B A B 4 0

4.7K 311 24
                                    

"Umi." Panggil Fatimah Zahra dengan lembut.

Bunga Anggerik Nathalia pula mengukir sebuah senyuman manis. Kedua tangan itu mengusap lembut pipi sang anak. Entah bagaiamana rupa Fatimah Zahra. Adakah dia comel?

Dan, masih layakkah dia digelar seorang ibu sedangkan dia yang membuang Fatimah Zahra lima tahun yang lalu?

"Umi, mata kita sama lah. Umi nak tak kalau Imah bagi mata Imah ni dekat umi? bolehlah umi tengok Imah." Polos Fatimah Zahra berkata.

Bunga Anggerik Nathalia tertawa kecil lantas kepalanya di gelengkan. Sejujurnya, dia terkejut untuk seketika dengan kata-kata si anak sebentar tadi. Tulusnya hati si kecil itu di dalam menyayanginya. Sedangkan dia, tanpa rasa beraalah membuang anak kandungnya kerana tidak bisa menerima kehadiran Fatimah Zahra ketika itu.

"Kalau Imah bagi mata Imah dekat umi. Imah pula tak dapat  tengok dunia ni sayang. Tak apa sayang, walaupun umi tak dapat tengok Imah. Tapi, umi masih boleh dengar suara Imah. Itu dah lebih dari cukup sayang umi." Kata Anggerik dengan lembut.

Fatimah Zahra pula mencium kedua pipu sang ibu dengan penuh kasih sayang.

"Imah sayang umi. Umi Fatimah Zahra cantik." Kata Fatimah lagi bersama tawa lapang.

"Amboi, pandai betul ambil hati umi. Fatimah mesti comelkan?" Kata Bunga Anggerik pula bersama senyuman tawar.

Andai sahaja dia bisa melihat semula. Dia ingin menatap muka anak yang pernah dia buang pada lima tahun lalu.

"Abah kata, Imah comel macam umi." Polos kanak-kanak itu berkata

Anggerik pula tertawa kecil.

"Anak umi mestilah comel. Comel sebab mulut murai sangat." Katanya lagi bersama tawa lapang.

Sudah lama rasanya dia tidak sebahagia hari ini.

"Imah nak doa dekat Allah lah nanti. Supaya Allah sembuhkan mata umi. Kalau mata umi dah tak sakit. Bolehlah, umi tengok Imah puas-puas!" Kata Fatimah pula bahagia.

Anggerik pula mengukir senyum manis seraya mengangguk seolah mengiakan sahaja kata-kata si anak.

Inshaallah, dengan izin Allah sayang." Balasnya pula debgan lembut.

Di sebalik itu, dia tidak pernah berharap atau ingin melihat semula. Abang Az kata matanya masih bisa di rawat. Namun, aku yang menolak kerana tidak mahu atau berani untuk menghadapi realiti.

"Anggerik, boleh kita berdua bercakap sekejap?" soal Shazrin Ammar yang baru sahaja masuk di dalam ruangannya setelah memberikan sedikit waktu untuk dia dan Fatimah meluang masa bersama.

Bunga Anggerik Nathalia mengangguk. Tidak pula dia membantah. Mungkin, dia penat untuk bergaduh setiap kali mereka bertemu.

"Kesayangan abah, pergi dekat aunty Lea sekejap boleh?" soal Shazrin Ammar pula dengan lembut.

"Boyeh! tapi, boleh tak Imah nak tidur dengan umi malam ini? kita bawa balik umi boleh ke abah? umi mesti penat sebab kerja jauh, kan umi?!" kata Fatimah Zahra pula dengan ceria.

Shazrin Ammar menarik senyuman manis. Dari riak wajah Anggerik ia bisa agak bahawa wanita itu langsung tidak memahami maksud dari kata-kata si anak.

"Boleh kesayangan abah. Apa aje yang tak boleh untuk kesayangan abah ni? semua boleh." Balas Shazrin Ammar pula.

Sebelum, Fatimah Zahra keluar dari ruangan itu. Dia menghadiahkan sebuah ciuman kepada sang ibu. Bahagia sungguh dia hari ini kerana dapat berjumpa dengan ibu kandungnya.

"Jumpa nanti umi!" jeritnya senang lalu keluar dari ruangan itu.

Bunga Anggerik Nathalia pula mengukir senyuman manis lalu kepalanya di gelengkan. Fatimah Zahra hyper sungguh.

SYARAT BAHAGIA | CDonde viven las historias. Descúbrelo ahora