B A B 4 9

3.2K 261 22
                                    

Fajar yang baru sahaja menyinsing dan ketika Bunga Anggerik Nathalia perlahan-lahan membuka mata. Berusaha untuk mencerna situasinya sekarang ini. Ia melihat sekeliling dan kedua matanya jatuh kepada seorang jejaka yang sedang tidur dengan lena.

Ia amati raut wajah yang kelihatan lelah itu sedang enak terbuai mimpi. Manakala dia pula, perlahan-lahan bangun untuk mengambil minuman yang berada di sisi katil. Dia tidak ingin mengejutkan sang suami. Kasihan. Namun, ketika dia cuba untuk mencapai gelas itu.

Prang! tiba-tiba sahaja gelas itu jatuh di atas lantai. Hal itu membuatkan Shazrin Ammar terkejut lalu terbangun dari tidur. Manakala, Bunga Anggerik Nathalia pula kaku di situ.

"Kesayangan?" lembut sahaja suara itu memanggil sang isteri.

Kalut sang suami bangun dan memeriksa seluruh badan si isteri. Takut-takut ada luka. Namun ia lega ketika tiada sebarang kecederaan yang di alami. Hanya kaca sahaja yang bertaburan di atas lantai.

"Saya... Dahaga." Jawab Anggerik pula serba salah.

"Kenapa tak kejut abang, kesayangan? kejap abang ambilkan." Kata Shazrin Ammar pula dengan lembut.

Dia bangun dan mengambil gelas baru lalu ia tuang air kosong dan hulurkan kepada sang isteri. Tanpa banyak bicara Anggerik meneguk agar hilang dahaga. Usai itu, dia memberikannya semula kepada suaminya.

"Saya nak ibu dengan mama." Kata Bunga Anggerik dengan tiba-tiba.

Shazrin Ammar pula mengangguk. Ia mengambil tempat di sebelah isterinya. Alang-alang isteri kesayangannya sudah bangun. Mengapa tidak ia memujuknya agar menjamah sedikit bubur yang ia beli semalam. Untunglah di dalam ward ini mempunyai dapur mini. Senang untuk panaskan apa sahaja termasuk bubur.

"Ya kesayangan abang. Kejap lagi, ibu dengan mama sampai. Tapi,sekarang kesayangan kena makan dulu. Okay?" Pujuk Shazrin Ammar seraya mengusap lembut pipi isterinya.

Bunga Anggerik Nathalia menepis sedikit lalu ia tatap wajah suaminya dalam-dalam. Tatapan beku yang menyimpan sesuatu.

"Fatimah datang tak? saya nak anak saya juga. Kalau Alexander culik dia macam mana? dia anak saya, saya risau. Dia bukan darah daging abang pun." Kata Anggerik lagi risau.

Shazrin Ammar menarik nafas. Kepala isterinya ia bawa di dada. Ia mengelus lembut pipi itu. Agar isterinya tidak resah.

"Fatimah Zahra anak kita. Tak ada orang boleh ubah itu. Walaupun, bapa kandung dia tengah cari dia sekalipun.
Dia tetap anak kita. Bukan kesayangan
seorang. I'm so sorry because make you
feel bad. Last chance, I'm promise I fix
everything. Please..." Katanya pula.

"Lagipun kesayangan, Alexander memang tak ada hak di atas Fatimah. Dia tak boleh mengaku itu darah dagingnya sebab Fatimah... Fatimah bukan anak sah taraf. Abang... Minta maaf kalau kata-kata abang buat kesayangan terasa. Tapi, itulah kebenarannya. Alexander tak ada hak ke atas Fatimah Zahra." Katanya lagi dengan suara yang lembut.

Bunga Anggerik Nathalia senyum tawar. Ia berasa sedikit lega. Namun, sedih juga bercampur. Kerana kesilapannya, Fatimah Zahra yang terpaksa menanggung semua itu. Andai sahaja, waktu dapat ia putarkan. Ia tidak akan sesekali menyerahkan dirinya kepada lelaki tidak guna seperti Alexander Rayyan.

"Saya rindu baba, umi dengan abang. Saya nak balik rumah ibu dengan anak saya. Saya minta maaf sebab susahkan
abang." Kata Bunga Anggerik pula.

Shazrin Ammar mengelengkan kepala. Ia memandang sang isteri bersama senyuman manis. Bunga Anggerik Nathalia bukan suatu beban tetapi anugerah untuk dia.

"Tak, kesayangan abang tak pernah
susahkan abang. Jangan hukum abang
macam ini sayang." Kata Shazrin pula separuh merayu.

"Saya dah hancurkan keluarga abang sekali lagi. Saya minta maaf." Ucap Bunga Anggerik Nathalia lalu ia usap lembut pipi sang suami.

SYARAT BAHAGIA | CWhere stories live. Discover now