Jam di tangan aku kerling sekilas sebelum aku memandang pula lautan di sebalik pintu kaca bilik aku.
Sekarang ini aku berada di Maldives. Saja nak tenangkan fikiran daripada semua masalah yang aku hadap. Aku pun tak tahu masalah apa yang berat sangat sampai aku boleh terfikir nak healing ke luar negara.
Tapi tak salahkan aku nak reward myself juga. Duit hasil daripada gaji aku, aku simpan jadi pekasam dalam bank. Lama-lama busuk. Jadi lebih baik aku gunakan sikit untuk diri sendiri. Lagipun, siapa lagi untuk aku berbelanja. Keluarga aku pun tidak ada. Kadang aku sedekahkan kepada mereka yang memerlukan.
Bukan sengaja aku nak riak. Tapi kalau dah ada rezeki lebih, kita kongsi bersama.
Aku bangun dari atas katil sebelum aku capai tuala yang ada untuk membersihkan diri. Sekejap lagi aku pelan nak keluar bersiar-siar. Buat apa healing sampai luar negara tapi terperuk dalam bilik aje. Baik aku healing sebelah sangkar kucing jiran aku saja. Free lagi.
Usai selesai mandi, aku pakai pakaian ringkas. Hanya sekadar mengenakan t shirt longgar bewarna biru laut serta pants putih. Rambut pula aku ikat ponytail style. Disebabkan aku nak pakai cap, rambut aku selitkan ke dalam cap itu. Baru kena dengan imej aku. Tomboy.
Aku tilik wajahku di cermin. Tolong jangan salah faham, aku bukannya nak bermakeup, cuma untuk pastikan wajah aku benar-benar bersih. Mana tahu ada bulu hidung terkeluar ke.
Aku bukanlah sejenis yang suka bermakeup. Skincare aku pun ke laut, inikan nak makeup. Muka aku ditampal dengan sunscreen semata-mata. Sekasar-kasar aku pun, aku tetap seorang perempuan. Jadi aku tak naklah kulit aku terbakar. Itu pun dah cukup bagus.
Selesai saja bersiap, aku bergegas keluar. Risau nanti tak sempat nak cuci mata, tup tup dah gelap. Inilah masanya aku nak menghabiskan duit aku.
Pintu bilik aku kunci sebelum aku menuju ke tempat sasaran aku. Shopping street.
Sampai saja ke destinasi, aku terlopong luas. Banyak betul barangan yang dijual. Ada beg, hat, baju dan macam-macamlah. Semuanya nampak simple-simple saja, tapi itu pun dah cukup menarik perhatian aku. Memang taste aku betul!
Aku belek-belek dulu barangan di setiap gerai. Nak beli, kenalah cari yang berkualiti kan. Barulah tak sia-sia duit aku melayang. Kedai jualan topi pula menjadi sasaran aku. Fuhh.. menggugat iman akulah.
Benda yang paling aku minat adalah cap! Kemana-mana saja mesti kepala aku ditutup dengan cap. Dekat rumah tak usah dikata, wardrobe aku memang penuh dengan koleksi cap. Dah nak buat macam mana, kalau itu sudah menjadi obses, mahal setara mana pun aku tetap akan beli.
Cap bewarna putih aku capai. Uishh! Design dia mantap! Aku tersengih lebar. Cepat-cepat aku dapatkan cashier. Barang mantap kena grab dulu sebelum ada orang lain rembat. Seketika aku berlari anak, tiba-tiba bahu aku dilanggar seseorang.
Bukk!
"Arghh!" Terlepas cap itu dari tangan aku. Boleh tahan sakit juga.
"Sorry, bro.." Dengar ayat itu terluah, aku dongak ingin melihat gerangan orang itu.
Sakit di bahu ini memanglah sakit, tapi lagi sakit bila dia panggil aku bro!
Hey, are you kidding me?
Perempuan kecil molek putih macam aku ni dipanggil bro? Memanglah dari segi pakaian, jeling saja nampak macam seorang lelaki. Tapi kalau dah sedekat ini pun dikatakan lelaki, buta agaknya mamat ini.
"Ex.." Baru aku nak buka mulut, dia dah lari tinggalkan aku. Wah.. itu saja maafnya? Macam tak ikhlas saja bunyinya.
Tapi aku biarkan saja. Dari wajah lelaki itu, ada sikit riak kerisauan. Entah apa masalahnya. Masalah negara kut.
Aku angkat bahu, tak mahu fikirkan lagi. Pada masa yang sama, aku berharap sangat, aku tak akan jumpa dengan lelaki itu lagi, ataupun sama spesies dengannya. Perempuan dikatanya lelaki!
Kalau aku jumpa, memang aku hempuk cukup-cukup dengan segala teknik yang aku ada. Tapi harapnya tidaklah.
Puas berjalan-jalan, aku putuskan untuk pulang ke bilik saja. Makan pun dalam bilik sajalah. Malas aku mahu keluar.
To be continue
YOU ARE READING
HIDDEN TRUTHS [OG]
RomanceKehidupannya menjadi tanda tanya. Siapakah dia? Siapa ibu bapanya? Semuanya menjadi persoalan. Adakah dia keluar dari hasil yang haram di sisi undang-undang Tuhan? "Ibu dekat mana sekarang ye? Janna rindu ibu. Janna teringin nak jumpa ibu." - Jannat...
![HIDDEN TRUTHS [OG]](https://img.wattpad.com/cover/371189578-64-k669315.jpg)