B A B 4 6

4K 260 14
                                    

Kebahagiaan itu seperti sinar bulan yang menyentuh hati kita dengan kehangatan lembut. Ia juga bisa di gambarkan ketika senyuman yang muncul tanpa sebab dan bebas dari sebarang beban. Namun, persolannya bahagiakah dia jika terus-terusan di sakiti oleh seorang insan yang amat ia cintai?

Di tengah malam itu, Afrin Baheera berdiri di balkoni ruang tamu. Wajahnya terangkat ke langit yang di hiasi dengan taburan bintang-bintang yang berkelip indah. Di tambah pula dengan pancaran bulan penuh yang begitu indah.

Dalam fikirannya, dia menyelami lautan emosi gelap sekaligus mencari jawapan untuk setiap persoalan di akal fikiran. Dan, angin sepoi-sepoi bahasa mengusap lembut rambutnya seolah berbisik menyampaikan sesuatu jawapan untuknya yang sedang resah.

Keluhan itu cukup untuk membuatkan Shafiq Ammar yang berada di sebelahnya menatap dia dengan tanda tanya. Bahkan, kehadiran jejaka itu juga langsung dia tidak sedar.

"Fiq." Berat suara Afrin memanggil jejaka yang berada di sebelahnya.

Nafas di tarik lalu ia hembuskan perlahan-lahan. Di pandang lelaki yang paling dia cintai bersama senyuman tawar.

"Fiq, kita jumpa di mahkamah untuk sahkan penceraian ini." Kata Afrin Baheera lagi dengan serius.

"Kenapa tiba-tiba?" soal Shafiq Ammar kebigungan.

Afrin Baheera pula melempar senyum sebelum menjawab pertanyaan daripada Shafiq Ammar.

"Saya penat. Saya nak tamatkan pernikahan ini. Boleh ya Fiq?" Afrin menatapa wajah itu dengan pandangan redup.

Sepasang mata itu bisa di lihat jelas ia sedang terluka.

"Sayang, saya minta maaf. Saya tak nak berpisah dengan awak." Kata Shafiq pula.

Kedua tangan wanita itu ingin di raih. Namun, Afrin Baheera menapak satu langkah ke belakang seakan menjauhi Shafiq Ammar.

"Saya dah maafkan, tapi untuk terus bersama. Saya minta maaf, mungkin dari awal saya tak patut cintakan awak." Kata Afrin lagi.

Jika di tanya, adakah dia menyesal mencintai Shafiq Ammar? jawapannya tidak. Dia sangat bersyukur kerana cintanya di balas akhirnya. Namun, dia juga manusia biasa. Di lukai berkali-kali dan akhirnya hati yang terbentuk sempurna kini sudah hancur berkeping-keping.

"Fiq..."

"Selama ini awak terseksa ke sayang? saya minta maaf sebab luka kan hati awak berkali-kali." Kata Shafiq lagi.

Afrin senyum manis. Dia bukan terseksa. Dia cukup bahagia. Namun, ada kalanya dia jatuh terduduk juga. Sifat Shafiq Ammar yang berdendam. Membuatkan dia makan hati. Bahkan, mulutnya juga berbicara tanpa memikirkan perasaan orang lain.

"Saya lebih bahagia kalau kita bawa haluan sendiri, Fiq kita dah tak sehaluan. Awak terlalu emosi sedangkan saya selalu cuba untuk tenangkan awak, tapi lafaz talak juga keluar dari mulut awak." Ujar Afrin kecewa.

Ya, dia kecewa dengan sikap Shafiq Ammar. Mengapa? kerana jejaka itu merasakan dirinya terlalu sempurna. Sehingga lupa dia juga manusia biasa.

"Sayang..." Shafiq menangis.

Dan, ketika itu barulah Shafiq
Ammar sedar bahawa setiap katanya
membawa binasa seperti sekarang ini.

"Sayang, saya tak mampu hidup tanpa awak. Kita fix lagi sayang. Kali ini, saya janji tak akan ulang lagi kesilapan yang sama. Tolonglah sayang." Rayu Shafiq.

Dia tidak kisah maruahnya jatuh. Yang di inginkan hanya satu, Afrin Baheera.

"Berapa kali lagi, saya harus terluka dengan sikap awak Fiq? sejauh mana hubungan kita dapat di perbaiki? dan, janji kosong ibarat tin kosong yang di sepak bunyinya nyali." Kata Afrin Baheera lagi.

SYARAT BAHAGIA | CWhere stories live. Discover now