B A B 4 3

1.9K 165 15
                                    

Di dalam ruang tamu yang berseri dengan sinar senja. Suasana yang seharum melati kini terasa kelam. Di tengah-tengah ruang tamu, sepasang suami isteri berdiri. Masing-masing bertukar pandangan tajam. Ternyata, sedari tadi mereka telah terjerat dalam sangkar perdebatan yang mencekik. Tiada lagi ruang kelembutan atau kemeseraan.

"Perempuan murah memang macam ni kan? suka goda bakal suami orang lain!"
suara Shafiq Ammarbergema, menghentak ruangan dengan ombak kemarahan.

"Fiq. Ini hanya sekeping gambar. Kenapa sampai menghina?" tegur Afrin Baheera dengan lembut.

Wajahnya penuh dengan kekecewaan yang teramat, seolah-olah hatinya telah ditebas oleh belati ketika mendengar kata-kata suaminya.

"Sekeping gambar dah cukup untuk membuktikan bahawa sahabat baik sayang itu seorang wanita murah. Dia memang dari dulu lagi murahan." Sinis Shafiq Ammar membalas tanpa rasa bersalah.

Wajah sang isteri ia lihat dalam-dalam.

"Fiq, siapa awak nak hina orang? kita pun tak baik sangat. Ya, dia pernah buat silap. Tapi, kita ni manusia biasa Fiq. Layak ke nak menghukum orang?" soal Afrin Baheera pula.

Shafiq Ammar tertawa lapang. Lucu dengan soalan yang terbias keluar daripada mulut isterinya.

"Faktanya dia memang seorang wanita murah. Kalau dia tak murah, dia takkan mengandung anak luar nikah." Balasnya lagi.

"Cukup Shafiq Ammar. Jangan suka hina orang sebab awak tak pernah tahu mulut awak akan binasakan kita kelak!" keras suara Afrin Baheera berkata.

Shafiq menatap tajam muka sang isteri. Dia tidak menyangka Afrin sanggup berdebat dengan dirinya demi seorang insan yang bernama Bunga Anggerik Nathalia. Hebat sangat ke perempuan itu di mata isterinya?

"Saya bukan cakap kosong. Faktanya, dia memang seorang perempuan murah. Saya tak sangka, isteri saya sendiri lebih membela orang luar!" Kata Shafiq Ammar pula kecewa.

Afrin Baheera pula senyum tawar. Salah ke dia bermatian membela seorang sahabatnya daripada di hina oleh suaminya sendiri?

"Perempuan yang awak hina tu. Sahabat saya Shafiq Ammar. Salah ke, kalau saya bela dia dari hinaan awak?" soalnya pula geram.

"You know what? let's divorce." Ucap Afrin Baheera lagi dengan nada yang cukup perlahan.

Shafiq Ammar mengetap gigi menahan geram. Kedua tangan ia kempal sambil memandang isterinya.

"Kau tengah cabar aku ke, Afrin Baheera?" soalnya geram.

"Tak Fiq, saya tak cabar awak." Jawabnya dengan lembut.

Shafiq Ammar pula tertawa sinis. Nak sangatkan jadi janda?

"Fine! Kau minta sangatkan aku ceraikan kau? okay baik, dengar sini baik-baik Afrin Baheera binti Kamal aku ceraikan kau dengan talak satu!" Lafaz Shafiq Ammar puas hati.

Pang! Usai dia melafazkan talak. Kepalanya terteleng ke arah kanan dek kerana tamparan daripada Bunga Anggerik Nathalia. Ya, mereka telah mendengar segala-galanya. Niatnya untuk mengambil barang kepunyaan anaknya. Namun, lain pula jadi. Dia kurang sabar dan Shazrin Ammar tidak sempat untuk menghalang bekas isterinya.

Nasib baik, Fatimah Zahra duduk di dalam kereta. Tertidur, penat sangat agaknya seharian keluar.

"Kau siapa nak tampar aku?! semua ni jadi sebab kau lah perempuan! sebab kau!" Shafiq Ammar menunding jari tepat di atas muka Anggerik.

Namun, wanita itu menepis sambil tersenyum sinis. Di tarik Afrin Baheera supaya duduk di belakang.

"Stop it Shafiq. Kalau Shazrin tak boleh ajar kau. Biar aku yang ajar kau. Ya, aku mengaku. Aku ni betina murah. Sombong, angkuh. Apa lagi? oh, jenis tak kenang jasa. Haah, memang perangai aku buruk. Tapi, itu bukan tiket untuk kau terus hina-hina aku!" kata Anggerik geram.

"Kau siapa nak hina aku? kau siapa Shafiq Ammar?! kau hanya manusia biasa yang penuh dengan dosa. Aku mungkin jahil, munafik. Tapi, aku masih tahu agama. Layak ke kau untuk hina seseorang hanya kerana kisah lalunya teruk?" ucapnya lagi.

"Aku minta maaf sebab buat abang kau hampir mati dan gila! maaf... Maaf... Maaf... Dan maaf. Aku... Sanggup melutut seperti mana Shazrin pernah melutut di kaki aku dulu." Katanya lagi.

Kedua mata mereke bertembung.

"Aku minta maaf untuk semua salah aku. Dan, aku tahu perkataan maaf itu takkan pernah pulihkan hati korang yang dah terluka sebab perbuatan aku." Ucapnya lagi dengan nada yang lembut.

"Aku janji. Lepasni, aku dan abang kau tak akan pernah ada kaitan lagi." Kata Bunga Anggerik Nathalia lagi.

Shafiq Ammar hanya diam membisu. Tiada kata-kata yang sesuai untuk dia balas.

"Fiq, jangan biasakan diri kau untuk terus menghina dan menghukum seseorang. Jangan pernah ambil alih kerja Allah sebab mungkin dengan hinaan kau akan membuatkan kau kehilangan seseorang seperti aku." Pesan Anggerik pula ikhlas.

"Tapi... Aku dah hilang Afrin." Kata Shafiq tiba-tiba.

Bunga Anggerik Nathalia senyum kecil. Senyuman yang paling ikhlas Shafiq pernah lihat.

"Belum terlambat untuk kau perbaiki salah kau." Ucapnya lalu ia menarik Afrin dan menolak tubuh itu ke arah Shafiq Ammar.

"Baru talak malam ni kan? so, aku rasa tak kena kahwin balik kot. Sorry, aku jahil bab macam ni." Kata Anggerik lagi.

Afrin Baheera senyum begitu juga dengan Shafiq Ammar.

"Terima kasih, terima kasih sebab sedarkan aku." Ucap Shafiq Ammar ikhlas.

"No worries, aku rasa semua dah selesaikan?" katanya lagi.

Mereka mengangguk.

"Shaz, esok lah saya ambil barang Fatimah. Dah lewat sangat pula." kata Anggerik seraya berpaling ke arah bekas suaminya yang sedari tadi hanya memandang dia tanpa lepas.

"You're change a lot. I'm proud of you, Anggerik." Ucap Shazrin Ammar bersama senyuman manis.

Senyuman yang sudah lama ia tidak pamerkan. Ikhlas.

"This word might be clishe but, setiap manusia layak untuk berubah. Cuma, perubahannya itu sama ada semakin atau sebaliknya. Dan, saya pilih untuk berubah jauh lebih baik dari sebelum ini. Kifarah itu sentiasa ada, saya dah terima teguran Allah. Jadi, boleh tak kita move on to the next chapter?" kata Anggerik pula dengan nada yang lembut.

Shazrin Ammar senyum nakal.

"Tak naklah move on. Nanti saya tak boleh dapatkan awak." Kata Shazrin Ammar dengan selamba.

Bunga Anggerik Nathalia mencebik.

"Rugi betul lah Fiq ada malam ini. Kalau tak, boleh abang call JAIS biar kami kena tangkap basah lepastu kahwin free!" usik Shazrin Ammar lagi.

"Kan! rugi betul!" Shafiq menambah.

"Jangan nak mengarut boleh tak Shazrin Ammar?" marah Anggerik.

Geram pula dia dengan sikap main-main jejaka itu.

"Sikit-sikit nak marah." Cebik Shazrin.

"Perangai itu tak pernah elok. Suka sangat buat orang marah." Kata Anggerik geram.

"Orang kata marah tanda sayang." Kata Afrin Baheera pula sama naik mengusik.

"Tak ada makna. Eyy, dahlah nak balik. Kesian Fatimah tidur dalam kereta." Kata Anggerik lalu keluar dari rumah itu.

Silap betul dia datang malam ini. Ish!

"Hati-hati bawa kereta!" jerit Shazrin Ammar pula bersama tawa lapang.

Suka betul mengusik Anggerik.

Hello! okay tak?
typo, abaikan!

Jangan lupa vote&
comment banyak² tau!
kalau tak saya malas update.
werk!

Happyread❣️

SYARAT BAHAGIA | CWhere stories live. Discover now