."

Ali merenung potret wajah Christine yang terpapar di papan tanda itu. Keindahan wajahnya cukup memukau sesiapa sahaja yang memandang. Rambutnya yang lurus dan lebat. Wajahnya yang putih, matanya yang jernih, irisnya yang berwarna biru, serta senyumannya yang manis bak madu.

Ali masuk dan mula mengambil tempat duduk di kerusi bahagian belakang dewan besar gereja Saint John.

Ramai tokoh-tokoh korporat dan ahli perniagaan menghadiri majlis perkabungan pada hari itu. Semuanya lengkap berpakaian sut hitam lengkap. Kelihatan tokoh-tokoh penting seperti Sir William, Datuk Johan, Datuk China, Tan Sri Rajesh, Dato' James, Dr. Haliza, Profesor Kutambu dan yang paling menonjol Tan Sri Izhar.

"Ali, kamu buat apa di sini ? Kamu seorang sahaja ?"
Seorang wanita berbangsa Eropah menyapa Ali. Umurnya lewat 40-an. Rambutnya perang dan irisnya berwarna biru.

"Mak Cik, maafkan saya kalau kehadiran saya tidak dimaklumkan. Saya baru sahaja dapat berita ini dan bergegas sebelum majlis pengebumian berlangsung"

"Tidak mengapa Ali. Kamu datang pun sudah cukup baik. Keranda akak diangkat sebentar lagi. Bolehlah kamu berjumpa Christine kalau mahu..."

Suara Puan Isabelle menahan sebak namun air mukanya tetap tenang dan tersenyum di hadapan Ali. Seorang pemuda yang sudah berkawan dengan satu-satunya anak perempuan pasangan Puan Isabelle dan Tuan Louis.

Ali mengangguk dan terus melangkah menuju pentas utama gereja di mana keranda Christine terletak. Bahagian atas keranda masih dibuka untuk tatapan dan penghormatan terakhir buat sekalian yang hadir.

Gaun putih dan rambut diikat kemas dengan reben hitam. Sekujur tubuh gadis awal 20-an terbaring di dalam keranda kayu yang mewah. Diam membisu dan tidak mampu berkata-kata. Wajah secantik ini dan di usia semuda ini. Tuhan lebih sayangkan dirinya.

Ali merenung wajah mendiang Chirtsine dan mula berkata-kata,

"Christine, saya minta maaf kalau selama ini saya tak mampu nak berikan apa yang awak nak. Saya minta maaf kalau selama ini saya kurang peka terhadap apa yang awak alami. Selepas tamat sekolah, saya ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Ketika itu saya masih ingat pesanan awak ketika saat terakhir kita di bertentang mata di balai pelepasan. Christine, kenapa terlalu awal awal pergi ? Kenapa ? Kenapa ?"

Air mata mula mengalir membasahi misai tipis Ali sebaik sahaja selesai mengatur kata-kata terakhir. Menahan sebak di dada, Ali meletakkan jambangan 7 tangkai bunga ros di atas keranda Christine.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 28, 2025 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dua DimensiStories to obsess over. Discover now