BAB 10 | Multitarian

23 5 20
                                    

“A lie gets halfway around the world before the truth has a chance to get its pants on.” – Winston Churchill



KEMATIAN demi kematian yang berlaku kepada pelajar-pelajar kelas 4A telah menjadi perbualan dari mulut ke mulut. Kelas 4A yang sememangnya dijauhi oleh pelajar kelas lain, semakin diperbesarkan jaraknya. Ramai pelajar mahupun guru-guru mulai takut akan kelas mereka. Sebut pasal kelas itu sahaja pun sudah membuatkan bulu roma mencanak naik, inikan pula menjejakkan kaki dan berbual kosong bersama pelajarnya.

     Lagi seminggu aktiviti perkampungan bakal diadakan. Ramai yang ternanti-nanti, namun ramai juga yang mula membuat bantahan. Berita mengenai kelas 4A turut terlibat dalam aktiviti tersebut, membuatkan pelajar-pelajar lain bersepakat membuat bantahan. Mereka membantah dan meminta Cikgu Baharom untuk menarik semula cadangan beliau.

     Mata Mike melingas sekeliling kelas 4A. Cermin tingkap kelas mereka sudah dibaluti dengan plastik hitam. Tiada sedikit cahaya pun yang dibenarkan masuk ke dalam kelas tersebut. Pintu kelas mereka pula sentiasa bertutup dan berkunci. Tidak mahu sesiapa daripada luar untuk masuk ke dalam. Cuma Cikgu Idah sahaja yang dibenarkan masuk, memandang cikgu wanita itu adalah salah seorang 4A.

     Mike memandang pula satu persatu wajah rakan-rakannya di situ. Bilangan pelajar kelas 4A semakin berkurangan. Daripada 36 orang pelajar, kini yang tinggal hanya 33 orang setelah tiga orang menjadi mangsa kematian. Mike menoleh memandang Fara di sebelah. Perbincangan diteruskan semula.

     "Kita jumpa petang ni." Fara berkata menyimpulkan perbincangan mereka yang terjeda sebentar tadi. Aun, Mike, Ana dan Rey mengangguk serentak.

     "Buku peraturan lama! Buku tu ada jawapannya! Ya, buku tu!" Tuah mulai ketawa histeria. Bahu Ana dilepaskan. Semua mata memandang Tuah dengan pandangan pelik. Tuah kelihatan tidak siuman ketika itu. Sekejap dia ketawa, sekejap dia menangis.

     "Aku dah ingat! Buku tu disimpan di stor bumbung sekolah! Cari jawapannya, cari!"

     Ana pejam mata. Masih terasa pegangan erat Tuah di kedua belah bahunya pada ketika itu. Tuah mencengkam kuat kulit bahu gadis itu sehingga meninggalkan bekas merah sampai ke hari ini. Perlahan-lahan, tangan Ana naik menyentuh bahunya sendiri.

     Sementara itu di bilik guru, Cikgu Idah sudah merasa tekanannya. Cuma dia seorang sahaja di bilik guru itu, namun dadanya tetap terasa sesak seolah-olah oksigen yang tersisa di bilik itu sudah habis disedut oleh guru-guru lain sebelum mereka keluar. Cikgu Idah mengurus pelipis.

     Kematian demi kematian yang berlaku ke atas anak didiknya, membuatkan Cikgu Idah terlalu terbeban memandangkan dia adalah guru kelas. Ketika pertama kali dia menerima tugasan menjadi guru kelas, wanita itu langsung tidak dapat menyembunyikan kegembiraan. Tapi, kegembiraan wanita itu direntap hebat sebaik sahaja dia mendapat tahu bahawa kelas yang berada dalam jagaannya adalah kelas penuh malapetaka itu.









SEBAIK sahaja waktu persekolahan tamat pada hari itu, mereka berlima bergegas naik ke atas. Sesampainya mereka di atas bumbung sekolah, Mike dan Rey tidak menunggu lama. Mereka terus berlari menuju ke bilik stor yang terletak di hujung sekali. Tombol pintu dipulas perlahan.

     "Tak berkunci." Ujar Mike lantas membuka pintu. Debu-debu berterbangan keluar memasuki ruang pernafasan masing-masing. Segera, mereka menutup hidung.

     Mata masing-masing meliar memandang sekeliling bilik stor yang sudah lama tidak digunakan itu. Mereka mula terfikir, macam mana bilik stor lama ini menjadi tempat buku peraturan itu disimpan?

     Mike dan Fara memilih untuk menyelongkar kabinet berhampiran dengan sebuah jendela. Rey dan Aun pula menyelongkar almari fail, manakala Ana memilih timbunan kotak-kotak. Langsung tidak dihiraukan debu dan habuk yang terbang bebas di sekeliling. Mereka hanya fikirkan tentang buku itu sahaja. Buku itu punya jawapannya.

Thriller: ANOTHERWhere stories live. Discover now