B A B 4 7

4K 292 18
                                    

Di atas bangunan 18 tingkat yang menjulang tinggi. Angin menderu kencang seakan-akan meratap dalam keheningan malam. Seorang lelaki berdiri di tepi. Ia memandang ke bawah dengan putus asa. Tidak mampu untuk menanggung rasa sakit di hati.

Di seberang bumbung pula, Bunga Anggerik Nathalia dan Shazrin Ammar muncul bersama nafas yang tercungap-cungap. Mereka berdua ingin mencegah sebelum terlambat. Untunglah, mereka datang di tepat waktu.

"Fiq, jangan buat kerja sia-sia!" jerit Shazrin Ammar ingin mendekat.

Namun, kata-katanya di balas oleh si adik bersama tawa sinis. "Selangkah abang datang. Fiq terjun!"

Shazrin Ammar meneguk liur kasar. Dari gaya Shafiq. Adiknya itu tidak main-main.

"Terjunlah sekarang, setakat tingkat 18 ni, paling-paling kau koma je. Tak pun, cacat." Kata Bunga Anggerik Nathalia dengan selamba.

Riak wajahnya sangat biasa. Tidak terkesan langsung dengan ugutan adik iparnya.

"Kau tengah cabar aku ke Anggerik? sedarlah sikit, semua ni berpunca dari kaulah! sebab kau Afrin tinggalkan aku."
Kata Shafiq Ammar geram.

Bunga Anggerik Nathalia senyum sinis. Dia punca?

"Aku tak cabar kau. Tapi, aku bagi dorongan untuk kau terus bunuh diri. Silakan terjun sekarang." Jawab Anggerik tanpa rasa bersalah.

Dia ingin melihat sejauh mana keberanian seorang Shafiq Ammar. Tercabarkah egonya atau sebaliknya?

"Kesayangan abang, bukan macam ini caranya kalau nak menegur. Jangan cabar-cabar orang kesayangan, please."
Kata Shazrin Ammar pula seraya memandang sang isteri.

"Abang diam. Kalau abang,tak boleh ajar dia beradab. Biar Anggerik yang ajar.
Kau nak terjun sangatkan? Terjunlah!" Ucapnya geram.

Namun, refleksi daripada kata-kata Anggerik. Tanpa sedar, Shazrin Ammar menarik kasar pergelangan isterinya lalu di tatap mata itu dengan tajam.

Dia marah. Sangat.

"Cukup Bunga Anggerik Nathalia! Shafiq adik abang. I always choose him first
than you! jangan sampai abang tampar Anggerik dekat sini." Kata Shazrin pula menahan marah.

Dia tidak pernah meninggikan suaranya kepada Anggerik walaupun sekali. Hanya sahaja, malam ini kelakukan isterinya seakan melampaui batas.

"Faham. Anggerik dah faham kedudukan Anggerik dalam hati abang. Aku tak baik mana Shafiq, tapi aku cuba. Selalu cuba untuk berubah. Bukan selalu salahkan orang lain, atas setiap perkara yang berlaku. Dan, sebab kau juga aku tahu bahawa di hati suami aku takkan pernah ada ruang istimewa untuk aku sebagai isteri." Kata Bunga Anggerik Nathalia lalu ia meleraikan pegangan sang suami dan berjalan keluar dari bangunan itu.

Kecewa? mungkin. Kerana, suaminya selalu membela si adik yang sudah terang-terangan salah.

"Turun Fiq." Keras suara itu berkata.

Setelah itu, secara perlahan-lahan Shafiq Ammar turun dari situ dan melangkah lemah ke arah si abang.

"Fiq, minta maaf." Ucapnya sambil kepalanya di tundukkan serba salah.

Shazrin Ammar pula tidak berkata banyak. Ia, menarik tangan si adik lalu keluar dari situ dengan perasaan kecewa.

Kecewa kerana sikap sang isteri dan adik. Dua-dua dia sayang. Tanpa sedar, ada keluhan kecil terbit dari bibir sang abang.

"Jangan pernah buat kerja bodoh ini lagi." Kata Shazrin lagi dan mereka bertiga pulang ke rumah tanpa sepatah kata.

Dua minggu usia pernikahan mereka. Namun, masing-masing seakan orang asing setelah kejadian itu berlaku. Shazrin Ammar baru sahaja turun dari bilik dan tanpa sengaja ia mendengar perbualan isterinya bersama seseorang.

SYARAT BAHAGIA | CWhere stories live. Discover now