Bab 3

25 1 0
                                    

Ingin diingatkan lagi sekali, cerita ni saya tulis waktu masih bocah hahaha jadinya ada benda yang tak berapa nak logik so minta maaf awal-awal kalau ia merengsa mata awak. Especially part pekerjaan la. But, worry not, benda lain insyaAllah baik-baik sahaja (harapnya) hshs. Please read at your own risk, okay? By the way, thank you sudi baca The New Hanny! Jika sudi, tinggalkan la vote and comment ya hehe.

⋆.˚ ᡣ𐭩 .𖥔˚

10 tahun kemudian...

TERCUNGAP-CUNGAP nafas Doktor Trisha menerjah pendengaran Hanny sehingga mencuri perhatiannya yang ketika itu menyemak rekod kesihatan pesakit di hadapan katil. Aneh pandangan Hanny melihat gadis itu dalam keadaan terburu-buru mendapatkannya. Raut wajah Doktor Trisha tampak resah dan cemas, ditambah pula dengan sedikit keringat yang menghiasi wajah.

Dalam kepala, akal Hanny terlebih dahulu beroperasi memikirkan sebarang kemungkinan yang bakal keluar daripada mulut Doktor Trisha. Dia ada buat kesalahan tanpa sedar ke? Mulalah fikiran Hanny mendapatkan andaian yang bukan-bukan sedangkan Doktor Trisha belum pun berbicara walau sepatah.

"Hanny," seru Doktor Trisha. Rentak nafasnya dibiarkan tenang dahulu sebelum menyatakan usul.

Kening Hanny mencerun sembari liurnya ditelan risau. "Ya, Trisha? Kenapa ni? Kelam-kabut semacam je. Risau saya tengok."

Lelah, Doktor Trisha menarik nafas panjang lalu tangan bergerak laju mengibas wajah yang renik dengan peluh. Apabila diri sudah berasa lega, baru dia memulakan bicara.

"Doktor Haidar nak jumpa."

"Hah?! Saya ke?" Membuntang anak mata Hanny. Terkejut bukan kepalang dengan berita tiba-tiba ini.

"Yalah, siapa lagi yang dia nak kacau kalau bukan awak, Hanny. Macam tak biasa pula." Hujung mata Doktor Trisha melirik nakal. Menyempat aje dia usik Hanny, atau lebih tepat lagi memerli?

"Ada apa dia nak jumpa saya? Saya ada buat salah apa-apa ke, Trisha?"

"Entahlah, Hanny. Tak faham saya dengan Doktor Haidar tu. Hari-hari bad mood macam orang datang bulan. Saya pun baru lepas kena marah dengan dia tadi. Eh dah la, baik awak pergi bilik dia cepat, Hanny. Doktor Haidar kata ada hal penting yang dia nak cakap dengan awak. Karang saya pula kena marah nanti sebab berlengah suruh awak jumpa dia." Tanpa aba-aba, Doktor Trisha gawang tangan ke udara, seolah-olah ingin menggesa Hanny supaya pergi dengan segera.

Rela dalam terpaksa, Hanny gagahkan kaki untuk menapak ke bilik Doktor Haidar.

Hanny tak takut kena marah, tapi dia takut benda lain sebab pengalamannya dengan Doktor Haidar sangatlah kontra berbanding apa yang diceritakan oleh Doktor Trisha dan doktor-doktor yang lain. Kalau mereka asyik kena marah saja, Hanny pula tak habis-habis dilayan dengan baik. Dan, perkara itu membuatkan Hanny tak selesa sebab dia tak suka bila dia saja yang berbeza. Bukanlah Hanny inginkan masalah dengan Doktor Haidar tetapi perasaan ini amat janggal untuk dia.

Hanny tak mahulah perasan benda yang aneh-aneh tetapi kalau Doktor Haidar memberi keistimewaan itu kepada dia hanya kerana bantuan yang Hanny hulurkan, sumpah Hanny tak kesah pun. Pertolongan dia ikhlas dan jauh di sudut hati, Hanny berharap Doktor Haidar boleh melayan dia seperti doktor yang lain. Walaupun dimarahi itu bukanlah hal yang indah namun andai itu yang menenangkan jiwa dan raga, Hanny sanggup hadap.

↶*ೃ✧˚. ❃ ↷ ˊ-

PINTU bilik Doktor Haidar diketuk beberapa kali sebelum Hanny menolak sedikit demi sedikit ke dalam. Salam turut diberi selepas nafasnya dihela berat untuk menghilangkan gusar yang bertandang dalam diri. Elok kaki menginjak ke bahagian dalam, mata Hanny ngam-ngam bertentang dengan Doktor Haidar yang berkaca mata. Tak betah berlama-lama menatap lelaki itu, terus Hanny melarikan pandangan ke tempat lain untuk membuang perasaan tidak selesa.

The New HannyWhere stories live. Discover now